Assalamualaykum
Satu perkongsian, berkenaan mazhab Feqah,mudah-mudahan ia dapat memberi manfaat..amin..:))
Assalamualaikum,
Tuan,
Saya mempunyai masalah was-was berkenaan najis berat yang agak kronik. Misalnya, saya dapati kebayakan berus cat yang murah diperbuat daripada bulu babi. Rata-rata saya lihat, masyarakat kita menggunakan berus seperti ini, baik untuk mengecat rumah, mengecat pagar, industri plaster ceiling, kedai baiki tayar dan sebagainya. Kalau macam ni…sukar bagi saya untuk pergi ke tempat tertentu/ menggunakan khidmat tertentu yang bebas dari semua ini. (betul juga kata orang, kalau tak tahu lagi bagus. Ni dah tau, kena hati-hati lebih).
Persoalannya, bbolehkah saya menggunakan madzhab Maliki untuk hal najis berat seperti ini? Ini bukan sahaja memudahkan urusan harian saya, tetapi juga boleh menggunakan masa saya untuk beribadat, rather than sibuk sertu. Dalam hal ini, adakah saya dikira “mempermudahkan” Islam (kerana bertukar Madzhab untuk memudahkan); atau memang wajib bagi saya untuk menggunakan Madzhab Maliki (kerana kadang2 saya tidak solat kerana saya rasa terkena najis dan kena pergi sertu dahulu)?
Saya kerap terasa bersalah bila hendak menggunakan madzhab maliki ini. Ialah, dari kecik kita ikut madzhab Syafi’e. Boleh bertahan kejap aje.. pas tu… gi sertu balik. Solat pun rasa macam ada najis. Jadi, macam mana ye untuk kuatkan diri, untuk mengatakan pada diri sendiri yang apa yg kita buat tu (guna madzhab lain) tu tak salah?TOlong jelaskan. Wallahuaklam.

al-Jawab:
1. Perasaan dilemma yang anda alami sekarang berhubung kekal bermadzhab syafi’iy atau berpindah kepada madzhab lain itu merupakan suatu petanda yang positif kepada perubahan besar yang akan memecahkan pagar taqlid anda selama ini. ini kerana ramai lagi umat Islam yang masih dibuai mimpi yang panjang bahawa alangkah syoknya berada dalam madzhab yang satu di nusantara!
Asas pergerakan tajdid antara lain ialah menyeru umat Islam kembali kepada sumber yg asal yakni al-Qur:an dan asSunnah dan madzhab2 fiqih yang ada itu tidak terhad kpd empat madzhab sahaja dan tidak ada satu dalil pun kiita mesti kukuh berkubu dalam mana-mana madzhab dan tidak dibenarkan keluar daripadanya. seruan keluar dari fanatik madzhab ini bergema di awal abad 20′an oleh Ustaz Hasan alBanna, Syaikh sayyid Sabiq di Mesir, dan juga ulama’ Tanah Haram spt alMaksumi alKhujandi dan di tanah Syria spt alMuhaddith Nasiruddin al-Albani.
Dengan kemunculan Prof Dr al-Qaradawi, maka beliau telah melakukan tajdid besar-besaran kepada dunia fiqih dan berkat dari jihad beliau selama 60 tahun, beliau telah berjaya merobohkan pagar madzhab dan kerigidan fiqih dengan siri Fiqh Taysir (fiqih berasaskan memberi kemudahan) berasaskan Fiqh alMuqaran (fiqih perbandingan madzhab dan para Imam muslimin).
2. Dalam kes yang anda kemukakan. Imam alGhazali rh (fuqaha madzhab Syafi’iy) sendiri menurut Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah pernah mengeluh, bahawa kata beliau, aku ingin supaya madzhab syafi’iy dalam bab thaharah mendekati fiqh Imam Malik yang lebih ringan dan memudahkan.
Maka tidak ada sebarang larangan seorang itu keluar dari madzhab tertentu dan masuk madzhab yang lain, berpindah dari Imam A kepada Imam B. jika kita berpendapat ada larangan, maka persepsi dan pemikiran kita telah rosak kerana kita sepatutnya tidak membedza-bedzakan seorang Imam mujtahid dengan Imam mujtahid yang lain, atau suatu madzhab sunni yg muktabar ke atas madzhab suni yg juga muktabar.
