SADAQAH JARIAH

SADAQAH JARIAH
Daisypath Happy Birthday tickers

Khamis, Mac 31, 2011

My Little Caliph Contest



Assalamualaykum

Hari ini ummi nak berkenalan dengan Contest My Little Caliph anjuran Bayt Al-Iman..Berminat nak tahu lanjut sila klik banner di atas ataupun godek-godek cni ye..

Emm..untuk anak ummi Nurkheir pula, ummi tidak merancang untuk menentukan pilihan kerjaya untuknya..Cuma ummi ingin melihat anak sulung ummi, pada peringkat asasnya Nur  menjadi seorang hafizah yang menjadikan ayat-ayat Al-Quran sebati dalam jiwa dan rohani serta keperibadian..amin..

Selanjutnya, ummi berharap agar Nur dapat menuntut ilmu ke peringkat paling tinggi dalam apa sahaja bidang yang menjadi minat dan impian Nur sendiri..Kalau ada rezeki biar sampai peringkat doktor falsafah, supaya menjadi syiar Islam..Buat masa sekarang, kaum Yahudi  dilaporkan sebagai kaum yang paling ramai memiliki ijazah tersebut, maka sebagai umat Islam wajar anak-anak muda kita dididik supaya menjadi peneraju setiap bidang bagi menyaingi kaum itu...

Doa ummi juga agar Nur bijak memilih bidang yang direstui syarak dan tidak terpengaruh dengan tipu daya dan kecantikan dunia yang hanya bak fatamorgana sahaja...aminn..

Puteriku
lahirmu dinanti
Langkahmu diiringi
tawamu pengubat hati
laramu ditenangi
semoga dirimu di muka hari
gemalai bak serikandi
wibawa bak permaisuri
amanah sesuci hati
menggalas tinggi panji-panji
Islam terus dinaungi
selagi helaan nafas terus bernadi
aroma syurga tidak ditujui
hanya Allah Rabbul 'Izzati
cintaMu menjadi selimut diri
leluhur harum mewangi
tiada tolok galang ganti...

    - Alfaqeera ila Allah
      Humayraa

Ahad, Mac 27, 2011

Apakah hadiah terbaik seorang ibu kepada anaknya



Assalamualaykum..salam di angin lalu..


 
Emm..Kata-kata para hukama: Hadiah  terbaik seorang ibu kepada anaknya ialah mengasihi bapa mereka (suaminya),
Dan begitulah sebaliknya hadiah terbaik seorang bapa kepada anaknya
 ialah mengasihi ibu mereka (isterinya)..



 
Ummi pun bersetuju dgn pernyataan di atas..Tapi mungkin kadang kala kita leka dan alpa malahan terlupa untuk menjadi seorang isteri apabila
sudah menjadi seorang ibu..
Tanggungjawab seorang isteri terlalu berat dan terpaksa bermain dengan perasaan dan emosi yg sarat..Emmm amat susah memuaskan hati seorang yang bergelar sang suami, betulkah....


Sabtu, Mac 26, 2011

Kesan buruk minum air putih sambil berdiri...

As'kum..salam pagi Sabtu yang penuh kerahmatan..

Kita biasanya dinasihatkan supaya banyakkan minum air putih..Dan anjuran sunnah Nabi s.a.w. supaya minum air sambil duduk.Alhamdulillah ada hikmahnya yg tersendiri..:)

Malam semalam, ummi godek-godek tenet, terjumpa  satu artikel yg  menyebut bahawa apabila kita minum air putih sambil duduk ada bezanya yg cukup jelas dengan minum sambil berdiri, ini merupakan  hasil kajian para ahli akupuntur ..

Air minuman yg masuk dengan cara minum sambil duduk lebih baik dibandingkan kita minum dengan cara berdiri di mana air putih yang kita minum ketika duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang boleh membuka dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada pos-pos penyaringan yang berada di ginjal.

