Assalamualaykum
Hari ini ummi nak berkenalan dengan Contest My Little Caliph anjuran Bayt Al-Iman..Berminat nak tahu lanjut sila klik banner di atas ataupun godek-godek cni ye..
Emm..untuk anak ummi Nurkheir pula, ummi tidak merancang untuk menentukan pilihan kerjaya untuknya..Cuma ummi ingin melihat anak sulung ummi, pada peringkat asasnya Nur menjadi seorang hafizah yang menjadikan ayat-ayat Al-Quran sebati dalam jiwa dan rohani serta keperibadian..amin..
Selanjutnya, ummi berharap agar Nur dapat menuntut ilmu ke peringkat paling tinggi dalam apa sahaja bidang yang menjadi minat dan impian Nur sendiri..Kalau ada rezeki biar sampai peringkat doktor falsafah, supaya menjadi syiar Islam..Buat masa sekarang, kaum Yahudi dilaporkan sebagai kaum yang paling ramai memiliki ijazah tersebut, maka sebagai umat Islam wajar anak-anak muda kita dididik supaya menjadi peneraju setiap bidang bagi menyaingi kaum itu...
Doa ummi juga agar Nur bijak memilih bidang yang direstui syarak dan tidak terpengaruh dengan tipu daya dan kecantikan dunia yang hanya bak fatamorgana sahaja...aminn..
Puteriku
lahirmu dinanti
Langkahmu diiringi
tawamu pengubat hati
laramu ditenangi
semoga dirimu di muka hari
gemalai bak serikandi
wibawa bak permaisuri
amanah sesuci hati
menggalas tinggi panji-panji
Islam terus dinaungi
selagi helaan nafas terus bernadi
aroma syurga tidak ditujui
hanya Allah Rabbul 'Izzati
cintaMu menjadi selimut diri
leluhur harum mewangi
tiada tolok galang ganti...
- Alfaqeera ila Allah
Humayraa
2 ulasan:
Subhanallah! sangat setuju! hafiz/hafizah must come firt! then, baru boleh go dgn ape2pun bidang..insyaAllah islam kembali gemilang..kesedaran ibu ayah sgt penting dlm sesebuag baitul muslimkan..;) good luck! ;)
Salam.. ummu muhammad minta semua peserta bagi detail untuk penghantaran cenderahati.. TQ
Catat Ulasan