SADAQAH JARIAH

SADAQAH JARIAH
Daisypath Happy Birthday tickers

Ahad, Januari 12, 2014


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Panduan Membuat Roti

Panduan Membuat Roti - Proses dan Mengenali Bahan




Assalamualaikum...Mengroti seronok juga sekali sekala..Ummi nak kongsi tips membuat roti...:))

Panduan Membuat Roti 


Membuat roti tidaklah susah jika kita tahu teknik dan kaedah asasnya. Bahan asas yang digunakan adalah yis (yis segera lebih mudah), tepung roti, tepung serbaguna, serbuk penaik, bread improver, bread softener dan lain-lain bahan tambahan. Roti komersil lebih menggunakan tepung roti berbanding tepung serbaguna.


 Tepung roti mengandungi kandungan protin tinggi sehingga 14% dan ini akan menghasilkan roti yang lebih kenyal dan elastik. Sering kita tertanya-tanya mengapa roti yang dibeli di bakeri lebih lembut berbanding dengan roti yang dibuat di rumah. Perbezaan peralatan seperti mixer dan oven, kawalan mutu yang ketat dan teknik pembuatan mewujudkan perbezaan tersebut. Jika kita mahu mencapai standard seperti mereka, kenalah mengikuti kursus membuat roti di peringkat profesional.

Bagaimanapun, kita sebagai home-baker masih boleh menghasilkan roti² yang enak stail home-made dengan peralatan yang seadanya. Jika tiada mesin besar, boleh uli dengan tangan atau guna food processor.Oven setakat oven Europa tu pun boleh. Yang penting kita tahu dan faham perkara-perkara asas tentang pembuatan roti ini.




Proses Membuat Roti 


1. Mencampurkan bahan-bahan

Sediakan bahan-bahan yang diperlukan diatas meja. Mencampurkan bahan boleh dilakukan secara manual (pakai tangan) , food processor atau mixer. Satukan bahan-bahan kering seperti yis, tepung , gula, garam, serbuk penaik, bread improver dan bread softener. Gaul rata adunan tersebut. Kemudian baru masukkan majerin/shortening dan bahan-bahan cecair seperti telur, susu dan air. Gaul hingga menjadi doh yang kasar .Kemudian pindahkan ke dalam dulang untuk diuli. Jika gunakan mesin, tidak perlu dipindahkan.


2. Menguli

Adunan beryis seperti pau, donut atau roti hendaklah diuli hingga menghasilkan glutin yang memberi kekenyalan pada roti. Menguli akan menjadikan doh lembut, licin, kenyal dan mengaktifkan yis yang menyebabkan roti kembang. Menguli boleh dilakukan dengan tangan, atau mesin. Jika diuli dengan tangan mengambil masa 15 - 20 minit. Jika guna mesin, masanya lebih singkat. Doh yang cukup diuli boleh ditarik nipis seperti roti canai. Jika doh tidak cukup diuli, roti akan jadi keras dan liat.


3. Mengembang kali pertama (Proving)

Jika di bakeri, mereka mempunyai oven khas untuk mengembangkan doh. Tetapi jika dirumah, letakkan saja di tempat yang agak hangat seperti di bilik yang bertutup atau mana saja yang bersesuaian. Bulatkan doh yang telah diuli tadi, dan masukkan dalam bekas besar (besen). Tutup dengan plastik supaya tidak kering. Biarkan doh naik 2 - 3 kali ganda dari saiz asal dalam lebih kurang 45 minit.


4. Membuang gelembung angin

Yis yang hidup mengeluarkan karbon dioksida atau angin dan ini menyebabkan doh mengembang.Jadi angin ini perlu dikeluarkan dengan cara menumbuk doh ini satu kali sehingga kempis. Uli semula doh itu ke bentuk asalnya.Di peringkat ini doh menjadi lebih lembut dan bolehlah dibentuk mengikut citarasa anda.


5. Mengembang kali kedua (2nd proving)

Setelah doh dibentuk, susunkan atas dulang pembakar dan biarkan ia naik dua kali ganda dari saiz asal selama lebih kurang 20 minit.


6. Gris

Doh yang telah kembang itu boleh digriskan dengan campuran susu dan telur ataupun dengan mentega cair. Anda boleh hiaskan dengan keju parut, bijan atau apa saja yang sesuai.