Keadaan adalah sebaliknya apabila kita minum air putih dengan cara berdiri, maka air yang kita minum itu masuk tanpa disaring lagi. Air itu pula akan terus masuk menuju kandung kemih. Ketika langsung menuju kandung kemih, maka terjadi pengendapan di saluran ureter.

Oleh kerana banyak limbah-limbah yang tersisa di ureter maka hal ini oleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang berbahaya. Susah kencing itu penyebabnya.


Antara cara-cara mengatasi masalah ini ialah ;
1. biasakan minum air dengan keadaan duduk.
2. banyak minum air putih tapi minum dengan perlahan dan jangan terburu-buru


Ma Sha ALLAH, Alhamdulillah ala kulli hal..

Ehsan dari http://enopunyablog.blogspot.com/

Rabu, Mac 23, 2011

Bersama pelajar-pelajar ambik result

As'kum..

Fussyhhh..satu hari yang tersangat lah panjangnya..Dari pagi masuk kelas,start dari kol 7.30 - 9.30..Kendian siapkan sijil pelajar serta dapatkan slip exam SPM..

Alhamdulillah, kelas ku semua lulus..:))Dari kol 11 pagi hingga kol 1ptg serahkan slip sorang-sorang kpd para pelajar thn lepas..Secara keseluruhan keputusan exam sekolah ummi ade peningkatan, kalau last year hanya 7 subjek catat kelulusan 100%, tapi tahun ini 11 subjek mencatatkan 100%,alhamdulillah syukur sangat..Time kasih tuan Pengetua, yg memberi sokongan yg tidak berbelah bahagi kpd cg2..:)))


Rindu kpd pelajar2ku tahun lepas terubat..Mmm tapi masing-masing dah banyak berubah, kalau yg lelaki rambut dah makin panjang, sementara yg perempuan pulak dressing mengalahkan mak datin..;0

Emmm..salah seorang drp pelajar kelas ku resultnye agak kurang memberangsangkan..Dia tak dapat satu A pun dan 4 subjeknya gagal..Sedih sangat, dia seorang pelajar yg baik, walau waktu sekolah agak occupied dgn dunianya sendiri..Ummi beri dia dorongan agar terus belajar, dan terus berusaha tanpa mengenal jemu..wajahnya membayangkan seribu kedukaan yang berpanjangan, hiba ummi melihatnya..Ya Allah, berilah kekuatan kepadanya utk terus cekal mengejar cita-citanya..amin...Kesedihan seorang guru apabila melihat anak muridnya bermuram lantaran keputusan peperiksaan yg kurang meyakinkan tidak dapat digambarkan dengan perkataan..Hanya doa dan iringan restu mengiringi perjalanan hidup mu anak-anak didik ku..

Kebahagiaan seorang guru apabila melihat kejayaan anak-anak muridnya mendapat keputusan yg cemerlang dan lebih berjaya daripada dirinya..


Pada pukul 3 petang lak bersambung dengan aktiviti koko yg berakhir pada pukul 5 petang..Hari yg panjang bagi ummi, tapi dah release bila tengok anak dan sopping cd anak ku..hehehe..

Isnin, Mac 21, 2011

Didik Anak Tunai Solat-Wardina Safiyya tips

As'kum wrh

Ummi dapat tips menarik ini dari blog Fiza

Wardina berkongsi tips mendidik anaknya menunaikan solat di Wardina Official Page.

Meh kita sama-sama hayati... ^_^

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2) l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3) Selalu cerita how IMPORATAMT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5) kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan? Absolutely Right

Ahad, Mac 20, 2011

Ben Ashaari : Terima kasih Ibu


Assalamualaykum

Sekali lagi blogger otai Ben Ashaari melancarkan satu segmen khas : dedikasi untuk ibu..

Berkenaan dengan ibu saya yang tercinta, kami hanya ditakdirkan berkongsi rasa dan berbahagi sayang selama 5 tahun 7 bulan. Ye, orang yang paling saya sayang telah kembali menemui Pencinta Yang Maha Agung, pada Syawal 1981..