Bahkan Dr MAZA menjelaskan di Forum Tajid II UIAM, bahawa adalah harus bagi si fulan untuk masuk madzhab A di pagi hari dan keluar dan masuk pulak madzhab B di sebelah tengahharinya, kemudian keluat madzhab itu dan masuk pulak madzhab C di sebelah malamnya. Asalkan pencarian atau keluar masuk kepada mana-mana imam dan madzhab itu ada objektif dan ia sentiasa menumpukan perhatian kepada dalil dan hujah. Inilah yg dinamakan manhaj ittiba’ (ikut sesuatu pendapat fiqih dengan kefahaman)
Bulu babi yang dijadikan berus cat adalah harus dan suci menurut fiqh Maliki dan disokong oleh Syaikhul Islam Ibn taymiyah (Majmu’ Fatawa , 21/96). Ibn Taymiyah berkata, rambut dan bulu itu tidak ada darah yang mengalir di dalamnya, maka bagaimana dikatakan ia najis?
Soalan 2
Bolehkah bercampur-campur mazhab?
1)boleh ke kita pakai lebih dr satu mazhab? misalnya saya yakin bahwa sentuh isteri tak batal wuduk yg tidak ada pada mazhab shafie yg sy mengaku memakainya sekarang.. 2)lepas ni byk baca forum dgn dalil dan diskusi yang ok.. kat al-ahkam, islam-online, tanya ustaz, sy merasakan bahwa byk hukum fekah yg berbeza dgn apa yg sy tahu masa bljr sekolah dulu.. some ade betul-betul lain dgn details dr mazhab shafie spt yg ustazah sekolah dulu sy ckp.. sy yakin dan mahu mengamalkannya… boleh kan? 3)kunci soalan: adakah mazhab tu mutlak kena ikut 100%?.. |
AlJawab
1. Isu: Bolehkah pakai lebih dari satu madzhab?
Jawabnya: Orang awam atau umat Islam kebanyakan memang tidak perlu bermadzhab! Sebab kalau kita mendakwa ikut salah satu madzhab bermaksud kita kena belajar susurgalur madzhab itu, baru boleh ikut madzhab tsb.Pendapat yang benar ialah orang awam memang tidak perlu bermadzhab. Dia hanya perlu bertanyakan orang alim yg diyakini ilmunya jika dia ada masalah agama.
Cth: Batal wudhu’ jika menyentuh perempuan (isterinya)
Selama ini anda berpegang dgn pendapat yang kata batal dan anda diberitahu itu adalah versi Syafi’iyah. Tapi tiba-tiba anda menemui orang alim yg baru balik Jordan ke, dia kata tak batal dan dia beri hujahnya, maka anda pun tinggal pendapat lama dan ikut yg baru. Ini lah manhaj (cara) orang awam. Dia tak perlu tahu pun madzhab mana sebab madzhab ni banyak (lebih dari empat)
2. Apa yang anda belajar di bangku sekolah tu adalah silibus yang ditulis secara rojak dan anda tidak ada peluang untuk menilai dan apatah lagi mengukurnya dgn AQ dan Sunnah. Jika sudah terbuka peluang dan anda mendapati ilmuan2 dan website2 itu boleh dipercayai, maka sudah tentu anda boleh berpindah. Perpindahan dari ilmu bangku sekolah kepada sesuatu yg berdalil dan berrasio (reasoning) di namakan ittiba’ (ikut dengan berdalil), dulu kita ikut tanpa soal, hafaz untuk lulus periksa, atau ikut khinzir buta.
3. Menetapkan ikut madzhab 100% itu adalah suatu bid’ah. Yang diperintahkan ialah ikut AQ dan Sunnah sahaja. Madzhab hanyalah pemudahcara kepada AQ dan Sunnah. Bagi yg menjadi pelajar fiqih, bermadzhab itu perlu utk memudahkan mereka mencapai AQ dan Sunnah, tapi orang awam yg tidak ada asas agama, mereka tidak perlu bermadzhab, memadai bertanyakan yg arif dalam agama.
(Ruj: Dr Prof alQaradawi, Muqaddimah Fatawa Mu’asirat)
Sumber :al-ahkam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan