SADAQAH JARIAH

SADAQAH JARIAH
Daisypath Happy Birthday tickers

Ahad, September 21, 2014

GA Sanah Helwah Nur El-Saghir



Assalamualaikum..ibu-ibu yang hebat..
Sempena ulangtahun yg pertama puteri Ummi.Ummi berniat nak berkongsi kegembiraan dengan ibu-ibu semua..

Emm nak bagi hadiah..breastpump elektrik dan manual kepada ibu-ibu yang bertuah..

Nak sertai list GA Sanah Helwah Nur El-Saghir ni senang je..
Just,



   TIGA LANGKAH 

1. Follow blog ' Secangkir Madu Buat Nur'
2. Buat entry sikit je mengenai GA ini di blog anda sekalian dgn tajuk GA Sanah Helwah Nur El-
     Saghir , dan backlink ke sini tau..:)
    ..serta boleh warwarkan serta tag kawan-kawan
    dan satu lagi..beri sedikit ucapan kepada Nur El-Saghir ,doakan ummi berjaya eksklusif 

    menyusu susu ibu selama 2 tahun kepada Nur El-Saghir. aamiin..:))
    Terima kasih(optional)

Ucapan kpd Nur El-Saghir dan ummi
;Semoga Allah permudahkan niat dan hasrat ummi Nur


Refferer :  

3.Untuk pengesahan penyertaan, sila komen di post ini dan beri link facebook / blog..






Penyertaan boleh juga melalui facebook, dengan pergi ke page ini ye..

Ibu yang bertuah itu akan dipilih oleh anakanda sendiri..
dan juga hadiah bonanza kepada pemilik ucapan yang kreatif dan ehem ehem..:))) Pertamanya, terima kasih di atas ucapan dan doa ibu-ibu semua...

Updated:


Hadiah pertama berupa breastpump electrik medela ..





Hadiah kedua ialah

sweater kanak-kanak chumill


Hadiah ketiga

set pyjamas...



Dan hadiah bonanza, pam  Avent manual...





GA berakhir pada 11.59 malam 1 November 2014..Insha Allah

P/S : Jika peserta tidak sampai 15 orang, GA automatik terbatal...huhu


Updated 05 Januari 2015, 1514..

GA tidak ada rezeki untuk diteruskan...
Maaf dan terima kasih semua untuk sokongan dan dokongan...

Isnin, September 15, 2014

Sanah Helwah Puteri Ummi

Sanah Helwah Puteri Ummi


Semalam, kakak menginjak usia 5 tahun. Usia yang semakin matang..Tapi pada ummi, masih keletah dan semakin kreatif ideanya..hehehe

Tiba2 ummi teringat pada kisah lampau, di mana ummi pada usia kakak ini telah menjadi seorang ibu kepada abah, abang dan adik ummi.Ya, pada usia sayang ini, mama ummi telah pergi menemui Rabbul Izzati- Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh arwah mama terkasih..aamiin..

Ummi diajar dan diasuh oleh alam sekeliling untuk dewasa lebih daripada usia sebenar..Mungkin peristiwa inilah menyebabkan ummi kuat dan setiap apa ujian yang mendatang, pasti ummi akan berkata, aku telah menempuhi dugaan yang lebih berat daripada ini...Dugaan kehilangan tempat berpaut dan bermanja seawal usia 5 tahun...Astaghfirullahal azhimm, maaf ya Allah..Bukan daku tidak redha, malah bersyukur kerana diuji dan diberi anugerah dan hikmah yang  bertimpa-timpa sepanjang daku meniti usia yang lebih matang...Alhamdulillah 'ala kulli haalin...




Sanah Helwah Yaa Nur 
Permata Hati Ummi

Semoga dirimu menjadi Serikandi Islam
yang solehah
mengabdi diri kepada Rabbul 'Izzah
taat kepada perintah agama dan Nabi saw
serta anak solehah kpd
kedua ummi dan abiey


Aaamiiin...Yaa Rabbal A'lamiin





Selasa, Julai 01, 2014

Tips for Superb Mommies..:))




Assalamualykum wrh

Salam Ramadhan ke 3...

:)) Ummi jumpa tips yang hebat untuk dikongsi...Jimat dan mudah serta kreatif...


Cubalah, ibu-ibu...


Ahad, Jun 29, 2014

Marhaban Ya Ramadhan

Ramadhan Kareem




Marhaban Ya Ramadhan
Izinkan daku menjadi penunggu setiamu
kerna di situ akan ku tahu aku amat merinduimu

Marhaban Ya Ramadhan
Izinkan daku menjadi murid madrasahmu
kerna aku kepingin ditarbiyyah oleh sentuhan Rabbani

Marhaban Ya Ramadhan
Izinkan daku meraih redha dan maghfirahMu Rabb
kerna ku tahu aku tidak layak untuk syurga Mu

Marhaban Ya Ramadhan
Izinkan daku menjadi hamba Rabb yang beruntung
kerna ku tahu aku hambaNya yang iman senipis kulit bawang

Marhaban Ya Ramadhan
Izinkan daku bergelar hambaMu Rabbi
kerna ku tahu aku tidak layak
tidak layak
tidak layak untuk itu...