Memori saya bersama ibu amat indah. Dia bagi saya seorang ibu, isteri, anak dan kakak yang mithali dan terbaik tiada tolok bandingnya..Tidak pernah mengeluh dalam penderitaan hidupnya di mana ibu pada usia menginjak remaja telah juga melalui pengalaman yg sama, iaitu kehilangan tempat bergantung harap berteduh kasih, iaitu nenek saya turut meninggalkan kami beberapa ketika setelah melahirkan anak yg paling bongsu. Saya sendiri belum pernah menatap wajah kudus nenek sebelah ibu..

Ibu saya telah menjadi tempat adik-adiknya menumpang kasih, kerana dia adalah kakak sulung dalam adik-beradik. Sepanjang ingatan saya, ibu amat gemar memasak dan mahir menjahit pakaian. Ada sahaja masakan baru yang dicuba seperti aiskrim, kek pelbagai aneka dan lain-lain lagi...Ibu mempunyai satu buku resepi dalam BI yang tebal dan masih dalam simpanan sehingga sekarang. Ibu juga gemar masak jemput-jemput pisang( yg ini saya warisi ..hehehe) Ibu amat disayangi oleh nenek saya (ibu kepada ayah) dan juga anak-anak saudaranya dan merupakan menantu kesayangan. Masih saya ingat sewaktu ibu pergi melawat Kota Singa, dia telah membelikan sepupu saya seutas jam yg agak mahal jugak ketika itu..

Menurut ibu saudara saya, ibu saya ini amat baik orangnya.Di mana setiap kali orang datang bertandang ke rumah, dia akan bekalkan dengan buah tangan yg biasanya dimasak sendiri.Dan tidak pernah tetamu yang datang pulang dengan tangan kosong..Dalam bab ini saya kalah...:(

Sepanjang ingatan saya, ibu tidak pernah sekalipun marah apa lagi meninggikan suara. Dan juga sebagai anak kecil, saya suka untuk memerhati apa sahaja yg dilakukan oleh ibu. Yang masih basah dalam ingatan saya, setiap kali suapan nasi/makanan dia akan membaca Basmallah...Emm.. dia adalah orang yang hampir sempurna pada mata saya..saya amat bersyukur dikurniakan seorang ibu sepertinya, walaupun ibu sudah tiada,rakan-rakan ibu amat menyayangi arwah ibu dan kekal segar dalam ingatan kami adik-beradik...

Emm...antara ibu dan ayah..Ayah saya seorang yang agak tegas tapi penyayang dan ibu pula adalah seorang yang amat lemah-lembut dan halus tutur bicara.Dua-dua saya sayang, ibu ibarat nyawa saya dan ayah pula adalah kebanggaan saya..:)

Tinggalkan di rumah orang tua? Mustahil, selagi nyawa dikandung badan ayah saya yang tersayang inshaAllah akan sentiasa  diperlukan di dalam hidup saya dan akan saya limpahi dengan perhatian dan tautan kasih dan sayang...

Bagi anak yg bercakaran merebut harta pusaka orang tua, usahlah lagi berterusan berkeadaan begitu kerana harta dunia tidak akan bisa menggantikan kasih sayang orang tua dan hubungan persaudaraan tidak manis disulami perasaan kejanggalan dan persaingan.. 

Itu sahaja bingkisan ringkas daripada saya, moga kesilapan tutur kata dan yang sewaktu dengannya itu, dimaafi jua...wassalam

Ma Sha Allah , kereta pun orang belasah

As'kum

salam pagi Ahad yg permai..Nak citer  nii..

Petang jumaat baru ni ummi pergi umah kakak ipar kat sepang..Dapat berita yg ketenye ekceli kete abang ipar ni dipinjamkan kpd seorang adik, iaitu adik kepada abg ipar tu..Pastu pulak, dah ambik balik lah kan, n sekarang tengah repair kat workshop..

Tetiba adik yg pinjam kete  ni call, dia cakap ngan abang ipar..Dia tanye, abg tak rasa ape2 ke bila bawa kete ni?abang ipar jawab: tak, biasa je..Adiknye kate, dia ade rasa tak sedap badan, dan pegi jumpa ustaz yg boleh berubat dengan bacaan ayat-ayat Quran ni, pastu ok lah..Masa berubat tu, dia muntah muntah..dan keluar paku, jarum, dan benda-benda halus.Pastu, ustaz kata kete dia sebenanye kete abang ipar pun ada something yg orang buat..Itu yg adik tu tanye abang ipar tu...

Eisyyh..risau pulak ummi dengar..Yelah kan, anak-anak buah ummi tu kecik2 lagi, ade yg baby lagi, baru 21 hari..Eii..nauzubillah..

Ummi jugek ade kawan, kawan ni ade beli satu kete ni..Sejak dia beli, 2 3 kali dah ekciden..Ada ustaz kata kete dia ni ade sumthin gak..Kete ni dia beli dari seorg cina...

Cerita adik ipar pulak yg kebetulan ade kt umah kakak , majikan dia pun sama..Pagi-pagi time nak bukak bengkel(dia bukak bengkel kereta), dia selalu mengantuk, malas dan nak tidur.sampaikan adik ni yg terpaksa pagi-pagi pegi ketuk pintu umahnya nak bangunkan, bukak kedai.Bila bukak kedai, memang tak putus org datang...

Macam-macam cite kan, ummi pun hairan macamane org tergamak nak wat benda tak elok kat oghang lain nih...Dunia dah akhir zaman...

Sabtu, Mac 19, 2011

Hari-hari terakhir cuti...

Picture courtesy  of cartoonstock.com


Salam pagi Sabtu..

Ini hari kedua sebelum buka sekolah, kalu kt kelantan, teganu dan kedah esok dah start balik cuti..

Misi hari ni pulun tanda paper exam yg tinggal satu bundle lagi..Mr Hubby pagi-pagi dah turun ke kantor..Nur lak masih tidur keletihan, balik lewat dari umah kak ipar malam semalam..sampai kt umah dah kol 1.30 pg..Cian anak ummi..

Petang semalam pergi melawat kakak ipar yang baru menyambut org baru..Namanya Nur Yaseerah, waktu lahir hanya 2.25 kg dan pada masa tu, kakak ipar baru masuk 35 minggu.alhamdulillah sihat, semalam dah naik 2.70kg..:) Anak ini merupakan anak ke empat dlm keluarga..

Okess..Nur pun dah bangun..nak pergi sekolah sekejap,nak ambil sijil pelajar ada sikit lagi nak setel..So, apa rancangan mommies semua hujung minggu ni maklumlah cuti dah nak abis kan...

Jumaat, Mac 18, 2011

Emm..nyamannyeee..


Picture courtesy of pixelahead.com





Emmm..bestnye kalau dapat bercuti ke tempat di atas..Ummi walaupun sekarang sedang cuti sekolah, tapi terperuk kat umah je..Takpe-takpe jangan sodih-sodih..

Biasalah kan, mr hubby tak cuti.Dok kat rumah dapat jugak masa dan peluang bercuti-cuti dgn baby Nur.Takpe, walaupun tak dapat pegi dalam realiti dapat pegi dalam blog pun cukup dah,kan kan...hehehhe



Picture courtesy of Beautifulcanada.net



Destinasi pelancongan impian ummi kat Malaysia ni ialah
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
lagik scroll
-
-
-
-
-
;)
-
-
-
-
-
-
-
jangan mare, nanti kena jual..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pulau Perhentian, Terengganu..teganu kiter yeee

Camano ngan mommies mommies sumer, kat mana destinasi impian yg nak pegi dlm mesia ni, takpun ade yg nak kongsi tempat menarik yg menambat hati yg deme telah sampai..kan..Feel free to share, manalah tahu yg lain dapat idea nak pegi melancong dgn keluarga tercinta pulak lepas ni..:)

I tengkiu in advance...cinyumm cikit...:))

Picture courtesy of Beach-backgrounds.com





Baby Batuk n selsema..

