SADAQAH JARIAH

SADAQAH JARIAH
Daisypath Happy Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kesihatan. Papar semua catatan

Sabtu, Januari 04, 2014

Bayi Jaundice/ Prolonged jaundice atau demam kuning

Assalamualaikum wrh..

Salam ukhuwwah,mmm lama benar tidak update blog..Ada sedikit kekangan yang tidak dapat dielakkan..

Walau bagaimanapun, ummi nak berkongsi tentang jaundice atau demam kuning. Tambahan pula, kedua-dua puteri ummi dapat prolong jaundice..Hampir sebulan juga baru bacaan kuningnya turun dari tahap membimbangkan.

Melalui pembacaan ummi, anak anak ummi mendapat jaundice kategori Hemolytic Jaundice. 

Dan kedua-dua anak pada usia 3 hari hingga seminggu lebih berada di ward sebab kena diletak bawah lampu phototherapy. Yang paling sedih, ummi masih ingat waktu si kakak dulu, hari terakhir puasa Ramadhan orang Kelate panggil hari buat ketupat,.. kami berdua terpaksa bersiap untuk ke hospital bagi rawatan jaundice..Berjurai jugak airmata ketika itu, maklumlah esok Raya terpaksa sambut dalam ward dan jugek anak pertama tiada pengalaman..Alhamdulillah 'ala kulli haalinn..

Tiap-tiap pagi pukul 5, nurse akan ambil bayi untuk diambil darahnya bagi pemeriksaan bacaan kuningnya..Hampir seminggu tinggal di ward, balik rumah kena follow up dekat Klinik Kesihatan utk pemeriksaan darah bacaan kuning. Mencapai usia 2 minggu pula, bayi akan diambil darah dalam kuantiti yg banyak untuk pemeriksaan detail berkenaan hati, darah dll..Alhamdulillah ya Allah, pengalaman itu banyak mengajar ummi erti ketabahan dan kasih..Alhamdulillahh ...:))

Menurut doktor yg merawat anak-anak ummi, orang dewasa pun ada kuning ..Cuma bacaannya tak sampai 80, tak tinggi sangat.Itu sebab tak nampak kuning.. Ooooo..

Menerusi pembacaan, ummi dapat simpulkan terdapat 5  kategori jaundice..

Bayi kuning atau jaundice adalah suatu keadaan di mana kadar bilirubin dalam darah tinggi dan terjadi pada minggu pertama kehidupan sang bayi. Kadar bilirubin dalam darah bersifat toksik bagi perkembangan sistem saraf pusat bayi.Ini  dapat mengakibatkan kerosakan saraf, oleh itu perlu kepada campur tangan doktor dengan segera dan tepat. 

Hampir 60% bayi yang baru lahir akan terlihat kuning pada minggu pertama setelah mereka lahir. Sekitar 5-10% dari mereka memerlukan rawatan khusus kerana kadar bilirubinnya yang signifikan tinggi, sehingga memerlukan rawatan phototherapy -lampu  atau cahaya biru yg mengandungi khasiat tertentu.  Tetapi tidak perlu risau,  kebanyakan kes keadaannya  tidak berbahaya sehingga tidak perlu kepada rawatan yg khusus.



 5 Kategori jaundice ialah ;



1. Hemolytic Jaundice.

Macam kes ummi, ummi berdarah O positif..jadinya anak otomatik akan dapat prolong jaundice. Sebabnya ibu darah O positif, semasa proses kelahiran darah ibu cepat pecah..


Hemolytic jaundice juga  disebabkan oleh beberapa hal, diantaranya seperti penyakit hemolitik rhesus (Rh), ABO inkompatibiliti, adanya riwayat jaundice dalam keluarga serta defisiensi enzim G6PD.

Bayi yang lahir dari ibu dengan Rh-negatif dan ayah Rh-positif  juga harus dilakukan pemeriksaan  Rh dan uji Direct Coombs’. Begitu juga dengan bayi yang lahir dari ibu dengan golongan darah O dan Rh-positif  hendaklah dipantau dan dilakukan serangkaian pengujian, seperti test golongan darah dan uji direct antibody.