7. Membakar

Roti yang telah digriskan tadi bolehlah dibakar dalam suhu yang agak panas iaitu 200°C selama 20 minit atau bergantung kepada jenis roti. Roti yang cukup masak akan kecut sedikit dan ringan.


8. Menyimpan

Supaya roti anda kekal lembut untuk beberapa hari, setelah roti sejuk bungkus dengan plastik atau simpan bekas kedap udara. Jika terdedah, ia akan cepat kering.

Mengenali Bahan Membuat Roti

1. TEPUNG
High Protein Flour atau Tepung Roti(TR) berbeza dengan Tepung Kek(TK). Didalam kandungan TR terdapat bahan-bahan pelembut yang dikawal oleh Kementerian Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dimana pelembut ini akan membuatkan roti menjadi gebu dan lembut. Tetapi bahan tersebut kurang berkesan kerana pengguna perlu membuat penambahan bahan pelembut (Bread Improver) agar roti yang dibuat menjadi lebih berkualiti lagi. Di dalam pasaran sekarang terdapat beberapa jenis Cap TR yang digunakan dalam industri bakeri. Antaranya:
Cap Bangau- Cap Timbang* Biasa digunakan oleh kedai Bakeri, Cap Diamond, Cap Gunung Mas* Biasa digunakan dalam sektor perhotelan, Cap Kuda (Untuk pasaran Sabah, Labuan & Sarawak)


*Nota : ada juga roti yang menggunakan tepung gandum biasa, ini mengikut resepi yang dinyatakan jika ada. Kalau buat roti guna tepung selain dari yang dinyatakan, roti akan menjadi keras.

2. GULA
Gunakan gula halus atau PX sugar, kalau rajin "blender" gula tu agar semasa membuat adunan, gula akan hancur. Jika gula tidak hancur, doh roti akan jadi mengerutu dan apabila dibakar roti akan jadi keras.

3. YEAST (Ibu Roti)
Kebanyakan industri pengeluaran roti menggunakan yis kering (dry yeast) kerana senang dikawal proses pengembangan doh. Kalau guna yis basah kena timbang 2 kali ganda berat dari yis kering. Kalau belajar di Bakeri Ria Academy, yis keluaran syarikat Mauri akan digunakan.

4. BREAD IMPROVER
Digunakan untuk melembutkan dan meringankan roti. Nama lain bagi Bread Improver adalah:
i) Bread Softner
ii) Softner
iii) Modular Softner
iv) Magi Pro 5. S 500
v) Voltex (cecair)
Untuk makluman semua, pihak pembekal akan menjual Bread Improver dengan nama yang berlainan. Jadi pengguna boleh memilih senarai nama di atas, semasa membeli Bread Improver.

5. MARGERINE/BUTTER/SHORTENING (Marjerin/Mentega/Lemak Sayuran)
Penggunaan bahan tersebut adalah untuk menambah ikatan struktur dalaman doh, agar menjadi roti yang berkualiti apabila dibakar. Ada beberapa perkara yang ingin dikongsikan disini, mengenai roti jika menggunakan bahan² tersebut:
i) Margerine
- kebanyakan pengusaha bakeri menggunakan margerine apabila membuat Bun dan menggunakan Shortening untuk membuat Sandwich Bread. Jika menggunakan Margerine, pengguna tidak perlu menyapu telur pada doh sebelum dibakar.Selepas dibakar, dimana bun masih panas, sapukan Butter atau Apricot glaze, untuk mengilatkan Bun sebelum di pamerkan.

ii) Butter
- Pastinya bun sedap dimakan apabila resepinya menggunakan Butter, tetapi para pengusaha bakeri tidak menggunakan Butter kerana kosnya yang mahal. Anda boleh menggunakan Butter jika hasilan bakeri untuk kegunaan sendiri atau keluarga.

iii) Shortening
- Lemak Sayuran. Kebanyakan pengusaha bakeri menggunakannya apabila membuat roti besar seperti Potato Bread, Garlic Bread, Sandwich Bread atau Whole Meal Bread. Sebelum dibakar, hendaklah doh roti tersebut disapukan telur agar hasilan nya tidak kelihatan pucat.

