SADAQAH JARIAH

SADAQAH JARIAH
Daisypath Happy Birthday tickers

Ahad, September 13, 2015

Menjiwai Semangat Al-Fateh

Sultan Muhammad II bergelar Al Fateh
membuka Kota Konstantinople
penyebab berakhirnya Keangkuhan Byzantine

Tenteranya sebaik-baik tentera
menghunus pedang siang harinya
sungkur sujud menyembah Sang Khaliq
di kala dininya

Sungguh
Jundimu tidak pernah meninggalkan solat wajib
seusai usia baligh
kebanyakan pula
tidak pernah meninggal solat tahajud

Al Fateh murninya didikan orang tuamu
lantaran dirimu
tidak tega meninggalkan solat wajib dan tahajud
waima rawatib
di saat menjengah usia balighmu

Allahumma Rabbi Izzati
Kau ketengahkan tonjolkan
Semangat Al-Fateh lewat umat ini
sesungguhnya benarlah janjiMu
dari awal ciptaan manusia hingga tiupan sangkakala terakhir

terus hidup
Tentera Allah vs Tentera Dajjal
Ya Allah, tautkanlah hati kami dengan Panglima Mu dan Imam Akhir Zaman
Jadikan kami sebahagian faqir tenteraMu
aamiin Ya Rabb


Ahad, Mei 10, 2015

tIKA MERBAH ITU BERBISIK







Tika merbah itu berbisik
sayu
Kau kuat semangat
aku lemah
hilang daya untuk teruskan perjuangan


Tika merbah itu berbisik
syahdu
Kau tega meredah onak
aku rapuh
kata dari kelilingku menggegar tegapku



Tika merbah itu berbisik
ikhlas
Kau tetap pendirianmu
aku goyah 
waima disapa orang terkasih



Tika merbah itu berbisik
jujur
Kau tabah
aku pasrah
kalau itu terbaik untuk si dia
aku turutkan



Istikharah  itu jawapanku
Berkatilah Ya Rabb..
rahmatilah
aamiin thumma aamiin...

Ahad, Mei 03, 2015

Mood mendeco datang lagi...

Ini cerita minggu lepas, import khas pendeco dari Tanah Serendah Sekebun Bunga..
Terima kasih Pak Lang, Paksu & Pakngah..
Kerna sudi menampal wallpaper dan mengecat umah akokk...:))
shukran jaziila..


Dah 70% siap,alhamdulillah...
 

Khamis, Januari 08, 2015

Antibiotik-bila diperlukan

Bahaya antibiotik...

Assalamualaikum..

Mempunyai anak kecil menyebabkan ummi berhati-hati..Sewaktu puteri kedua ummi mengalami batuk baru-baru ini, ummi ada membawanya ke klinik..
Walaupun ummi dapat rasakan badan diri ummi ni sesuai dgn ubat homeopathi sahaja yg bersifat alami, demi nak tahu keadaan anak..ummi gagahi juga utk membawa anak ke hospital..

Selepas cek anak, suhu badan dan cek paru-paru , doktor ada prescribe ubat antibiotik..Dalam hati, neves jugak..Nak bagi ke tak ni..ubat-ubat ni..Ragu-ragu ade jugek...

Selepas membuat sedikit kajian, ummi dapati antibiotik ni hanya utk merawat bakteria..Tetiba, rasa tak yakin pula...tertanya tanya, betul ke dr tu dah kenal pasti ada jangkitan bakteria atau hanya virus,,,selepas periksa beberapa minit dah tahu ada bakteria...Tapi, hatini ni tetap percaya kt hospital, kalu anak sakit, mesti nak pegi hospital..Itu salah satu usaha,kan..

Oklah, ummi simpan dulu antibiotik tu.Lagipun, anak masih kecil lagi,tanak biasakan ambik antibiotik...Allahu , semoga Allah beri petunjuk kpd kita semua..

Ya, antibiotik..kadang kadang perlu.Tapi hanya utk rawatan bakteria..Ini krn pengambilan antibiotik secara berterusan akan mengakibatkan terhakisnya bakteria baik dlm sistem badan kita..wallahu a'lam
Sekadar satu perkongsian, terima kasih kpd doktor doktor dan misi misi yg pernah merawat ummi dan femili..Jasa kalian tetap ummi kenang, hanya Allah dapat membalasnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Princess' Big Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Belog Sifu Yang Baik Hati

Sapaan Manja Buat Ummi dan Baby Nur

Get this widget

Tamu kita saat ini..