Assalamualaikum wrh..
Salam ukhuwwah,mmm lama benar tidak update blog..Ada sedikit kekangan yang tidak dapat dielakkan..
Walau bagaimanapun, ummi nak berkongsi tentang jaundice atau demam kuning. Tambahan pula, kedua-dua puteri ummi dapat prolong jaundice..Hampir sebulan juga baru bacaan kuningnya turun dari tahap membimbangkan.
Melalui pembacaan ummi, anak anak ummi mendapat jaundice kategori Hemolytic Jaundice.
Dan kedua-dua anak pada usia 3 hari hingga seminggu lebih berada di ward sebab kena diletak bawah lampu phototherapy. Yang paling sedih, ummi masih ingat waktu si kakak dulu, hari terakhir puasa Ramadhan orang Kelate panggil hari buat ketupat,.. kami berdua terpaksa bersiap untuk ke hospital bagi rawatan jaundice..Berjurai jugak airmata ketika itu, maklumlah esok Raya terpaksa sambut dalam ward dan jugek anak pertama tiada pengalaman..Alhamdulillah 'ala kulli haalinn..
Tiap-tiap pagi pukul 5, nurse akan ambil bayi untuk diambil darahnya bagi pemeriksaan bacaan kuningnya..Hampir seminggu tinggal di ward, balik rumah kena follow up dekat Klinik Kesihatan utk pemeriksaan darah bacaan kuning. Mencapai usia 2 minggu pula, bayi akan diambil darah dalam kuantiti yg banyak untuk pemeriksaan detail berkenaan hati, darah dll..Alhamdulillah ya Allah, pengalaman itu banyak mengajar ummi erti ketabahan dan kasih..Alhamdulillahh ...:))
Menurut doktor yg merawat anak-anak ummi, orang dewasa pun ada kuning ..Cuma bacaannya tak sampai 80, tak tinggi sangat.Itu sebab tak nampak kuning.. Ooooo..
Menerusi pembacaan, ummi dapat simpulkan terdapat 5 kategori jaundice..
Bayi kuning atau jaundice adalah
suatu keadaan di mana kadar bilirubin dalam darah tinggi dan terjadi pada
minggu pertama kehidupan sang bayi. Kadar bilirubin dalam darah
bersifat toksik bagi perkembangan sistem saraf pusat bayi.Ini
dapat mengakibatkan kerosakan saraf, oleh itu perlu kepada campur tangan doktor dengan segera dan tepat.
Hampir 60% bayi yang baru lahir akan terlihat kuning pada minggu
pertama setelah mereka lahir. Sekitar 5-10% dari mereka memerlukan rawatan khusus kerana kadar bilirubinnya yang signifikan
tinggi, sehingga memerlukan rawatan phototherapy -lampu atau cahaya biru yg mengandungi khasiat tertentu. Tetapi tidak perlu risau,
kebanyakan kes keadaannya tidak berbahaya sehingga tidak perlu kepada rawatan yg khusus.
5 Kategori jaundice ialah ;
1. Hemolytic Jaundice.
Macam kes ummi, ummi berdarah O positif..jadinya anak otomatik akan dapat prolong jaundice. Sebabnya ibu darah O positif, semasa proses kelahiran darah ibu cepat pecah..
Hemolytic jaundice juga
disebabkan oleh beberapa hal, diantaranya seperti penyakit hemolitik
rhesus (Rh), ABO inkompatibiliti, adanya riwayat jaundice dalam keluarga serta defisiensi enzim G6PD.
Bayi yang lahir dari ibu dengan Rh-negatif dan ayah Rh-positif juga harus
dilakukan pemeriksaan Rh dan uji Direct Coombs’. Begitu juga dengan
bayi yang lahir dari ibu dengan golongan darah O dan Rh-positif hendaklah dipantau dan dilakukan serangkaian pengujian, seperti test
golongan darah dan uji direct antibody.
2. Jaundice Fisiologi
Jaundice biasa yg dialami oleh hampir setiap bayi, keadaan ini disebabkan oleh ketidakmampuan bayi dalam menangani
terjadinya peningkatan produksi bilirubin, disebabkan fungsi-fungsi organnya
yang belum sempurna. Bayi akan terlihat kuning pada masa 24-72
jam setelah lahir. Normalnya kadar bilirubin dalam darah pada bayi yang
lahir cukup bulan akan mencapai puncaknya ditahap 6-8 mg/dL pada hari
ketiga.
dan tidak lebih dari 15 mg/dL.
Setelah hari ke-14 bayi sudah tidak nampak kuning lagi.