6. SUSU TEPUNG
Pengguna boleh menggunakan susu tepung seperti Dutch Lady, Lactogen,Fernleaf dan lain-lain untuk menghasilkan bun atau roti yang enak dimakan. Tetapi banyak pengusaha bakeri menggunakan Susu Tepung timbang dimana dijual pada harga murah. Boleh juga menggunakan UHT Milk (Yg cair-sejuk) yang akan menghasilkan ban yang lebih sedap lagi.

7. TELUR
Kebanyakan pengusaha bakeri menggunakan telur yang kulitnya berwarna putih. Untuk pengetahuan semua, telur jenis ini mengandungi kandungan air yang tinggi dan dijual pada harga yang murah. Biasanya pengusaha bakeri menggunakan telur gred B, untuk membuat roti atau kek.

8. AIR
Gunakan air sejuk untuk mengawal proses pengembangan doh. Jika menggunakan air yg tidak sejuk, dikhuatiri, pengguna tidak dapat mengawal pengembangan yis kerana jika suhu yang panas, yis akan kembang terlalu cepat, yang pada akhirnya akan menjejaskan kualiti roti.

Sumber : FB Galeri Aneka Selera

Rabu, Januari 08, 2014

Puding Roti Strawberry

Assalamualaikum..

Sambil-sambil tunggu masa lapang hari Ahad lepas, tambah pula roti dah nak expired..ummi cuba godek-godek buat puding roti yang telah diedit hehehe

Tengok gambo dulu laa..




Resepinya

Bahan-bahan

10 keping roti
3 biji telur
3 camb marjerin
5 camb gula
pes strawberi
5 keping biskut oat
sedikit esen vanila


Cara

Carik-carikkan roti dan susun di dalam loyang
Hancurkan biskut oat, biar kasar-kasar sikit-sikit jangan halus sangat
Pukul marjerin dan gula hingga hingga kembang
Masukkan telur dalam adunan  dan kacau hingga sebati
Masukkan pes strawberi dan kacau hingga sebati
Kemudian masukkan pula serbuk biskut oat tadi, tinggalkan sedikit
Akhir sekali masukkan esen vanila
Tuangkan adunan dalam acuan dan tekan-tekan sedikit supaya meliputi semua kepingan roti
Taburkan baki serbuk biskut oat

Bakar dalam ketuhar suhu 180 darjah selama lebih kurang 45 minit

Sesuai dihidangkan sejuk dan dihidangkan sewaktu minum petang..


:)) Heee, cubalah
sedap...

 

Sabtu, Januari 04, 2014

Bayi Jaundice/ Prolonged jaundice atau demam kuning

Assalamualaikum wrh..

Salam ukhuwwah,mmm lama benar tidak update blog..Ada sedikit kekangan yang tidak dapat dielakkan..

Walau bagaimanapun, ummi nak berkongsi tentang jaundice atau demam kuning. Tambahan pula, kedua-dua puteri ummi dapat prolong jaundice..Hampir sebulan juga baru bacaan kuningnya turun dari tahap membimbangkan.

Melalui pembacaan ummi, anak anak ummi mendapat jaundice kategori Hemolytic Jaundice. 

Dan kedua-dua anak pada usia 3 hari hingga seminggu lebih berada di ward sebab kena diletak bawah lampu phototherapy. Yang paling sedih, ummi masih ingat waktu si kakak dulu, hari terakhir puasa Ramadhan orang Kelate panggil hari buat ketupat,.. kami berdua terpaksa bersiap untuk ke hospital bagi rawatan jaundice..Berjurai jugak airmata ketika itu, maklumlah esok Raya terpaksa sambut dalam ward dan jugek anak pertama tiada pengalaman..Alhamdulillah 'ala kulli haalinn..

Tiap-tiap pagi pukul 5, nurse akan ambil bayi untuk diambil darahnya bagi pemeriksaan bacaan kuningnya..Hampir seminggu tinggal di ward, balik rumah kena follow up dekat Klinik Kesihatan utk pemeriksaan darah bacaan kuning. Mencapai usia 2 minggu pula, bayi akan diambil darah dalam kuantiti yg banyak untuk pemeriksaan detail berkenaan hati, darah dll..Alhamdulillah ya Allah, pengalaman itu banyak mengajar ummi erti ketabahan dan kasih..Alhamdulillahh ...:))

Menurut doktor yg merawat anak-anak ummi, orang dewasa pun ada kuning ..Cuma bacaannya tak sampai 80, tak tinggi sangat.Itu sebab tak nampak kuning.. Ooooo..

