<<<<<<<<<
Aku sayang Allah..
Dan aku mahu terus begitu buat selamanya..
Bukan setakat pada taipan huruf di blog je..
atau sekadar pada pengakuan lisan,
tapi…………………………………………
selaras dengan perbuatan dan amalan..
Tolonglah diri, cukup-cukup la berangan..
sedarla diri, hidup ni sementara..
apa yang engkau kejar sangat pada dunia nih?
bukan kekal pun..
kalau datang tsunami macam kat Jepun dulu tu hah..
rumah banglo besor dan hebat macam mana pun,
berkecai jugak..
kereta mewah tahap gabang pun, tak berbaloi jugak..
cantik or licin macam mana pun kulit engkau,
tak guna jugak..
---------------------
tsunami or apa-apa bencana datang..
tak ada maknanya dia nak tengok rupa engkau, atau nak telek harta engkau, atau nak pandang kedudukan dan pangkat engkau..
kalau dia nak serang, nak melanda..dia main belasah je..
tak kira betapa hebatnya engkau pada mata manusia kat dunia nih..
anak datuk ke, anak tan sri ke, artis ke..kalau tsunami atau bencana-bencana datang..langsung disapunya!
oit diri! engkau tak sedar lagi ke..
oit, aku cakap diri aku sendiri…
asal engkau ni hah..
nak lawan Tuhan ke?
cubalah bawa bertaubat..
cubalah bersihkan hati tuh!
cubalah perbanyakkan amal jariah..
dari engkau asyik himpun atau kumpul duit beli benda bersifat duniawi yang benefit kat engkau seorang je,
lebih baiklah engkau sedekah kat faqir miskin yang lebih memerlukan..
oOo..dah sedekah? alah, setakat sedekah duit yang lekat celah gigi je + asyik teringat kat duit yg dah terbagi kat orang tu..tak ada maknanya lah!
oit diri sendiri! engkau jangan mimpilah engkau tuh boleh masuk syurga senang-senang..
hntah-hntah..harga kasut engkau tu dah boleh bagi kat satu keluarga orang susah makan seminggu tahu tak..
tu tak masuk handbag lagi..baju lagi..
engkau ni! rasa hebat sangat ke hah? engkau ingat murah ke kos nak masuk syurga? mudah ke?
oit diri sendiri, cubalah insaf..
apa je lah bekalan yang engkau ada..
nak kata berdakwah bilhal hntah menjadi ataupun tak..
bil lisan? pandai cakap je..
ada benda jahat depan mata, buat tak tahu..takut orang cakap kita busy body lah..apa la..
habis, cuba dakwah betul-betul orang pun tak!
engkau ni diri sendiri..nak jadi apa?
hebat sangat ke engkau ???
apa la nak jadi engkau ni diri sendiri..
buat malu orang Islam je la..
Tuhan bagi engkau masih bernafas..
hargailah..
kan nanti mati katak,
masa tu tak ada guna dah nak menyesal..
sudah-sudah la cinta pada dunia..
hentikanlah..
oh diri aku sendiri..
Astaghfirullahal’azim……………………
Setiap kali nak buat jahat atau rasa menyampah hidup kat dunia nih..aku teringat kat mak andak (kenalan aku semasa umrah).
(mak andak sebelah hujung sekali, pakai spek mata, belakang suaminya..pak andak)
Mak andak org kampung je, tapi semangat dia kumpul duit..buat kerje kat bendang..sebab nak tunai ibadah..aku tengok masa kat madinah dan mekah dulu, dia dengan suami dia tak shopping sangat pun macam org lain..memang mereka ni datang nak tunai ibadah semata-mata..malu aku, lebih mereka tak belajar agama tinggi-tinggi, tapi mereka lagi bijak dari orang yang berpendidikan..sebab mereka ingat mati lebih dari kita yang selalu sangat la alpa..
----------
----------
mak andak cerita..masa kat mekah..masa dia buat haji sebelum ni..dia mimpi, kat depan kaabah ada seorang jejaka ini menangis teresak-esak..jejaka ini memang tersangat la tampan, handsome sampai terpegun tengok dia cerita mak andak..tak dapat nak imagine kata mak andak nih..die menangis sampai muka die merah padam..menangis tak henti-henti di hadapan kaabah..
mak andak yang menyaksikan ni pun tanyalah pada orang sekeliling dia ketika itu,
“siapa jejaka yang menangis sampai teresak-esak tuh?”kemudian, ada suara menjawab..
