SADAQAH JARIAH

SADAQAH JARIAH
Daisypath Happy Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label GA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GA. Papar semua catatan

Ahad, September 21, 2014

GA Sanah Helwah Nur El-Saghir



Assalamualaikum..ibu-ibu yang hebat..
Sempena ulangtahun yg pertama puteri Ummi.Ummi berniat nak berkongsi kegembiraan dengan ibu-ibu semua..

Emm nak bagi hadiah..breastpump elektrik dan manual kepada ibu-ibu yang bertuah..

Nak sertai list GA Sanah Helwah Nur El-Saghir ni senang je..
Just,



   TIGA LANGKAH 

1. Follow blog ' Secangkir Madu Buat Nur'
2. Buat entry sikit je mengenai GA ini di blog anda sekalian dgn tajuk GA Sanah Helwah Nur El-
     Saghir , dan backlink ke sini tau..:)
    ..serta boleh warwarkan serta tag kawan-kawan
    dan satu lagi..beri sedikit ucapan kepada Nur El-Saghir ,doakan ummi berjaya eksklusif 

    menyusu susu ibu selama 2 tahun kepada Nur El-Saghir. aamiin..:))
    Terima kasih(optional)

Ucapan kpd Nur El-Saghir dan ummi
;Semoga Allah permudahkan niat dan hasrat ummi Nur


Refferer :  

3.Untuk pengesahan penyertaan, sila komen di post ini dan beri link facebook / blog..






Penyertaan boleh juga melalui facebook, dengan pergi ke page ini ye..

Ibu yang bertuah itu akan dipilih oleh anakanda sendiri..
dan juga hadiah bonanza kepada pemilik ucapan yang kreatif dan ehem ehem..:))) Pertamanya, terima kasih di atas ucapan dan doa ibu-ibu semua...

Updated:


Hadiah pertama berupa breastpump electrik medela ..





Hadiah kedua ialah

sweater kanak-kanak chumill


Hadiah ketiga

set pyjamas...



Dan hadiah bonanza, pam  Avent manual...





GA berakhir pada 11.59 malam 1 November 2014..Insha Allah

P/S : Jika peserta tidak sampai 15 orang, GA automatik terbatal...huhu


Updated 05 Januari 2015, 1514..

GA tidak ada rezeki untuk diteruskan...
Maaf dan terima kasih semua untuk sokongan dan dokongan...

Jumaat, Disember 09, 2011

Jelajah Jemari Asmara GA

 
Assalamualaykum wrh..


Pn. Zefa telah berbesar hati melancarkan GA Jelajah Jemari Asmara yg akan berlangsung sepanjang bulan Muharram ini..inshaAllah

Mengenali seorang Zefa, ummi dapati orangnya amat penyayang, caring, concern -tersangat2 concern, rajin dan seorang yg cukup empathic..Puan Zefa juga adalah seorang ibu yg mempunyai jiwa seni yang sangat kreatif, buktinya beliau mempunyai satu belog store  yg barang-barangnya hasil air tangan Pn Zefa sendiri...

Ini belognya, jom intai-intai


 Antara koleksi  Pn Zefa ialah manik mutiara, set pinggan mangkuk, kristal, plate
 -yg ni Pn Zefa design sendiri tau..Heheh..cantik, hinggakan ummi berminat nak tempah ..

Dan set pinggan mangkuk yg menjadi feveret Cik Puan kita ni ialah design bunga kangkung..ini gambarnye..;


Kecintaan terhadap PML bunga kangkung telah dikongsi dengan rakan-rakan bloggers pada entri ini.Koleksi bunga padi  juga ibu kumpul untuk menambah koleksi PML yang begitu sebati dalam dirinya..Al-maklum jiwa seni lah katakan...hehe



Sosok peribadi ibu kepada seorang putera dan seorang puteri serta suri kepada seorang suami yang very understanding ini, sentiasa membuktikan bahawa keluarga is always comes first..
Walaupun sentiasa sibuk dengan profesion yg sentiasa memerlukannya berada bersama masyarakat, ehwal keluarganya yg tercinta tetap menjadi priority setiap hari.

 


Scrapbook at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Ideas Photo Tinks by WiddlyTinks.com





                                        Adik Maryam pada usia 2 tahun




Abang Yusuf kebanggaan ibu


Keluarga tetap dalam hati Pn Zefa atau lebih mesra membahasakan diri sebagai ibu sahaja, di mana pada cuti sekolah hujung tahun 2011 baru ni, ibu meluangkan masa dalam kesibukan menjalankan tugas untuk membawa anak-anak sekeluarga bercuti di Johor dan Melaka. Entry kenangan bercuti di Johordan Melaka Bumi Bersejarah......silalah :)





Scrapbook at WiddlyTinks.com
Digital Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com



Hehe, selak lagi untuk gambar percutian kenangan femli yg bahagia ini klik  dan klik..



Meskipun ibu terikat dengan tanggungjawab di pejabat, urusan rumahtangga tidak pernah dikesampingkan. Ibu sudi berkongsi cerita saat mula berpindah di rumah baru mereka pada September 2009, Baiti Jannati.  Walaubagaimanapun, ibu yang bijak ini gemar mengamalkan prinsip sikit-sikit lama menjadi bukit, buktinya Baiti Jannati kesayangan Ibu ini kian mendapat sentuhan ibu dengan sisi kreativitinya yang tidak dapat disangkal lagi..Silalah bertandang ke kediaman Ibu sekarang,hehehe.. Perasan tak Si Puteh pertama yang menjadi kesayangan Ibu tu..:))...? Apa kata kita terjah idea langsir ibu dan langsir raya tahun lepas ibu ..mohhh



Photo Albums at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Ideas Photo Tinks by WiddlyTinks.com



Sebagai seorang ibu yang hebat, sudah semestinya ibu mempunyai banyak pengalaman-pengalaman dan memori pahit manisnya..Satu yg ummi tertambat ialah coretan tentang si dara, Adik Maryam dengan insiden shoppingnya..Ini ceriteranya, yukk baca kisah yang manis ini...:))



Di mata ummi, kematangan ibu terserlah bila ibu membuat pilihan utk menukarkan Adik Maryam ke Taska yang baru... Ikuti kisahnya di sini..

Jelas sekali keprihatinan ibu bukan hanya utk keluarga sendiri, adik-adik dan keluarga mertua juga mendapat perhatian dan kasih sayang yang sama..;)) Nak baca lanjut tengok citer pasal ibu ke Terengganu melawat adik dan juga balik ke kampung tanah tumpah ayah Maryam dan Yusuf dekat sini, sini dan jugak kat sini..;))




Ummi cukup kagum, dalam kesibukan menyambut tahun baru dengan azam dan tugas-tugas baru di pejabat, ibu tetap berkesempatan berjalan-jalan cari makan hehehe dengan keluarga dan sanak-saudara yang bertandang ke rumah..Jom layan gambar-gambar mereka di Snowwalk @ ICT Shah Alam..


Scrapbook at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com





Photo Albums at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com
 
 

Ibu tidak pernah lokek ilmu, selain dari minat dan passion terhadap koleksi PML serta frame dll, ibu juga gemar berkongsi ilmu bersama pengunjung setia..Antara yang ummi tertarik ialah tips didik anak yang cukup ilmiah dan spesifik..Ok, jom hayati di sini... serta ibu juga ketengahkan santapan ilmiah dan rohani di sini jugak.. 

Pada awal-awal tahun ni, para ibubapa menghadapi masalah yang sama..Antaranya bagaimana nak menghantar buah hati masing-masing ke sekolah pada hari pertama. Di sini, ibu sudi memberi sedikit tips berguna khasnya bagi ibubapa yang tidak mempunyai pengalaman menghantar anak ke sekolah formal, contohnya ummi..hehhe..Apa kata kita  intai-intai sini, juga ini.. Yang ini pula kisah Abang Yusuf mula melangkah ke alam persekolahan Darjah Satu..



Scrapbook at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com



Sebagai seorang penjawat awam pula, ibu tidak sunyi dari ujian dan mehnah serta dugaan..huhu..Antara luahan  ibu ...mmm sabar ye ibu..Kadang-kadang ummi pun sama, manusia tidak pernah sunyi dari kesilapan..Mudah-mudahan kita semua belajar dan menjadi orang yg lebih baik pada hari esok,aminn.. Ilmu dan input tentang penjawat awam, banyak juga yang ibu paparkan, ummi sangat-sangat hargai..timo kacih, ummi dapat ikuti SBPA dan terutamanya perkongsian tentang pindaan SBPA. Sangat-sangat berguna...toche..


Hidup ibu sebagai blogger juga amat menarik di mata ummi..betul ni, bukan bodek ye Bagi ummi, ibu Maryam dan Yusuf ini sentiasa bertanya khabar kawan-kawan bloggers dan cukup suka menyokong kawan-kawan dengan mengadakan blogwalking dan join GA kawan-kawan..Dan bukti yg jelas juga, ibu turut mengadakan satu bloglist di blog utk kawan-kawan gitu...hehehe..cayelah ibu....Go go go!!!....:)) 


Burung kedidi di atas dahan
Belatuk pula terbangnya rendah
Pn Zefa orangnya boleh tahan
Ilmu lestari kasih terindah....



Padi huma dimasak kawah
sayang kandil cahayanya malap
Shukran juga salam ukhuwwah
 huluran maaf jika ada salah dan silap



  ID follower: Ummi Nur
           - Jemari Asmara tersenarai di dalam blog list di sebelah kanan belog
           - Banner Jelajah Jemari Asmara terletak di  kanan belog

Berminat nak sertai? Klik sini ek..