Menerusi pembacaan, ummi dapat simpulkan terdapat 5  kategori jaundice..

Bayi kuning atau jaundice adalah suatu keadaan di mana kadar bilirubin dalam darah tinggi dan terjadi pada minggu pertama kehidupan sang bayi. Kadar bilirubin dalam darah bersifat toksik bagi perkembangan sistem saraf pusat bayi.Ini  dapat mengakibatkan kerosakan saraf, oleh itu perlu kepada campur tangan doktor dengan segera dan tepat. 

Hampir 60% bayi yang baru lahir akan terlihat kuning pada minggu pertama setelah mereka lahir. Sekitar 5-10% dari mereka memerlukan rawatan khusus kerana kadar bilirubinnya yang signifikan tinggi, sehingga memerlukan rawatan phototherapy -lampu  atau cahaya biru yg mengandungi khasiat tertentu.  Tetapi tidak perlu risau,  kebanyakan kes keadaannya  tidak berbahaya sehingga tidak perlu kepada rawatan yg khusus.



 5 Kategori jaundice ialah ;



1. Hemolytic Jaundice.

Macam kes ummi, ummi berdarah O positif..jadinya anak otomatik akan dapat prolong jaundice. Sebabnya ibu darah O positif, semasa proses kelahiran darah ibu cepat pecah..


Hemolytic jaundice juga  disebabkan oleh beberapa hal, diantaranya seperti penyakit hemolitik rhesus (Rh), ABO inkompatibiliti, adanya riwayat jaundice dalam keluarga serta defisiensi enzim G6PD.

Bayi yang lahir dari ibu dengan Rh-negatif dan ayah Rh-positif  juga harus dilakukan pemeriksaan  Rh dan uji Direct Coombs’. Begitu juga dengan bayi yang lahir dari ibu dengan golongan darah O dan Rh-positif  hendaklah dipantau dan dilakukan serangkaian pengujian, seperti test golongan darah dan uji direct antibody.




2. Jaundice Fisiologi

 Jaundice biasa yg dialami oleh hampir setiap bayi, keadaan ini disebabkan oleh ketidakmampuan bayi dalam menangani terjadinya peningkatan produksi bilirubin, disebabkan fungsi-fungsi organnya yang belum sempurna. Bayi akan terlihat kuning pada masa 24-72 jam setelah lahir. Normalnya kadar bilirubin dalam darah pada bayi yang lahir cukup bulan akan mencapai puncaknya ditahap 6-8 mg/dL pada hari ketiga.

Seterusnya bacaan kuning akan turun di hari berikutnya. Bayi dikatakan mengalami jaundice fisiologi jika peningkatan kadar bilirubin mencapai 12 mg /dL, 
 dan tidak lebih dari 15 mg/dL.
 Setelah hari ke-14 bayi sudah tidak nampak kuning lagi.

           Bagi kes jaundice fisiologi sebenarnya tidak memerlukan rawatan, hanya peranan sang ibu amat diperlukan dan amat penting.. Dalam hal ini, ibu harus senantiasa menyusui bayinya. Bayi yang kuning harus disusui secara eksklusif, tanpa tambahan makanan yang lain, baik air ataupun dextrose. Pada asasnya jaundice fisiologi tidak berbahaya, pemberian Susu Ibu akan sangat membantu bayi dalam menangani tingginya kadar bilirubin dalam tubuhnya. 

Tetapi perlu diingat, jika kuningnya sudah menyebar sampai bahagian kaki, maka bayi harus segera dibawa lagi ke klinik, kerana hal itu petanda bahwa kadar bilirubin sudah semakin tinggi dan segera memerlukan rawatan pakar. 



3. Jaundice Patologi 

Pada keadaan ini kadar bilirubin sudah melebihi 17 mg/dL, sehingga harus segera dipantau  penyebabnya dan perlu kepada perawatan khusus, seperti phototherapy. Jika bayi kelihatan kuning dalam waktu 24 jam, peningkatan kadar bilirubin melebihi batas normal (5 mg/dL/hari), dan bayi masih  kuning bahkan setelah 3 minggu usia kelahirannya, maka hal tersebut sudah dikategorikan sebagai jaundice patologi. 