“baginda adalah Rasulullah s.a.w..”
mak andak terkejut sangat..kemudian mak andak bertanya lagi..
“kenapa Rasulullah s.a.w menangis?”
kemudian suara tu menjawab lagi..
“Baginda menangis kerana sedih mengenangkan sikap umatnya di akhir zaman..”
mendengar kisah mimpi mak andak tuh ketika dia di mekah, aku langsung terkesima..
kelu..bohongla kalau tak menangis kan..
terdetik dalam hati aku,
“aku ke antara umat yang telah menyebabkan Rasulullah s.a.w menangis?”
“aku ke antara umat yang telah menyebabkan Rasulullah s.a.w menangis?”
Ya Allah………….aku ke umat yang teruk itu?
kasihan Rasulullah s.a.w…………masa nak wafat dulu pun Nabi s.a.w masih sempat ingat kat kita..
“UMMATI..UMMATI..UMMATI..”
yang kita ni, mengaku je ummat Rasulullah s.a.w..tapi ingatkah kita kat Rasulullah s.a.w?
asyik fikir nak kumpul duit nak beli kereta, nak buat rumah besar-besar..nak itu..nak capai ini..
agak-agak dalam sehari, berapa banyak kita berselawat untuk Rasulullah s.a.w..
ke tak ingat langsung?
ada fikir tak nak bantu perjuangan Rasulullah s.a.w?
ke fikir hidup kita je..dah tak fikir orang?
atau, siap lawan balik lagi sunnah? asyik fikir cinta manusia je..
asyik layan perasaan sendiri je..
huh, aku la tuh..
oit diri sendiri! sedar la !!
sudahlah..bawalah bertaubat..
kasihan kat Rasulullah s.a.w..penat baginda berjuang untuk kembangkan dan tegakkan Islam..
yang kita ni asyik peluk tubuh je..sedar-sedar ada pulak yang menentang Islam tu sendiri!
bayangkan kalau Rasulullah s.a.w hadir ke sisi kita waktu ini, pasti baginda bertambah sedih dengan keadaan ummat baginda sekarang..
jom semua kita berubah..kalau yang solat lambat tu kita cuba awalkan..masuk waktu je terus solat..kalau sering solat sendiri-sendiri je, kita cuba berjemaah..kalau kita solat kat bilik atau dekat rumah je sebelum ni..kita cuba hidupkan surau atau masjid pulak..solat berjemaah kat sana..yang pasti marilah kita berubah/berhijrah kepada perkara yang lebih baik..bukan setakat bab solat je..semua benda k..perlahan-lahan pun tak apa..kita cuba ye..mesti kena cuba..sebelum terlambat..sebelum mata terpejam rapat..sebelum pintu taubat tertutup rapat..
aku tak kata aku baik..tapi jomlah kite berubah sama-sama..jom!
berubah terlampau drastik pun bahaya, yang penting kena berubah dengan berlandaskan ilmu..
means..kena mencari..kena belajar dari sumber yang benar..
kalau tak tahu bertanyalah, bergurulah..
insha Allah..pasti ada jalanNya
Sabda nabi s.a.w :
Barangsiapa yang Allah kehendaki kepada
kebaikan, Allah akan memperdalamkan kefahaman agamanya..
kebaikan, Allah akan memperdalamkan kefahaman agamanya..
(Hadis Sahih, Muttafaq ‘Alaihi)
~MUHASABAH~
maafkan aku jika nukilan ku tak sempurna..kerana aku memang tak pernah sempurna..
Doakanlah aku menjadi lebih baik!
jazakumullahu khairan kathira
Wallahua’lam..
~MUHASABAH~
maafkan aku jika nukilan ku tak sempurna..kerana aku memang tak pernah sempurna..
Doakanlah aku menjadi lebih baik!
jazakumullahu khairan kathira
Wallahua’lam..
Ummi Nur:
Untuk lawatan, sila klik sini...
Marilah kita bersama mengorak langkah pertama berubah untuk kebaikan..
Ingatlah, kejayaan itu bermula dari langkah yg satu..InshaAllah kita akan tergolong di kalangan orang2 yg beruntung yg menerima buku amalan dari tangan sebelah kanan dan akan berjumpa Kekasih kita, Allah Yang Maha Esa dan RasulNYA s.a.w.
aminn..Ya Rabbal a'laminn..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan