Pada 26 Disember 2004 tsunami yang melanda Indonesia dan beberapa negara termasuk Malaysia di Kuala Muda dan Batu Feringghi dicatat sebagai satu bencana alam yang terbesar, di mana gegarannya adalah 9.1 hingga 9.3 pada skala Richter membawa gelombang air setinggi 5 meter dan setengah tempat mencapai ketinggian 20m...
Terjadi pada waktu 7:58:53 WIB, sementara pusat gempa terletak pada bujur kurang 160 km sebelah barat Acheh sedalam 10 kilometer. Gempa berkekuatan 9.3 ini adalah merupakan gempa bumi terdahsyat dalam masa 40 tahun terakhir ini yang membadai Acheh,Sumatera Utara, Pantai Barat Semenanjung Malaysia, Thailand, Pantai Timur India, Srilangka, bahkan sampai Pantai Timur Afrika.
Adakah mereka yg merakamkan gambar itu terselamat? Ataukah yang bertempiaran lari itu berjaya menyelamatkan diri atau ini adalah gambar terakhir mereka menghirup udara di muka bumi ini??
Masing-masing terpana, terpaku, terpegun, terdiam..
Kebetulan pada 25 Disember tu, ummi berada di Langkawi, Kuala Muda dekat aje dengan Langkawi. Malam 25 Dis tu, ummi naik bas balik KL..Tiba di KL, ummi first dengar berita tentang tsunami dlm berita radio masa tu tgh drive kete..Dalam hati, alhamdulillah panjang lagi umur tak kena tempias tsunami yg dahsyat (masa tu belum kahwin lagik)..itu yg khabarnya meragut ratusan ribu nyawa di Acheh..Takziah buat keluarga mangsa...
Pada 11 Mac (Jumaat) lalu, kira-kira pada pukul 2.46 ptg waktu Malaysia, sekali lagi tsunami mengaum menunjukkan taringnya membahang wilayah timur laut negara Jepun pada 8.9 skala Richter., dgn ketinggian mencapai kira-kira 9m. Ribuan dilaporkan hilang dan kemusnahan bangunan dan kenderaan..Innalillahi wainna ilahi rajiun..Takziah utk warga Jepun...

Video Tsunami Jepun...
Baca 5 tsunami terbesar dunia, di sini..
5 ulasan:
semoga kita mengambil iktibar ttg apa yang telah berlaku....Allah Maha berkuasa
Ye, inshaAllah..
Mungkin ini gambaran hari kiamat, di mana manusia kebingungan dan terpaku...
Mudahan-mudahan kita semua tergolong dalam kalangan golongan yang beruntung.aminn..
semoga negara kita dijauhkan bencana alam spt ini...amin..
Amin..Ya Rabb..
Banyakkan berdoa agar Negara kita dijauhi dari segala malapetaka...Amin...
Catat Ulasan