Tanda lain ialah , biasanya feses bayi seperti tanah liat dan urine nya yang berwarna gelap sehinggakan pakaian bayi menjadi kuning... Pada bayi yang mengalami jaundice patologi juga akan didapati kadar bilirubin yang lebih dari 2 mg/dL ketika sampel darah diambil pada bila-bila masa / direct bilirubin (tidak ada interval waktu)

Semua bayi yang mendapat rawatan phototherapy harus melalui serangkaian pengujian, seperti ujian bagi penentuan  golongan darah dan Coombs’ test (ujian mengesan antibodi dan protein komplemen pada penyakit hemolitik pada bayi yang baru lahir, untuk lebih lengkapnya lihat di Wikipedia); perhitungan darah komplit dan smear for hemolysis serta morfologi sel darah merah; perhitungan retikulosit dan estimasi enzim G6PD.

Hal tersebut dilakukan bagi mengetahui penyebab jaundice pada si kecil. Pengulangan pengukuran kadar bilirubin dalam darah, biasanya pada interval 24 jam, harus dilakukan selama bayi menjalani rawatan lampu phototherapy.



4. Menyusu dan Jaundice


Jaundice pun juga boleh terjadi pada bayi yang disusui oleh ibunya. Jaundice ini biasanya muncul antara 24-72 jam dengan puncaknya pada hari ke-5 sampai hari ke-15 dan akan hilang pada minggu ketiga.

Studi yang dilakukan Schneider menunjukkan bahawa 13% bayi yang menyusui memiliki kadar bilirubin tinggi hingga 12 mg/dL atau lebih tinggi 4% jika dibandingkan dengan bayi yang mendapat susu formula.

 Hal tersebut dapat terjadi bukan karena kandungan zat di dalam Susu Ibu, tetapi lebih kerana pola menyusui yang belum optimal. Frekuensi menyusui yang kurang, dapat menyebabkan munculnya jaundice fisiologi.

Oleh  itu, ibu harus selalu senantiasa berusaha untuk menyusui bayinya, meskipun terkadang pada awal-awal kelahiran Susu Ibu belum keluar. Itulah sebabnya sokongan  suami mutlak diperlukan memandangkan peranannya yang tidak sedikit.




 5. Breastmilk Jaundice 

Sekitar 2-4% bayi yang secara eksklusif disusui oleh sang ibu memiliki jaundice dengan kadar bilirubin lebih dari 10 mg/dL pada minggu ketiga. 

 Jaundice yang tetap ada setelah 3 minggu pertama kehidupan seorang bayi disebut prolonged jaundice. Jangan risau, ibu cukup menyusui si buah hati secara teratur.

Seiring dengan waktu kadar bilirubin akan berkurang. Tetapi jika si kecil semakin kuning (sudah sampai ke kaki) atau kadar bilirubin sudah melebihi 20 mg/dL segera hubungi doktor.





Rawatan Jaundice

Dapat dilakukan dengan beberapa cara, salah satunya adalah terapi cahaya (phototheraphy). Ia dilakukan dengan cara meletakkan bayi yang hanya memakai lampin sahaja tanpa pakaian lain dan matanya ditutup di bawah lampu yang memancarkan spektrum cahaya hijau-biru dengan panjang gelombang 450-460 nm.

Selama proses ini, bayi harus disusui dan posisi tidurnya diganti setiap 2 jam. Pada terapi cahaya ini, bilirubin ditukar menjadi senyawa yang larut air untuk kemudian dikeluarkan/dirembeskan.

Oleh itu harus sentiasa disusui (baik itu langsung ataupun tidak langsung). Kebaikan phototherapy ini  adalah non-invasive (tidak merosak), efektif, relative tidak mahal, dan mudah dilaksanakan.


Semoga anak-anak kita sentiasa dianugerahi kesihatan yang baik
 dan akhlak hasanah..
amin

Ummi berhasrat menghadiahkan dua breastfeeding pump elektrik medela
dan avent manual
untuk ibu-ibu yang hebat sempena ulangtahun pertama kelahiran puteri kedua ummi pada 1 November ini...Tarikh tutup GA : 1 Nov 2014..Klik klik, sini..

Rujukan: Informasitips.com





 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Princess' Big Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Belog Sifu Yang Baik Hati

Sapaan Manja Buat Ummi dan Baby Nur

Get this widget

Tamu kita saat ini..