SADAQAH JARIAH

SADAQAH JARIAH
Daisypath Happy Birthday tickers

Ahad, Jun 29, 2014

Marhaban Ya Ramadhan

Ramadhan Kareem




Marhaban Ya Ramadhan
Izinkan daku menjadi penunggu setiamu
kerna di situ akan ku tahu aku amat merinduimu

Marhaban Ya Ramadhan
Izinkan daku menjadi murid madrasahmu
kerna aku kepingin ditarbiyyah oleh sentuhan Rabbani

Marhaban Ya Ramadhan
Izinkan daku meraih redha dan maghfirahMu Rabb
kerna ku tahu aku tidak layak untuk syurga Mu

Marhaban Ya Ramadhan
Izinkan daku menjadi hamba Rabb yang beruntung
kerna ku tahu aku hambaNya yang iman senipis kulit bawang

Marhaban Ya Ramadhan
Izinkan daku bergelar hambaMu Rabbi
kerna ku tahu aku tidak layak
tidak layak
tidak layak untuk itu...

Tiga kali guna sudah jadi racun??


Assalamm

Mungkin ramai yg telah tahu bahaya penggunaan minyak masak berulang kali..Acrolein adalah racun yg terhasil dalam minyak masak yang digunakan berulang kali..

Acrolein sejenis cecair tidak berwarna dan berbau terbakar dan menusuk hidung. Ia dihasilkan dalam industri propylene dan digunakan sebagai racun perosak mengawal alga, rumpai, bakteria serta digunakan untuk membuat bahan kimia lain..

Pendedahan kepada acrolein kebanyakan berlaku melalui pernafasan (inhalation), contohnya asap rokok dan ekzos kereta.Acrolein boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit, mata, rongga hidung, tekak dan boleh merosakkan paru-paru..

Sehingga kini tiada standard bagi menetapkan tempoh ideal bagi penggunaan minyak masak kerana ia dipengaruhi oleh faktor jenis makanan, kandungan air dalam makanan, kekerapan penggorengan dan suhu menggoreng.

Minyak masak yang digunakan berulang kali perlu dibuang dan diganti sekiranya berlaku perkara berikut
-warna minyak masak menjadi perang pekat
-minyak masak menjadi lebih likat atau pekat
-minyak masak berbau tengik
-banyak asap dihasilkan apabila minyak dipanaskan

Kementerian Kesihatan telah menyediakan panduan bagi pengguna untuk membezakan kualiti minyak masak berdasarkan perubahan warna selepas digunakan berulang kali dan cara pengendalian yg betul bagi meningkatkan jangka hayat minyak masak..Melalui web,
http://fsq.moh.gov.my/v4/
dan portal kesihatan...http://www.myhealth.gov.my/


Sumber :

YBhg Dato' Dr Noor  Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan
KKM


via mamapeduli.info
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Princess' Big Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Belog Sifu Yang Baik Hati

Sapaan Manja Buat Ummi dan Baby Nur

Get this widget

Tamu kita saat ini..