SADAQAH JARIAH

SADAQAH JARIAH
Daisypath Happy Birthday tickers

Jumaat, Disember 09, 2011

Jelajah Jemari Asmara GA

 
Assalamualaykum wrh..


Pn. Zefa telah berbesar hati melancarkan GA Jelajah Jemari Asmara yg akan berlangsung sepanjang bulan Muharram ini..inshaAllah

Mengenali seorang Zefa, ummi dapati orangnya amat penyayang, caring, concern -tersangat2 concern, rajin dan seorang yg cukup empathic..Puan Zefa juga adalah seorang ibu yg mempunyai jiwa seni yang sangat kreatif, buktinya beliau mempunyai satu belog store  yg barang-barangnya hasil air tangan Pn Zefa sendiri...

Ini belognya, jom intai-intai


 Antara koleksi  Pn Zefa ialah manik mutiara, set pinggan mangkuk, kristal, plate
 -yg ni Pn Zefa design sendiri tau..Heheh..cantik, hinggakan ummi berminat nak tempah ..

Dan set pinggan mangkuk yg menjadi feveret Cik Puan kita ni ialah design bunga kangkung..ini gambarnye..;


Kecintaan terhadap PML bunga kangkung telah dikongsi dengan rakan-rakan bloggers pada entri ini.Koleksi bunga padi  juga ibu kumpul untuk menambah koleksi PML yang begitu sebati dalam dirinya..Al-maklum jiwa seni lah katakan...hehe



Sosok peribadi ibu kepada seorang putera dan seorang puteri serta suri kepada seorang suami yang very understanding ini, sentiasa membuktikan bahawa keluarga is always comes first..
Walaupun sentiasa sibuk dengan profesion yg sentiasa memerlukannya berada bersama masyarakat, ehwal keluarganya yg tercinta tetap menjadi priority setiap hari.

 


Scrapbook at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Ideas Photo Tinks by WiddlyTinks.com





                                        Adik Maryam pada usia 2 tahun




Abang Yusuf kebanggaan ibu


Keluarga tetap dalam hati Pn Zefa atau lebih mesra membahasakan diri sebagai ibu sahaja, di mana pada cuti sekolah hujung tahun 2011 baru ni, ibu meluangkan masa dalam kesibukan menjalankan tugas untuk membawa anak-anak sekeluarga bercuti di Johor dan Melaka. Entry kenangan bercuti di Johordan Melaka Bumi Bersejarah......silalah :)





Scrapbook at WiddlyTinks.com
Digital Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com



Hehe, selak lagi untuk gambar percutian kenangan femli yg bahagia ini klik  dan klik..



Meskipun ibu terikat dengan tanggungjawab di pejabat, urusan rumahtangga tidak pernah dikesampingkan. Ibu sudi berkongsi cerita saat mula berpindah di rumah baru mereka pada September 2009, Baiti Jannati.  Walaubagaimanapun, ibu yang bijak ini gemar mengamalkan prinsip sikit-sikit lama menjadi bukit, buktinya Baiti Jannati kesayangan Ibu ini kian mendapat sentuhan ibu dengan sisi kreativitinya yang tidak dapat disangkal lagi..Silalah bertandang ke kediaman Ibu sekarang,hehehe.. Perasan tak Si Puteh pertama yang menjadi kesayangan Ibu tu..:))...? Apa kata kita terjah idea langsir ibu dan langsir raya tahun lepas ibu ..mohhh



Photo Albums at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Ideas Photo Tinks by WiddlyTinks.com



Sebagai seorang ibu yang hebat, sudah semestinya ibu mempunyai banyak pengalaman-pengalaman dan memori pahit manisnya..Satu yg ummi tertambat ialah coretan tentang si dara, Adik Maryam dengan insiden shoppingnya..Ini ceriteranya, yukk baca kisah yang manis ini...:))



Di mata ummi, kematangan ibu terserlah bila ibu membuat pilihan utk menukarkan Adik Maryam ke Taska yang baru... Ikuti kisahnya di sini..