Picture courtesy of Bluecottonmarymemory.wordpress.com

NOTA KAKI KECIK :
AISKRIM IS NO NO NO TO BABY BATUK N SELSEMA 



Assalamualaykum..salam Jumaat


Kalau dulu masa Nur kecik-kecik bawah setahun, pernah kena selsema dan batuk..Ingat pada masa tu, Ummi risau bukan main ..Ye lah, baby bawah satu tahun tak digalakkan ambil antibiotik kan..huhu


Even pada masa umo setahun setengah ni pun, kalu pegi hospital dapat ubat batuk , nurse akan cakap campur sikit air..Risau ummi , nengok anak batuk..Kalau boeh tak nak biasakan ambil ubat-ubat hospital, yela takut de side effect..kan..Sekarang ni pun, kadang-kadang ada gak batuk tu..Ikut tok bahnye bagi makan madu..alhamdulillah, sikit dah reda sikit batuk si kecik tu...


Bleh dikatakan hampir setiap hari lah ummi dok gugel cari penawar ubat batuk..Ummi jumpa antara petuanya minum air suam campur limau nipis..Tapi still, baby juga tak elok makan buah2 sitric ni..


Kendian, ummi boleh tarik nafas lega apabila terjumpa artikel ini..
Antaranya ada teknik tepuk belakang baby..

1. Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut,
    pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit
    posisi bantal dengan kedudukan kepala  bayi ke bawah dan kaki di atas,
    pastikan kaki lurus.


2.Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang
   di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk
   perlahan di belakang bayi.


3.Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh
   bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam
   paru-paru.


4.15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin
    dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa 
    kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka..


Artikel ini ummi petik daripada http://pmr.penerangan.gov.my/, bersumber daripada Utusan Malaysia dan susuibu.com..


Nak baca lebih lanjut, bleh godek cni ye, kawan-kawan...


:)


Didik Al Quran

Khamis, Mac 17, 2011

Ku terfikir-fikir, tenung-tenung




Salam pagi Khamis 17 Mac 2011..:)



Ummi baru je siap masak lunch ni..:)

Harini ibu mertua dan kakak ipar serta adik ipar bersama anak-anak buah dari kampung nak bertandang ke rumah ku.Almaklum saja lah cuti sekolah kang..hehhe

Ummi ngah pikir pikir, renung renung, carik carik, belek belek, godek godek, gugel gugel,
mmmmm masakan kuih apa nak masak ni..

adakah

cream puff ini feveret ummi nih

ataukah kek cokelat lembap

atau roti pelangi

atau pun puding roti  roti lagik ngeh ngeh

atau juga kek sponge ini pulak feveret ninda ku


Hemm..ibu ibu, ada cadangan tak?Mereka tiba waktu petang, dlm kol 5...

p/s: Picture courtesy of free.clipartof.com


Rabu, Mac 16, 2011

Keje Kuat Waktu Cuti

Assalamualaykum wrh

Dah sat ek nak kira 4 hari ummi bercuti kat umah..Cikgi nih oghang kate kelebihannya banyak cuti..ye la kot.

Dalam cuti beberapa hari ni, ummi dok menanda paper exam pelajar yg baru habis exam pd hari Jumaat lepas..4 kelas semuanye, dalam 130 org

Lepas tu plak, kena siapkan fail-fail pelajar SPM last year yg berisi segala macam sijil..Ini utk diserahkan pada mereka waktu timer result SPM, inshaAllah 22hb depan.

Tugas yg penting lagi ialah mengempeng, maklumlah 24 jam dok kat umah.Nur asyik nak berkepit ajer..Hehe inilah masanye, Nur kan..

Tugas seterusnya ke dapur..kalau tak masak, makan, cuci-cuci apa yg patut..
Boleh naik berat ni, kalu sejam sekali selongkar dapur...


Lagi, kemas rumah, basuh baju, kemas barang permainan Nur..

Sesekali terfikir, besar dan berat betul tugas seorang suri rumah tangga sepenuh masa...

