Kami bersaksi dikau telah sampaikan dakwah ya Rasulullah Habiballah !

SADAQAH JARIAH

SADAQAH JARIAH

Ahad, Julai 31, 2011

Peraduan Dunia Susu Ibu


Assalamualaykum wrh..
InshaAllah ummi ingin memeriahkan Peraduan Dunia Susu Ibu anjuran Duniasusuibu.com
Shukran krn menganjurkan peraduan ini..:)

Kategori : Bersalin secara normal

Tarikh lahir anak : 25 Ramadhan 1430 H

Alhamdulillah Nur selamat dilahirkan di negeri kelahiran ummi dan Abiey seminggu menjelang Aidilfitri dua tahun lepas.Dan alhamdulillah juga hospital itu adalah sebuah hospital Rakan Bayi..Maksudnya, sebarang botol susu dan tin susu bayi adalah barang larangan..

Nur dilahirkan saat azan Maghrib berkumandang, dan kesian ummi tengok bidan yg menyambut kelahiran Nur terlewat berbuka puasa..Dan ekoran itu, Nur juga terlewat sikit disusukan..Pada masa itu, ummi terkelip-kelip merenung Nur di dalam inkubator di sebelah ummi..Kemudian terkocoh-kocoh seorang bidan lagi datang dan bertanya, dah disusukan anak atau belum..Dengan segera Nur disuakan untuk disusukan buat kali pertama..Alhamdulillah, Nur dapat susu waktu itu.

Setelah itu, kami disorong masuk wad..Kira-kira pukul 12 malam tu, mata Nur tiba-tiba naik terbeliak ke atas.Ummi mula panik-almaklum anak sulung-..Terus ummi bawa Nur kepada misi yg bertugas pada malam itu. Misi tersebut lantas berkata; takde ape tu.masuk tidurla-dengan matanya yg terkebil-kebil menahan mengantuk..Mana mungkin ummi dapat lelapkan mata.Alhamdulillah, mujurlah pada masa itu, ada seorang kakak dalam wad itu yg belum tidur.Ummi pun segera membawa Nur dan meminta tolong kakak itu..Kakak itu menepuk-nepuk belakang dalam keadaan tertiarap..Akhirnya Nur sendawa,akak itu ajarkan ummi macammana nak bagi baby sendawa setelah menyusu.Rupanya, ummi excited sangat nak menyusukan Nur sehingga terlupa utk sendawakan selepas menyusu. Selepas itu, ummi tak dapat tidur sehingga ke pagi kerana bimbang dan cemas..

Keesokan harinya, ummi dan Nur dibenarkan balik rumah tokbah dan tokma..Selama 2 hari berikutnya Nur asyik menangis, bila diberi pada Tokbah dan didukung sambil berzikir Nur tidur di atas dukungan. Tokma dan tokbah serta tokyang menggesa ummi agar memberikan Nur susu formula kerana takut Nur tak kenyang minum susu ummi shj.Kata tokma cucunya iaiatu anak kpd adik ummi minum air masak tanak bagi kena demam kuning.Tapi ummi dan abiey dengar sahaja mengiakan dan angguk-angguk, tapi kami belum terbuka hati utk memberi susu lain selain susu ibu..

Hari ketiga Nur masih menangis, abiey mengajak ummi balik pula ke rumah nenek dan atuk(keluarga sebelah abiey)..Pada masa tu, Nur masih juga menangis tapi sudah berkurangan. Petangnya pula, ummi berurut utk melancarkan aliran susu.Alhamdulillah, mungkin asbab urut itu susu ummi makin banyak walaupun susu matang belum terhasil..Ummi cuba pump, ye betul yg ada masih lagi kolostrom yg kekuningan..Takpe, ummi tetap pam untuk Nur..

Sewaktu nenek bawa Nur ke klinik ibu utk pemeriksaan rutin, ummi bekalkan sedikit susu dalam botol.Nenek cerita Nur minum walaupun dalam botol, alhamdulillah..Ummi kadang risau gak takut Nur keliru puting nanti..

Petang sebelum hari raya, ummi dan Nur admit ward kerana kadar bacaan kuning Nur agak tinggi.Ye, kami beraya dalam hospital keesokan harinya.Alhamdulillah di dalam wad, ummi dapat menyusukan dengan tenang dan Nur semakin kurang menangis..

