SADAQAH JARIAH

SADAQAH JARIAH
Daisypath Happy Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan

Ahad, Mei 10, 2015

tIKA MERBAH ITU BERBISIK







Tika merbah itu berbisik
sayu
Kau kuat semangat
aku lemah
hilang daya untuk teruskan perjuangan


Tika merbah itu berbisik
syahdu
Kau tega meredah onak
aku rapuh
kata dari kelilingku menggegar tegapku



Tika merbah itu berbisik
ikhlas
Kau tetap pendirianmu
aku goyah 
waima disapa orang terkasih



Tika merbah itu berbisik
jujur
Kau tabah
aku pasrah
kalau itu terbaik untuk si dia
aku turutkan



Istikharah  itu jawapanku
Berkatilah Ya Rabb..
rahmatilah
aamiin thumma aamiin...

Ahad, Mac 20, 2011

Ben Ashaari : Terima kasih Ibu


Assalamualaykum

Sekali lagi blogger otai Ben Ashaari melancarkan satu segmen khas : dedikasi untuk ibu..

Berkenaan dengan ibu saya yang tercinta, kami hanya ditakdirkan berkongsi rasa dan berbahagi sayang selama 5 tahun 7 bulan. Ye, orang yang paling saya sayang telah kembali menemui Pencinta Yang Maha Agung, pada Syawal 1981..

Memori saya bersama ibu amat indah. Dia bagi saya seorang ibu, isteri, anak dan kakak yang mithali dan terbaik tiada tolok bandingnya..Tidak pernah mengeluh dalam penderitaan hidupnya di mana ibu pada usia menginjak remaja telah juga melalui pengalaman yg sama, iaitu kehilangan tempat bergantung harap berteduh kasih, iaitu nenek saya turut meninggalkan kami beberapa ketika setelah melahirkan anak yg paling bongsu. Saya sendiri belum pernah menatap wajah kudus nenek sebelah ibu..

Ibu saya telah menjadi tempat adik-adiknya menumpang kasih, kerana dia adalah kakak sulung dalam adik-beradik. Sepanjang ingatan saya, ibu amat gemar memasak dan mahir menjahit pakaian. Ada sahaja masakan baru yang dicuba seperti aiskrim, kek pelbagai aneka dan lain-lain lagi...Ibu mempunyai satu buku resepi dalam BI yang tebal dan masih dalam simpanan sehingga sekarang. Ibu juga gemar masak jemput-jemput pisang( yg ini saya warisi ..hehehe) Ibu amat disayangi oleh nenek saya (ibu kepada ayah) dan juga anak-anak saudaranya dan merupakan menantu kesayangan. Masih saya ingat sewaktu ibu pergi melawat Kota Singa, dia telah membelikan sepupu saya seutas jam yg agak mahal jugak ketika itu..

Menurut ibu saudara saya, ibu saya ini amat baik orangnya.Di mana setiap kali orang datang bertandang ke rumah, dia akan bekalkan dengan buah tangan yg biasanya dimasak sendiri.Dan tidak pernah tetamu yang datang pulang dengan tangan kosong..Dalam bab ini saya kalah...:(

Sepanjang ingatan saya, ibu tidak pernah sekalipun marah apa lagi meninggikan suara. Dan juga sebagai anak kecil, saya suka untuk memerhati apa sahaja yg dilakukan oleh ibu. Yang masih basah dalam ingatan saya, setiap kali suapan nasi/makanan dia akan membaca Basmallah...Emm.. dia adalah orang yang hampir sempurna pada mata saya..saya amat bersyukur dikurniakan seorang ibu sepertinya, walaupun ibu sudah tiada,rakan-rakan ibu amat menyayangi arwah ibu dan kekal segar dalam ingatan kami adik-beradik...

Emm...antara ibu dan ayah..Ayah saya seorang yang agak tegas tapi penyayang dan ibu pula adalah seorang yang amat lemah-lembut dan halus tutur bicara.Dua-dua saya sayang, ibu ibarat nyawa saya dan ayah pula adalah kebanggaan saya..:)

Tinggalkan di rumah orang tua? Mustahil, selagi nyawa dikandung badan ayah saya yang tersayang inshaAllah akan sentiasa  diperlukan di dalam hidup saya dan akan saya limpahi dengan perhatian dan tautan kasih dan sayang...

Bagi anak yg bercakaran merebut harta pusaka orang tua, usahlah lagi berterusan berkeadaan begitu kerana harta dunia tidak akan bisa menggantikan kasih sayang orang tua dan hubungan persaudaraan tidak manis disulami perasaan kejanggalan dan persaingan.. 

Itu sahaja bingkisan ringkas daripada saya, moga kesilapan tutur kata dan yang sewaktu dengannya itu, dimaafi jua...wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Princess' Big Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Belog Sifu Yang Baik Hati

Sapaan Manja Buat Ummi dan Baby Nur

Get this widget

Tamu kita saat ini..