2. Jaundice Fisiologi

 Jaundice biasa yg dialami oleh hampir setiap bayi, keadaan ini disebabkan oleh ketidakmampuan bayi dalam menangani terjadinya peningkatan produksi bilirubin, disebabkan fungsi-fungsi organnya yang belum sempurna. Bayi akan terlihat kuning pada masa 24-72 jam setelah lahir. Normalnya kadar bilirubin dalam darah pada bayi yang lahir cukup bulan akan mencapai puncaknya ditahap 6-8 mg/dL pada hari ketiga.

Seterusnya bacaan kuning akan turun di hari berikutnya. Bayi dikatakan mengalami jaundice fisiologi jika peningkatan kadar bilirubin mencapai 12 mg /dL, 
 dan tidak lebih dari 15 mg/dL.
 Setelah hari ke-14 bayi sudah tidak nampak kuning lagi.

           Bagi kes jaundice fisiologi sebenarnya tidak memerlukan rawatan, hanya peranan sang ibu amat diperlukan dan amat penting.. Dalam hal ini, ibu harus senantiasa menyusui bayinya. Bayi yang kuning harus disusui secara eksklusif, tanpa tambahan makanan yang lain, baik air ataupun dextrose. Pada asasnya jaundice fisiologi tidak berbahaya, pemberian Susu Ibu akan sangat membantu bayi dalam menangani tingginya kadar bilirubin dalam tubuhnya. 

Tetapi perlu diingat, jika kuningnya sudah menyebar sampai bahagian kaki, maka bayi harus segera dibawa lagi ke klinik, kerana hal itu petanda bahwa kadar bilirubin sudah semakin tinggi dan segera memerlukan rawatan pakar. 



3. Jaundice Patologi 

Pada keadaan ini kadar bilirubin sudah melebihi 17 mg/dL, sehingga harus segera dipantau  penyebabnya dan perlu kepada perawatan khusus, seperti phototherapy. Jika bayi kelihatan kuning dalam waktu 24 jam, peningkatan kadar bilirubin melebihi batas normal (5 mg/dL/hari), dan bayi masih  kuning bahkan setelah 3 minggu usia kelahirannya, maka hal tersebut sudah dikategorikan sebagai jaundice patologi. 

Tanda lain ialah , biasanya feses bayi seperti tanah liat dan urine nya yang berwarna gelap sehinggakan pakaian bayi menjadi kuning... Pada bayi yang mengalami jaundice patologi juga akan didapati kadar bilirubin yang lebih dari 2 mg/dL ketika sampel darah diambil pada bila-bila masa / direct bilirubin (tidak ada interval waktu)

Semua bayi yang mendapat rawatan phototherapy harus melalui serangkaian pengujian, seperti ujian bagi penentuan  golongan darah dan Coombs’ test (ujian mengesan antibodi dan protein komplemen pada penyakit hemolitik pada bayi yang baru lahir, untuk lebih lengkapnya lihat di Wikipedia); perhitungan darah komplit dan smear for hemolysis serta morfologi sel darah merah; perhitungan retikulosit dan estimasi enzim G6PD.

Hal tersebut dilakukan bagi mengetahui penyebab jaundice pada si kecil. Pengulangan pengukuran kadar bilirubin dalam darah, biasanya pada interval 24 jam, harus dilakukan selama bayi menjalani rawatan lampu phototherapy.



4. Menyusu dan Jaundice


Jaundice pun juga boleh terjadi pada bayi yang disusui oleh ibunya. Jaundice ini biasanya muncul antara 24-72 jam dengan puncaknya pada hari ke-5 sampai hari ke-15 dan akan hilang pada minggu ketiga.

Studi yang dilakukan Schneider menunjukkan bahawa 13% bayi yang menyusui memiliki kadar bilirubin tinggi hingga 12 mg/dL atau lebih tinggi 4% jika dibandingkan dengan bayi yang mendapat susu formula.

 Hal tersebut dapat terjadi bukan karena kandungan zat di dalam Susu Ibu, tetapi lebih kerana pola menyusui yang belum optimal. Frekuensi menyusui yang kurang, dapat menyebabkan munculnya jaundice fisiologi.

Oleh  itu, ibu harus selalu senantiasa berusaha untuk menyusui bayinya, meskipun terkadang pada awal-awal kelahiran Susu Ibu belum keluar. Itulah sebabnya sokongan  suami mutlak diperlukan memandangkan peranannya yang tidak sedikit.




