SADAQAH JARIAH

SADAQAH JARIAH
Daisypath Happy Birthday tickers

Khamis, Mac 20, 2014

Maksud Nombor Pada Pelekat Buah





Kenapa setiap buah-buahan dan sayur-sayuran dilekatkan pelekat seperti di dalam gambar.


Apa maksud nombor yang ada di pelekat itu?
Ini adalah perkara asas yang perlu kita tahu apabila membaca label :
1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU?
>>bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional @ tradisional, dengan penggunaan racun serangga.
So.. please make sure, buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan.
4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur.
Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011.
2) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor itu bermula dengan “8?
>>ini bermakna produk itu adalah produk GMO, sudah diubah secara genetik (Genetically Modified Organisms)
Sebagai contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.
3) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan “9?
>>itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan..
Sebagai contoh pisang organik, kodnya adalah 94011.
Yang mana pilihan anda?
Selamat membelek pelekat!! Hehehe....


Sila share..:))

Sumber:   Sutera Ungu

Selasa, Mac 04, 2014

Apabila Allah menyapa

Assalamualaykum..





Tika Allah swt menyapa ummi
hati tersentak dari termanggu
hati mula sedar
anak-anak permata hati ummi
adalah mehnah dan ujian

Tika Allah menyapa ummi
hati seakan pecah
hati cuba bertahan
anak-anak adalah jalan ummi
meraih cinta dan maghfirahNya

Tika Allah menyapa ummi
hati terdetik cuma
diri harus kuat
jangan mudah menyerah

Tika Allah menyapa ummi
hati berserakan
hati cuba mengumpul sisa-sisa semangat
bangkit bangun untuk kuat
demi anak-anak

Tika Allah menyapa ummi
hati sentiasa mengingatkan anak
Allah sayangkan kita, kan...

Kepada teman dan sahabat
ku pohon doa kalian dan sedekah al-fatihah
Semoga dapat agar puteri ku dapat kembali sembuh dan tersenyum
aminn
mudah-mudahan anak-anak sahabat semua dan yang tersayang
sentiasa dalam keafiatan dan rahmah serta barakahNya
aminn

JazakumuLLAH khairal jaza' sahabat.. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Princess' Big Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Belog Sifu Yang Baik Hati

Sapaan Manja Buat Ummi dan Baby Nur

Get this widget

Tamu kita saat ini..