Bagi kes jaundice fisiologi sebenarnya tidak memerlukan rawatan, hanya peranan sang ibu amat diperlukan dan amat penting.. Dalam hal ini,
ibu harus senantiasa menyusui bayinya. Bayi yang kuning harus disusui
secara eksklusif, tanpa tambahan makanan yang lain, baik air ataupun
dextrose. Pada asasnya jaundice fisiologi tidak berbahaya, pemberian Susu Ibu akan sangat membantu bayi dalam menangani tingginya kadar bilirubin
dalam tubuhnya.
Tetapi perlu diingat, jika kuningnya sudah menyebar
sampai bahagian kaki, maka bayi harus segera dibawa lagi ke klinik,
kerana hal itu petanda bahwa kadar bilirubin sudah semakin tinggi dan
segera memerlukan rawatan pakar.
3. Jaundice Patologi
Pada keadaan ini kadar bilirubin sudah melebihi 17 mg/dL, sehingga harus
segera dipantau penyebabnya dan perlu kepada perawatan khusus,
seperti phototherapy. Jika bayi kelihatan kuning dalam waktu 24 jam,
peningkatan kadar bilirubin melebihi batas normal (5 mg/dL/hari), dan
bayi masih kuning bahkan setelah 3 minggu usia kelahirannya,
maka hal tersebut sudah dikategorikan sebagai jaundice patologi.
Tanda lain ialah , biasanya feses bayi seperti tanah liat dan urine nya yang
berwarna gelap sehinggakan pakaian bayi menjadi kuning... Pada bayi yang mengalami jaundice patologi juga akan didapati kadar
bilirubin yang lebih dari 2 mg/dL ketika sampel darah diambil pada bila-bila masa
/ direct bilirubin (tidak ada interval waktu)
Semua bayi yang mendapat rawatan phototherapy harus melalui serangkaian pengujian, seperti ujian bagi penentuan golongan darah dan Coombs’ test (ujian mengesan antibodi dan protein komplemen pada penyakit hemolitik pada bayi yang baru lahir, untuk lebih lengkapnya lihat di Wikipedia); perhitungan darah komplit dan smear for hemolysis serta morfologi sel darah merah; perhitungan retikulosit dan estimasi enzim G6PD.
Hal tersebut dilakukan bagi mengetahui penyebab jaundice pada si kecil. Pengulangan pengukuran kadar bilirubin dalam darah, biasanya pada interval 24 jam, harus dilakukan selama bayi menjalani rawatan lampu phototherapy.
Jaundice pun juga boleh terjadi pada bayi yang disusui oleh ibunya. Jaundice ini biasanya muncul antara 24-72 jam dengan puncaknya pada hari ke-5 sampai hari ke-15 dan akan hilang pada minggu ketiga.
Studi yang dilakukan Schneider menunjukkan bahawa 13% bayi yang menyusui memiliki kadar bilirubin tinggi hingga 12 mg/dL atau lebih tinggi 4% jika dibandingkan dengan bayi yang mendapat susu formula.
Hal tersebut dapat terjadi bukan karena kandungan zat di dalam Susu Ibu, tetapi lebih kerana pola menyusui yang belum optimal. Frekuensi menyusui yang kurang, dapat menyebabkan munculnya jaundice fisiologi.
Oleh itu, ibu harus selalu senantiasa berusaha untuk menyusui bayinya, meskipun terkadang pada awal-awal kelahiran Susu Ibu belum keluar. Itulah sebabnya sokongan suami mutlak diperlukan memandangkan peranannya yang tidak sedikit.
5. Breastmilk Jaundice
Sekitar 2-4% bayi yang secara eksklusif disusui oleh sang ibu memiliki jaundice dengan kadar bilirubin lebih dari 10 mg/dL pada minggu ketiga.
Jaundice yang tetap ada setelah 3 minggu pertama kehidupan seorang bayi disebut prolonged jaundice. Jangan risau, ibu cukup menyusui si buah hati secara teratur.
Seiring dengan waktu kadar bilirubin akan berkurang. Tetapi jika si kecil semakin kuning (sudah sampai ke kaki) atau kadar bilirubin sudah melebihi 20 mg/dL segera hubungi doktor.
Dapat dilakukan dengan beberapa cara, salah satunya adalah terapi cahaya (phototheraphy). Ia dilakukan dengan cara meletakkan bayi yang hanya memakai lampin sahaja tanpa pakaian lain dan matanya ditutup di bawah lampu yang memancarkan spektrum cahaya hijau-biru dengan panjang gelombang 450-460 nm.
Selama proses ini, bayi harus disusui dan posisi tidurnya diganti setiap 2 jam. Pada terapi cahaya ini, bilirubin ditukar menjadi senyawa yang larut air untuk kemudian dikeluarkan/dirembeskan.
Oleh itu harus sentiasa disusui (baik itu langsung ataupun tidak langsung). Kebaikan phototherapy ini adalah non-invasive (tidak merosak), efektif, relative tidak mahal, dan mudah dilaksanakan.
Semoga anak-anak kita sentiasa dianugerahi kesihatan yang baik
dan akhlak hasanah..
amin
Ummi berhasrat menghadiahkan dua breastfeeding pump elektrik medela
dan avent manual
untuk ibu-ibu yang hebat sempena ulangtahun pertama kelahiran puteri kedua ummi pada 1 November ini...Tarikh tutup GA : 1 Nov 2014..Klik klik, sini..
Rujukan: Informasitips.com

4. Menyusu dan Jaundice

Rawatan Jaundice

25 ulasan:
Info yg bermanfaat..terima kasih..
Sama-sama...
Selamat Datang...:))
Baby sy pn prolonged jaundice. Today dh 21 but yet mata die still nmpak kuning skit. Risau jg tp sy trust bg die ebm semaksimum yg boleh. Terima kasih utk perkongsian
Terima kasih kembali.Semoga bayi saudari cepat cepat baik..Teruskan penyusuan susu ibu..itu yg terbaik utk si dia yg tersayang..
Kawan saya ckp dia mkn alfalfa shaklee dan susukan anak dia..alhamdulillah.. berkesan.
jemput dtg
www.bidadarigojes.blogspot.com
Hr ni sudah 26 hr.... dh x tau nak buat aper dh... macam2 petua sdh ikut... skrg menunggu result drh n air kencing yg diambil pd minggu lps... info di atas mengurangkan sdkt kerisauan di hati... tqvm
Anak saya sudah 42 hari. Masih kuning. Ujian semua normal. Prolonged jaundice barangkali
Info yang berguna... Kurang skit risau... Terima kasih
Salam..
Bidadari gojes, terima kasih atas perkongsian info..
Puan TN..semoga anak puan sentiasa sihat...
Pn Riza...inshaAllah anak takde apa apa masalah...
Mama Aimie...sama sama, terima kasih atas kunjungan..:) Salam..
Bidadari gojes, terima kasih atas perkongsian info..
Puan TN..semoga anak puan sentiasa sihat...
Pn Riza...inshaAllah anak takde apa apa masalah...
Mama Aimie...sama sama, terima kasih atas kunjungan..:)
good sharing..ank sy 19 hari dah.
still kuning..last bacaan 161.
kena amik darah n urine..hrp2 normal lah..
InshaAllah, semoga anak Puan sihat dan semakin pulih..
Terima kasih atas kunjungan..:))
Thanks for info..baby dh 22hr.ms 15hr doc ambik drh result dia 12mg/dL..td kena ambik drh lg and ambik urin..hopefully sgt review next week reading dia ok
Sama sama Puan rDna..
inshaAllah didoakan segalanya selamat aamiin..terima kasih atas kunjungan..
Kuning mmg merisaukan.. bby sy 18 ari kuning.. risau n sedih je tgk dia. Arini baru ambik darah n air kencing n appointment jmp dok 3/8/15 nie.. semoga tkda apa2..
Assalamualaikum Puan ...
18 hari mungkin kategori prolong jaundice..InshaAllah anak Puan tak ada apa apa, semuanya baik..aamiin
Terimakasih atas kunjungan...:)
Ank sy pn sma.dh 20hri..last bcaan kning 160..esok kna test drah n urin..nk tya.yg dh pnh kna cmni.sllunye cmne rsult lpas tu ye?ok ke x
Puan TN..
terima kasih atas kunjungan..Kebiasaannya, inshaAllah tak ada apa2..
Macam saya, berdarah O, anak memang dijangka lambat turun bacaan kuning..Teruskan menyusu dengan susu ibu..inshaAllah tak ada apa-apa..
Anak sy hr ke 81 hri ni ..msih lg kuning...sy darah o positif..rh positive..bl cek darah n urine..ok je..dah bnyk kli ambil drh..max stkt ni..6 btol drh...prnh admit n buat ujian fbc..retic..sbv..coomb test..apa lg tah...minggu dpn kn ambik drh lg..stress jd...sy still bf anak ..x mix dgn fm..

anak sy dh 14hr kuning..xckup berat kembar boy...risau jd prolong jgk
assalamualaikum nk tya brpa botol darah diambil utk jaundis prolog? air kencing brpa kli pulak?
Anak sya hari ni dh hari ke 21..smlm bacaan kuningnya 12mg/dl.Arini kena amik darah dan sample air kencing plk..baby kerap menyusu,kencing dan berak tp kuningnya tetap ada..harap2nya kelutusan darah dan kencing nnti ok..
assalamualaikum..nk tye..ank sy mse 21 hari kuningnye dah 8.5 tp smpi skrg ni dh sebulan..msih nmpk kuning lg...adakah kuning nye akan tinggi walaupun dh turun 8..
Catat Ulasan