 5. Breastmilk Jaundice 

Sekitar 2-4% bayi yang secara eksklusif disusui oleh sang ibu memiliki jaundice dengan kadar bilirubin lebih dari 10 mg/dL pada minggu ketiga. 

 Jaundice yang tetap ada setelah 3 minggu pertama kehidupan seorang bayi disebut prolonged jaundice. Jangan risau, ibu cukup menyusui si buah hati secara teratur.

Seiring dengan waktu kadar bilirubin akan berkurang. Tetapi jika si kecil semakin kuning (sudah sampai ke kaki) atau kadar bilirubin sudah melebihi 20 mg/dL segera hubungi doktor.





Rawatan Jaundice

Dapat dilakukan dengan beberapa cara, salah satunya adalah terapi cahaya (phototheraphy). Ia dilakukan dengan cara meletakkan bayi yang hanya memakai lampin sahaja tanpa pakaian lain dan matanya ditutup di bawah lampu yang memancarkan spektrum cahaya hijau-biru dengan panjang gelombang 450-460 nm.

Selama proses ini, bayi harus disusui dan posisi tidurnya diganti setiap 2 jam. Pada terapi cahaya ini, bilirubin ditukar menjadi senyawa yang larut air untuk kemudian dikeluarkan/dirembeskan.

Oleh itu harus sentiasa disusui (baik itu langsung ataupun tidak langsung). Kebaikan phototherapy ini  adalah non-invasive (tidak merosak), efektif, relative tidak mahal, dan mudah dilaksanakan.


Semoga anak-anak kita sentiasa dianugerahi kesihatan yang baik
 dan akhlak hasanah..
amin

Ummi berhasrat menghadiahkan dua breastfeeding pump elektrik medela
dan avent manual
untuk ibu-ibu yang hebat sempena ulangtahun pertama kelahiran puteri kedua ummi pada 1 November ini...Tarikh tutup GA : 1 Nov 2014..Klik klik, sini..

Rujukan: Informasitips.com





 

Jumaat, Mac 18, 2011

Baby Batuk n selsema..

Picture courtesy of Bluecottonmarymemory.wordpress.com

NOTA KAKI KECIK :
AISKRIM IS NO NO NO TO BABY BATUK N SELSEMA 



Assalamualaykum..salam Jumaat


Kalau dulu masa Nur kecik-kecik bawah setahun, pernah kena selsema dan batuk..Ingat pada masa tu, Ummi risau bukan main ..Ye lah, baby bawah satu tahun tak digalakkan ambil antibiotik kan..huhu


Even pada masa umo setahun setengah ni pun, kalu pegi hospital dapat ubat batuk , nurse akan cakap campur sikit air..Risau ummi , nengok anak batuk..Kalau boeh tak nak biasakan ambil ubat-ubat hospital, yela takut de side effect..kan..Sekarang ni pun, kadang-kadang ada gak batuk tu..Ikut tok bahnye bagi makan madu..alhamdulillah, sikit dah reda sikit batuk si kecik tu...


Bleh dikatakan hampir setiap hari lah ummi dok gugel cari penawar ubat batuk..Ummi jumpa antara petuanya minum air suam campur limau nipis..Tapi still, baby juga tak elok makan buah2 sitric ni..


Kendian, ummi boleh tarik nafas lega apabila terjumpa artikel ini..
Antaranya ada teknik tepuk belakang baby..

1. Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut,
    pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit
    posisi bantal dengan kedudukan kepala  bayi ke bawah dan kaki di atas,
    pastikan kaki lurus.


2.Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang
   di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk
   perlahan di belakang bayi.


3.Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh
   bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam
   paru-paru.


4.15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin
    dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa 
    kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka..


Artikel ini ummi petik daripada http://pmr.penerangan.gov.my/, bersumber daripada Utusan Malaysia dan susuibu.com..


Nak baca lebih lanjut, bleh godek cni ye, kawan-kawan...


:)


Didik Al Quran
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Princess' Big Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Belog Sifu Yang Baik Hati

Sapaan Manja Buat Ummi dan Baby Nur

Get this widget

Tamu kita saat ini..