Setelah berada kira-kira 2 hari dalam wad, kami dibenarkan pulang setelah bacaan kuning kian turun.
Di rumah nenek, Nur semakin mahir menyusu dan ummi cuba menyusukan Nur sekerap mungkin kerana nak bagi kadar bacaan kuning Nur terus di tahap yg okey..Pada minggu kedua, selepas membuat pemeriksaan di klinik kerajaan, didapati bacaan kuning Nur masih tidak turun dan naik sikit dari 2 minggu sebelumnya.Abiey bawa kami ke hspital kerajaan bersama peralatan utk bermalam di wad.Tapi menurut doktor, tidak perlu masuk wad hanya datang sekali lagi utk diambil darah bagi tujuan memastikan hati dan lain-lain organ dalam keadaan baik.Oleh kerana kami datang dah dekat malam, doktor minta masuk wad dan keesokan hari diambil darah.Dan esoknya kami balik kembali ke rumah.

Sepanjang dalam pantang, ummi banyak membaca buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Berkerjaya.Ummi ada juga pam tapi tak dapat buat stok untuk Nur sewaktu ummi balik bekerja. Ini adalah kerana kita berada di rumah nenek dan kemudian di rumah tokyang dan waktu kita berada di rumah nenek ummi agak segan sikit nak simpan dalam peti ais.Masa di rumah tokyang pula, ummi tak bawa sekali peralatan pam, ummi guna pam Spectra 3,ini adalah recommend dari officemate ummi.


Spectra 3


Ini lah gambar beg penyusuan ummi  Stylo Mama, dalamnya berisi pam dan kira macam built in. Zip di hadapan itu tempat letak pam dan di belakang ada ruang utk soketnya.

Ini adalah azimat umm. Ade cerita di sebaliknya..
Beg ini abiey yang beli, time tu ummi dah masuk 36 minggu lebih pregnant.Kira dah macam tak larat nak berjalan jauh..Abiey pegi sorang-sorang  kat shah alam tu, Sara Kids. Akak pemilik kedai bercerita dgn abiey bagaimana keistimewaan susu ibu. Abiey makin berminat dan faham bila professional bercerita. Abiey yg bersungguh nak pastikan ummi  breastfeed Nur dalam masa satu jam pertama kelahiran..



Ujian dan mehnah

Sebelum bertolak balik ke tempat kerja, tokma pesan jangan lupa beli susu formula nanti anak susah bila ditinggalkan pergi kerja. Kalau tak dibiasakan minum susu formula nanti anak tak mahu minum susu formula.Ummi hanya mengangguk lemah.

Apabila masuk kerja ummi mula sesi pengepaman susu.Di sekolah ummi pam dua kali kalau dapat, tapi kadang-kadang hanya berkesempatan sekali shj,iaitu kira-kira pukul 11 atau 1 bergantung kepada kekosongan jadual. Di dalam bilik guru, tiada plag.jadi ummi terpaksa menapak ke bangunan surau utk sesi pumping.Apabila dapat tengok susu yg dikumpulkan ummi rasa suka sangat.Kebiasaannya hanya 4oz hingga 6oz sahaja setiap kali pump.

Warmer Snow Bear

Di rumah pula, ummi start pump terutama apabila Nur tidur. Tapi biasanya apabila Nur jaga, Nur akan melekat sahaja menyusu dengan ummi. Ummi beli warmer utk memudahkan utk memanaskan susu dan steril botol, ummi guna botol MAM dan Safety Plus. Alhamdulillah, masa itu Achik-adik ummi- tinggal bersama kita dan dia lah yg banyak membantu menjaga Nur.

Sebelah petang, ummi balik pada pukul 3 petang dan ummi akan menyusukan Nur secara direct. Dan setiap hari ummi akan cuba memastikan stok utk keesokan hari adalah cukup. Agak susah kerana ummi tidak buat stok awal-awal dalam pantang dulu. Tapi alhamdulillah Nur dapat exclusive breastfeeding sampai usia 6 bulan.

Masuk 6 bulan, Nur mula ummi perkenal makanan pejal.Mula-mula puri buah-buahan. Kemudian masuk bulan ke 7, nasi yg diblend. Perkenalkan sayuran dan lauk,tapi Nur ada allergik kpd telur dan juga ayam.Apabila makan, akan naik ruam.Yang penting inshaAllah ummi masak sendiri, kerana lebih yakin dan selamat inshaAllah..

Apabila balik kampung, orang keliling terutama sanak saudara selalu bertanya kpd Nur tak minum susu formula? Kadang-kadang tokbah suka membandingkan Nur dengan sepupunya.Dari segi berat, Nur agak kurang meningkat.Pada usia 6 bulan Nur hanya 5.6kg sedangkan waktu lahir berat Nur ialah 3.09 kg.