Tiga kali guna sudah jadi racun??


Assalamm

Mungkin ramai yg telah tahu bahaya penggunaan minyak masak berulang kali..Acrolein adalah racun yg terhasil dalam minyak masak yang digunakan berulang kali..

Acrolein sejenis cecair tidak berwarna dan berbau terbakar dan menusuk hidung. Ia dihasilkan dalam industri propylene dan digunakan sebagai racun perosak mengawal alga, rumpai, bakteria serta digunakan untuk membuat bahan kimia lain..

Pendedahan kepada acrolein kebanyakan berlaku melalui pernafasan (inhalation), contohnya asap rokok dan ekzos kereta.Acrolein boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit, mata, rongga hidung, tekak dan boleh merosakkan paru-paru..

Sehingga kini tiada standard bagi menetapkan tempoh ideal bagi penggunaan minyak masak kerana ia dipengaruhi oleh faktor jenis makanan, kandungan air dalam makanan, kekerapan penggorengan dan suhu menggoreng.

Minyak masak yang digunakan berulang kali perlu dibuang dan diganti sekiranya berlaku perkara berikut
-warna minyak masak menjadi perang pekat
-minyak masak menjadi lebih likat atau pekat
-minyak masak berbau tengik
-banyak asap dihasilkan apabila minyak dipanaskan

Kementerian Kesihatan telah menyediakan panduan bagi pengguna untuk membezakan kualiti minyak masak berdasarkan perubahan warna selepas digunakan berulang kali dan cara pengendalian yg betul bagi meningkatkan jangka hayat minyak masak..Melalui web,
http://fsq.moh.gov.my/v4/
dan portal kesihatan...http://www.myhealth.gov.my/


Sumber :

YBhg Dato' Dr Noor  Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
KKM


via mamapeduli.info

Sabtu, April 12, 2014

Fenomena Ahmad Ammar

Assalamualaykum...

As-Syahid Ahmad Ammar, seorang pelajar di salah sebuah universiti di Turki telah mencetuskan fenomena...


Makam ALLAHyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. Setelah 37 Hari meninggal dunia,lihatlah kuburnya di warnai bunga mekar..Subhanallah...



Perkongsian Coretan Kisah 'Assyahid Malaysia' Ahmad Ammar oleh Tn. Hj. Ahmad Azzam (Ayah) & Puan Nur Azlina (Ibu), 
di Masjid Sultan Ismail UTM Johor Bahru~

Tujuh formula didikan gaya Al-Fateh yg diterapkan kpd Ahmad Ammar;

1. Mesti ada wawasan 'Ummatik', iaitu berfikiran utk kepentingan ummah. Sejak awal baligh lagi Ammar diterapkan dgn nilai ummatik dan dipraktikkan.

2. Namakan anak dgn baik. Nama harus diberikan dgn maksud yg baik. Sebaiknya dgn nama2 Nabi & org2 soleh.

3. Diajarkan dgn adab, adab dgn Allah, Rasul, Ibu bapa, guru2 & kpd sahabat2.

4. Menguasai Al-Quran. Bukan shj dibaca & dihafal, tetapi semangat & pemahaman ayat2 Al-Quran diterapkan kpd Ammar

5. Solat tahajjud, meruoakan kewajipan para Nabi. Amaar bertahajjud sekurang2 nya seminggu sekali.

6. Menguasai ilmu yg strategik dgn zaman semasa. Utk ini, Ammar diajar menguasai isu2 semasa dan sejarah.

7. Menguasai pelbagai bahasa. Ammar menguasai bahasa Melayu, Arab, English & Turki dgn baik.

 
Sifat2 Ahmad Ammar

* Ammar merupakan anak yg taat kpd agama, & taat kpd ayah ibu, Ammar hampir tidak pernah menyakiti mereka.

* Sgt rajin membantu org lain. Ammar tdk pandai mengatakan tidak sekiranya diminta tolong & membuat sesuatu perkara dgn cara yg plg baik & terbaik.

* Ammar seorang yg 'all rounded' (serba boleh). Hebat bersukan (takraw, berenang, tarkwondo dll). Seorang yg sgt rajin dgn aktiviti2 kemasyarakatan & kemanusiaan d dlm dan luar negara termasuk Kemboja, Palestin, Syria dll. Bahkan, keluarga mereka berikrar utk sentiasa membantu umat Islam.

* Merupakan pelajar cemerlang sejak di bangku sekolah & Maktab Tentera Diraja (MTD). Di Universiti Marmara Turki, beliau merupakan pelajar terbaik di Jabatan Sejarah. Namun begitu, Ammar sentiasa merendah diri dan tidak suka berbangga.

* Beliau juga seorang yg positif, tidak pernah mengatakan keburukan org lain, & jarang bercakap perkara2 yg lagha.

* Ammar sentiasa merancang aktiviti harian dgn rapi, segala aktiviti hariannya yg padat dicatatkan dlm diari. Walau selalu sibuk, beliau akn memastikan Al-Quran kitab2 lain dihafal setiap kali selepas solat subuh.