Kesimpulannya, ummi tabik spring kpd semua suri rumah di Malaysia yg rela berkorban jiwa dan raga utk keluarga..Anda semua, sila tepuk tangan untuk diri sendiri..

P/S: Ummi dulu pun waktu belajar, punya impian utk jadi full time housewife..So, ibu-ibu semua pada waktu ini, kol 11.54 pagi anda sedang buat apa tu?

:)Peace...

Selasa, Mac 15, 2011

Tsunami Jepun : Suratan atau Kebetulan

Assalamualaykumm..




3 tanda kiamat besar yang telah terjadi pada tahun ini sahaja secara berterusan...

Seperti sabda Rasullulah,
Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
Hadis Riwayat Muslim


Analisis Kejadian Tsunami Jepun pada 11 Mac baru ini berlandaskan ayat al-Quran...


1. Tarikh yang berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijrah or 6/4/1432.
2. So dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Juzuk ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia  angka tahun ini :  Juzuk 14 ayat ke 4.

Rujuk di Quran.

1. Juzuk 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

So dalam 1432, 14 dah di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

Ambil pula lokasi latititude dan longitude.

3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam Jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang Allah maksudkan dengan angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6

masa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. Wallahualam bissawab.. Sejauh mana kesahihannya hanyalah Allah sahaja yang tahu..


Di persilakan untuk share. Bagi mengingati kita kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat..

Courtesy of :  izamirridzwan.com sumber dari Facebook...

Isnin, Mac 14, 2011

Sepantas mana blog anda loading

Salam pagi Ithnin

Ummi dah test kelajuan loading blog ini.Dan di bawah adalah keputusannya..  :)

Blog anda bagaimana? Acu cuba test kat kat sini...


GUD LUCK!!

Klik untuk pembesaran...

Ahad, Mac 13, 2011

Tsunami melanggar Negara Matahari Terbit

Salam ..

   Pada 26 Disember 2004 tsunami yang melanda Indonesia dan beberapa negara termasuk Malaysia di Kuala Muda dan Batu Feringghi dicatat sebagai satu bencana alam yang terbesar, di mana gegarannya adalah 9.1 hingga 9.3 pada skala Richter membawa gelombang air setinggi 5 meter dan setengah tempat mencapai ketinggian 20m...

Terjadi pada waktu 7:58:53 WIB, sementara pusat gempa terletak pada bujur 3.316° N 95.854° E...Koordinat: 3.316° N 95.854° E, lebih kurang  160 km sebelah barat Acheh sedalam 10 kilometer. Gempa  berkekuatan 9.3 ini adalah  merupakan gempa bumi terdahsyat dalam masa 40 tahun terakhir ini yang membadai  Acheh,Sumatera Utara, Pantai Barat Semenanjung Malaysia, Thailand, Pantai Timur India, Srilangka, bahkan sampai Pantai Timur Afrika.
















Adakah mereka yg merakamkan gambar itu terselamat? Ataukah yang bertempiaran lari itu berjaya menyelamatkan diri atau ini adalah gambar terakhir mereka menghirup udara di muka bumi ini??











Masing-masing terpana, terpaku, terpegun, terdiam..







   Kebetulan pada 25 Disember tu, ummi berada di Langkawi, Kuala Muda dekat aje dengan Langkawi. Malam 25 Dis tu, ummi naik bas balik KL..Tiba di KL, ummi first dengar berita tentang tsunami dlm berita radio masa tu tgh drive kete..Dalam hati, alhamdulillah panjang lagi umur tak kena tempias tsunami yg dahsyat (masa tu belum kahwin lagik)..itu yg khabarnya meragut ratusan ribu nyawa di Acheh..Takziah buat keluarga mangsa...

Pada 11 Mac  (Jumaat) lalu, kira-kira pada pukul 2.46 ptg waktu Malaysia, sekali lagi tsunami mengaum menunjukkan taringnya membahang wilayah timur laut negara Jepun pada 8.9 skala Richter., dgn ketinggian mencapai kira-kira 9m. Ribuan dilaporkan hilang dan kemusnahan bangunan dan kenderaan..Innalillahi wainna ilahi rajiun..Takziah utk warga Jepun...