Ummi agak risau juga apabila memikirkan tentang berat Nur, akhirnya Nur direfer kpd pakar kanak-kanak.Setelah ambil darah dan pemeriksaan secara terperinci, Nur tiada masalah. Cuma pakar beri appoinment utk pantau perkembangan Nur.

Tokma dan tokyang juga sentiasa menggesa ummi beri Nur susu formula lantaran berat Nur yg begitu..Ummi kadang-kadang rasa amat tertekan dan kadang-kadang memendam rasa serta teramat sedih. Mujur juga abiey menyokong keputusan ummi utk tidak memberi susu formula kpd Nur. Bila ingin balik ke tempat kerja setelah tamat cuti, tokyang minta adik ummi temankan dia.Tokyang berikan nestum dan gula glukos.Tokyang pesan supaya berikan Nur kerana menurutnya orang tua yg sakit tak dapat bangun, apabila minum glukos dapat bangun seperti biasa.

Bila bertandang ke rumah maklong. Persoalan yg sama diutarakan. Akhirnya maklong bekalkan kita setin susu formula daripada tumbuhan-tak silap ummi kacang soya.Ummi ambil dan senyum sahaja dgn ucapan terima kasih.


Cara Menyelesaikan Masalah


Ummi banyak membaca dan mengikuti forum Susuibu.com.Sebarang kemusykilan ummi cuba dapatkan jawapan dan maklumat daripada pakar-pakar laktasi.Ummi juga banyak belajar daripada pengalaman ibu-ibu yang punya masalah dalam meneruskan penyusuan ibu yg dapat ummi baca juga dari forum tersebut.

Pada tahun 2010 ummi dan kawan pergi ke sambutan Hari Susu Ibu Tahunan di Prima Kajang, bersama ummi juga adik ummi. Adik ummi juga banyak memberi sokongan dan semangat kebetulan dia juga belajar dalam bidang kesihatan. Dan sedikit sebanyak dapat membantu. Kawan ummi dapat hadiah utk Penyusuan Selama 2 Tahun dan Anugerah Ibu di mana dia tandem nursing. Sedikit sebanyak ia pembakar semangat ummi utk meneruskan penyusuan Nur.

Di samping itu, ummi cuba kurangkan stress kerja kerana melalui pembacaan ia akan memberi kesan kpd susu ibu. Ummi seumpama kais pagi makan pagi, tapi alhamdulillah ummi masih mampu meneruskan penyusuan. Untuk memudahkan penyimpanan susu, ummi beli bekas khas utk mengisi susu dan juga makanan puri bayi. Ummi juga beli cooler jenama Coleman utk memudahkan penyimpanan susu serta sewaktu perjalanan jauh. Di samping beg yg comel utk memudahkan penyimpanan susu.

Beg Penyimpanan Susu

Sokongan yg diperolehi

Alhamdulillah, di sekolah ummi ada beberapa org cikgu yg menyokong penyusuan ibu dan menyusukan anak sepenuhnya. Kami banyak bertukar pendapat dan pandangan serta berkongsi perasaan serta masalah masing-masing berkaitan penyusuan. Ummi juga banyak mendapat tips dan nasihat drp kawan ummi ini. Tapi terkadang kami rasa , ibu-ibu yg menyusu sepenuh masa terpaksa memberi alasan mengapa menyusu sepenuhnya tidak diselang-selikan dengan susu formula.

Adik ummi dan juga Abiey juga merupakan penyokong kuat penyusuan sepenuhnya. Abiey ringan tulang utk tolong belikan peralatan utk memudahkan penyusuan. Terimakasih walhamdulillah..
Tag : Mama Haziq dan Mama Razziq


Satu lagi yg amat berharga dan ummi amat berterima kasih kpd Nur ialah bila mana bengkak seumpama seed yg ummi deritai mulai kecut dan seakan sudah tinggal parut sahaja. Kalau dulu ia teramat sakit dan menjadikan sukar utk memakai baju..Terima kasih sayang Nur kerana menyelamatkan nyawa ummi. Terimakasih Allah alhamdulillah atas nikmat ini dan anugerah kurniaanMu..




2 ulasan:

ummu muhammad berkata...

sedeh bace..afwan baru sepat singgah ;) BAi rindu ummi n nur ;)

humayraa berkata...

Takpe..Ummi ngan nur pun rindu ngan BAi..:))
Salam Ramadhan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Princess' Big Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Belog Sifu Yang Baik Hati

Sapaan Manja Buat Ummi dan Baby Nur

Get this widget

Tamu kita saat ini..