Jelas sekali keprihatinan ibu bukan hanya utk keluarga sendiri, adik-adik dan keluarga mertua juga mendapat perhatian dan kasih sayang yang sama..;)) Nak baca lanjut tengok citer pasal ibu ke Terengganu melawat adik dan juga balik ke kampung tanah tumpah ayah Maryam dan Yusuf dekat sinisini dan jugak kat sini..;))




Ummi cukup kagum, dalam kesibukan menyambut tahun baru dengan azam dan tugas-tugas baru di pejabat, ibu tetap berkesempatan berjalan-jalan cari makan hehehe dengan keluarga dan sanak-saudara yang bertandang ke rumah..Jom layan gambar-gambar mereka di Snowwalk @ ICT Shah Alam..


Scrapbook at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com





Photo Albums at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com
 
 

Ibu tidak pernah lokek ilmu, selain dari minat dan passion terhadap koleksi PML serta frame dll, ibu juga gemar berkongsi ilmu bersama pengunjung setia..Antara yang ummi tertarik ialah tips didik anak yang cukup ilmiah dan spesifik..Ok, jom hayati di sini... serta ibu juga ketengahkan santapan ilmiah dan rohani di sini jugak.. 

Pada awal-awal tahun ni, para ibubapa menghadapi masalah yang sama..Antaranya bagaimana nak menghantar buah hati masing-masing ke sekolah pada hari pertama. Di sini, ibu sudi memberi sedikit tips berguna khasnya bagi ibubapa yang tidak mempunyai pengalaman menghantar anak ke sekolah formal, contohnya ummi..hehhe..Apa kata kita  intai-intai sini, juga ini.. Yang ini pula kisah Abang Yusuf mula melangkah ke alam persekolahan Darjah Satu..



Scrapbook at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com



Sebagai seorang penjawat awam pula, ibu tidak sunyi dari ujian dan mehnah serta dugaan..huhu..Antara luahan  ibu ...mmm sabar ye ibu..Kadang-kadang ummi pun sama, manusia tidak pernah sunyi dari kesilapan..Mudah-mudahan kita semua belajar dan menjadi orang yg lebih baik pada hari esok,aminn.. Ilmu dan input tentang penjawat awam, banyak juga yang ibu paparkan, ummi sangat-sangat hargai..timo kacih, ummi dapat ikuti SBPA dan terutamanya perkongsian tentang pindaan SBPA. Sangat-sangat berguna...toche..


Hidup ibu sebagai blogger juga amat menarik di mata ummi..betul ni, bukan bodek ye Bagi ummi, ibu Maryam dan Yusuf ini sentiasa bertanya khabar kawan-kawan bloggers dan cukup suka menyokong kawan-kawan dengan mengadakan blogwalking dan join GA kawan-kawan..Dan bukti yg jelas juga, ibu turut mengadakan satu bloglist di blog utk kawan-kawan gitu...hehehe..cayelah ibu....Go go go!!!....:)) 


Burung kedidi di atas dahan
Belatuk pula terbangnya rendah
Pn Zefa orangnya boleh tahan
Ilmu lestari kasih terindah....



Padi huma dimasak kawah
sayang kandil cahayanya malap
Shukran juga salam ukhuwwah
 huluran maaf jika ada salah dan silap



  ID follower: Ummi Nur
           - Jemari Asmara tersenarai di dalam blog list di sebelah kanan belog
           - Banner Jelajah Jemari Asmara terletak di  kanan belog

Berminat nak sertai? Klik sini ek..




6 ulasan:

Ibu Yusuf Maryam berkata...

Terima kasih Ummi atas kesudian menjelajah Jemari Asmara. Penyertaan amat2 dihargai.. Semoga berjaya!!

ps: sgt2 suka dgn picas yg diedit oleh Ummi Nur. Kalau ibu Yusuf nak copy boleh ke?

@LeenShamsh berkata...

tahniah ummi! cepat tgk bloh JA!

Ummi Nur berkata...

Heee..timekasih Ummu Muhammad..:))

Ummi Nur berkata...

Hehhe..Boleh Ibu Yusuf...silakan..

Ruse Sulaiman berkata...

tahniah!

Ummi Nur berkata...

Terima kasih Ummi Iman..

Salam ukhuwwah..:))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Princess' Big Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Belog Sifu Yang Baik Hati

Sapaan Manja Buat Ummi dan Baby Nur

Get this widget

Tamu kita saat ini..