Kisah Pemergian Ahmad Ammar

* Ketika berada di Syria utk aktiviti kemanusiaan, Ammar telah memberitahu sahabat2 nya yg beliau bermimpi bertemu bidadari di Syurga. Sejak itu sahabat2 beliau memanggilnya 'Syahid Yang Tertangguh'.

* Arwah dijemput Allah swt ketika beliau dlm perjalanan utk memgajarkan kitab Risalah Annur, karangan Syeikh Badiuzzaman Syed Nursi ( ulama Turki yg berjuang mengembalikan bangsanya kpd Islam setelah disekularkan oleh boneka barat kamal attaturk)

* Ammar dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul Negeri Selangor dan peringkat Kebangsaan. Keluarga mereka terkejut & pelik memikirkan apakah sumbangan Ammar. JAKIM memberitahu, sudah ratusan ribu bajet dikeluarkan utk memberi kesedaran agama kpd generasi muda, tetapi ramai yg 'terketuk' hati mereka setelah pemergian Ammar.

* Semasa pengebumian Ammar, ramai yg hairan kerana arwah dpt dikebumikan berhampiran makam Abu Ayub Al-Ansari (shbt Rasulullah s.a.w. yg syahid ketika ingin membuka Kota Constantinople dari Empayar Kristian Rome Byzantine). Ramai ulama dan rakyat Turki hadir ketika solat jenazah dan pengebumian. Sehingga kini, rakyat Turki menggelarkan makam Ammar sbg 'Assyahid Malaysia'.

# Resolusi Kisah Ahmad Ammar

1. Kita perlu menerapkan di dlm diri nilai 'Ummatik' iaitu melakukan setiap perkara utk kepentingan ummah kerana Allah s.w.t.

2. Kita harus kembali kpd sejarah, dan memahami sejarah serta peka terhadap isu semasa, utk membuka minda kita supaya kita mengenali jati diri, sedar akan situasi, dan berazam utk mengembalikan kegemilangan Islam.

3. Ibu & Ayah Ahmad Ammar perlu dicintohi dlm mendidik anak mereka. Mereka tidak bersedih dgn pemergian Ammar, kerana meteka telah memberikan pendidikan agama secukupnya dan telah 'menginfaqkan' Ammar utk Ummah. Bahkan seluruh dunia telah mengenali Ammar dan perjuangan Ammar setelah pemergiannya.

***Semoga Bermanfaat***

Faizuan Abdullah,
UTM JB
Assalamualaikum wrh

Khamis, April 10, 2014

Qudus MH 370



Kelmarin genap sebulan
tanggal 8 Mac 2014
hilangmu MH370
Hilang tanpa tanda berita
hilang dari wujud alam
hilang dari sisi tersayang

Segenap warga menitipkan doa
sang bonda mendamba teduhan wajah anakanda
si isteri rindukan kata nasihat dan teguran suaminya
anak-anak bertanyakan bapa dan ibunda

MH370 hilang tanpa pesan
tiba-tiba disapa alam
lemah di ribaan
Jika itu takdirNya
kira itu iradatNya
kami relakan pemergian keramatmu
segenap warga MH370
merafak sembah Yang Esa


semoga diri kalian sentiasa terpelihara
walau tiada di sosok mata
tiada di jelmaan nyata
semoga yang terbaik akan menyusul tiba
seiring dengan redhaNya
kami pasrah dan berserah padaMu Ya Rabb

Rabu, April 09, 2014

Alhamdulillah


Alhamdulillah Ya Rabb...

Alhamdulillah kerana menyembuhkan dia
Alhamdulillah kerana memberi lebih dari daku pinta
Alhamdulillah kerana menguji kami
Alhamdulillah kerana sayang kami

Jangan tinggalkan kami kepada diri kami
walau sekelip mata
mahupun sekejap dari itu...

Alhamdulillah Ya Rabb..
Alhamdulillah, syukur padaMu..
atas segala nikmah
atas segala rahmah
atas segala kurniaMu

Khamis, Mac 20, 2014

Maksud Nombor Pada Pelekat Buah





Kenapa setiap buah-buahan dan sayur-sayuran dilekatkan pelekat seperti di dalam gambar.


Apa maksud nombor yang ada di pelekat itu?
Ini adalah perkara asas yang perlu kita tahu apabila membaca label :
1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU?
>>bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional @ tradisional, dengan penggunaan racun serangga.
So.. please make sure, buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan.
4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur.
Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011.
2) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor itu bermula dengan “8?
>>ini bermakna produk itu adalah produk GMO, sudah diubah secara genetik (Genetically Modified Organisms)
Sebagai contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.
3) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan “9?
>>itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan..
Sebagai contoh pisang organik, kodnya adalah 94011.
Yang mana pilihan anda?
Selamat membelek pelekat!! Hehehe....


Sila share..:))

Sumber:   Sutera Ungu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Princess' Big Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Belog Sifu Yang Baik Hati

Sapaan Manja Buat Ummi dan Baby Nur

Get this widget

Tamu kita saat ini..