Video Tsunami Jepun...


Baca 5 tsunami terbesar dunia, di sini..

Jumaat, Mac 11, 2011

Terharu...bila Bro Ben Ashaari

Assalamualaykum..salam semua..:))

Baru ni ummi ada masuk Jelajah Blog Ibu kelolaan Bro Ben Ashaari..Setelah masuk bahagian entry comment, Bro Ben suggest blog ummi untuk di review kan..

Huhu..terharu, blogger baru macam ummi dicadangkan oleh beliau...toche....:)

Untuk baca, refer sini..

Selasa, Mac 08, 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

Assalamualaikum salam di angin lalu..

Kali ini ummi menyertai Siri Jelajah Blog Kategori Ibu anjuran blogger fofular iaitu, Sifu Ben Ashaari..


Sila klik  di sini untuk menyertai...

Dan ini my entri untuk Jelajah Blog kali ini..

       1.Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda ..
       
    Merupakan seorang ibu dan profession tetap sebagai pendidik di salah sebuah sekolah menengah di ibu kota, seorang pencinta ilmu dan perkara-perkara baru serta boleh dikatakan agak perfectionist..huhu

    2. Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu
     
       Saat pertama kali menatap wajah mulus my puteri, Baby Nur. Dan kenangan terindah saat bersama-sama ditahan kat wad kerana baby jaundice serta menyambut Raya Poser 2009 kat wad..

3.  Kenangan pahit anda ?

       Tatkala mendapat pelbagai ujian dan dugaan pabila ingin mempertahankan exclusive penyusuan for the first 6 month.. Itu hak istimewa setiap anak, tolong jangan nafikannya..my significant others (bagi yang mampu)...


4.   Kata kata khas buat si suami ...

        Terima kasih kerana menjadi  yang terkasih dan teristimewa dalam hidup ku, sesungguhnya tiada yang sanggup berkorban untuk ku lebih daripada yang dikau lakukan buat diri ini.. Meski, seringkali aku alpa dan khilaf dalam kembara ku untuk menjadi isteri yang terbaik, maafkan diri ini untuk sekian kalinya andainya kemaafan itu masih tersisa di sudut hatimu...


5.  Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana ..

        Anakku, jadilah seorang musafir yang dahagakan cintaNya dan raihlah restu dua orang tua mu., serta jadilah khadam umat dan penegak yang hak penghapus yang batil..
Nurkheir, dikau adalah harta yang tidak ternilai dengan harta mahupun wang ringgit, buat kami. Terima kasih kerana menyerikan hidup kami, sesungguhnya hadir dirimu pembakar semangat ummi dan cukup bermakna....


6. Apakah harapan anda kepada anak anda ..

     Semoga diri Nurkheir dilimpah rahmat dan inayahNya sentiasa serta dianugerahi taufik dan hidayahNya di setiap bait-bait nukilan kanvas hidupmu di maya pada ini. Harapan ummi dan abeiy juga agar dirimu menjadi abdi yang setia pada jalanNya, dan berjuang ke titisan darah terakhir meninggikan syiar Islam serta menjadi penyejuk mata kami kini dan selamanya..Bersama kita berpimpinan tangan melangkah ke syurga dunia menunggu masa ke syurga yang kekal abadan abada..amin...


7. Nasihat buat si gadis di luar sana ..

      Wahai saudari muslimah ku..anda semua adalah sayap kiri perjuangan Islam, Islam akan merindui suara lembutmu mengikrarkan setia dan hayunan lembut tangan kudus mu menulis untuk ummah...inshaAllah



                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .



Bunga untuk anda semua...:))))



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Princess' Big Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Belog Sifu Yang Baik Hati

Sapaan Manja Buat Ummi dan Baby Nur

Get this widget

Tamu kita saat ini..