Giveaway ebook '3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al-Quran'.


As'kumm..

Al-Ukht Aishah ingin mengadakan Giveaway ebook '3 Langkah Mudah Didik Anak Hafal Al-Quran', ini adalah sempena kelahiran e-book yang sangat bermakna, satu sejarah untuk Islam yang unggul..inshaAllah..

Nak join jugak, sila klik kat sini..InshaAllah GA akan berakhir Sabtu 10 Dis..

Isnin, November 28, 2011

Giveaway by : Ira,Gendut and Nanie


As'kum..ummi enter GA la..heheh

Nak join, klik cni..

Jom..
Joel
Lia
Cahaya Hidup

Rabu, November 23, 2011

1st Fazwa Giveaway

Salam ukhuwwah di angin lalu..

Ummi join 1St FAZWA Giveaway anjuran Wawa..

Ummi nak tag gak..
Transformed housewife
Chekguazrene

Berminat nak sertai gak?Klik cnik..

Ahad, Oktober 30, 2011

Lama tak update..sori

As'kum..salam kerinduan di angin lalu..

Lama tak update blog, rindu pulak rasa..
Minta maaf pada kawan-kawan bloggers, ummi lama menyepi..Ummi kurang sihat, doakan ummi cepat-cepat sembuh ye..:))

Berkenaan hadiah untuk pemenang GA Nur, inshaAllah ummi akan usahakan untuk dipos dalam masa terdekat..Minta maaf atas kelewatan..:(

Ahad, Julai 31, 2011

Peraduan Dunia Susu Ibu


Assalamualaykum wrh..
InshaAllah ummi ingin memeriahkan Peraduan Dunia Susu Ibu anjuran Duniasusuibu.com
Shukran krn menganjurkan peraduan ini..:)

Kategori : Bersalin secara normal

Tarikh lahir anak : 25 Ramadhan 1430 H

Alhamdulillah Nur selamat dilahirkan di negeri kelahiran ummi dan Abiey seminggu menjelang Aidilfitri dua tahun lepas.Dan alhamdulillah juga hospital itu adalah sebuah hospital Rakan Bayi..Maksudnya, sebarang botol susu dan tin susu bayi adalah barang larangan..

Nur dilahirkan saat azan Maghrib berkumandang, dan kesian ummi tengok bidan yg menyambut kelahiran Nur terlewat berbuka puasa..Dan ekoran itu, Nur juga terlewat sikit disusukan..Pada masa itu, ummi terkelip-kelip merenung Nur di dalam inkubator di sebelah ummi..Kemudian terkocoh-kocoh seorang bidan lagi datang dan bertanya, dah disusukan anak atau belum..Dengan segera Nur disuakan untuk disusukan buat kali pertama..Alhamdulillah, Nur dapat susu waktu itu.

Setelah itu, kami disorong masuk wad..Kira-kira pukul 12 malam tu, mata Nur tiba-tiba naik terbeliak ke atas.Ummi mula panik-almaklum anak sulung-..Terus ummi bawa Nur kepada misi yg bertugas pada malam itu. Misi tersebut lantas berkata; takde ape tu.masuk tidurla-dengan matanya yg terkebil-kebil menahan mengantuk..Mana mungkin ummi dapat lelapkan mata.Alhamdulillah, mujurlah pada masa itu, ada seorang kakak dalam wad itu yg belum tidur.Ummi pun segera membawa Nur dan meminta tolong kakak itu..Kakak itu menepuk-nepuk belakang dalam keadaan tertiarap..Akhirnya Nur sendawa,akak itu ajarkan ummi macammana nak bagi baby sendawa setelah menyusu.Rupanya, ummi excited sangat nak menyusukan Nur sehingga terlupa utk sendawakan selepas menyusu. Selepas itu, ummi tak dapat tidur sehingga ke pagi kerana bimbang dan cemas..

Keesokan harinya, ummi dan Nur dibenarkan balik rumah tokbah dan tokma..Selama 2 hari berikutnya Nur asyik menangis, bila diberi pada Tokbah dan didukung sambil berzikir Nur tidur di atas dukungan. Tokma dan tokbah serta tokyang menggesa ummi agar memberikan Nur susu formula kerana takut Nur tak kenyang minum susu ummi shj.Kata tokma cucunya iaiatu anak kpd adik ummi minum air masak tanak bagi kena demam kuning.Tapi ummi dan abiey dengar sahaja mengiakan dan angguk-angguk, tapi kami belum terbuka hati utk memberi susu lain selain susu ibu..

Hari ketiga Nur masih menangis, abiey mengajak ummi balik pula ke rumah nenek dan atuk(keluarga sebelah abiey)..Pada masa tu, Nur masih juga menangis tapi sudah berkurangan. Petangnya pula, ummi berurut utk melancarkan aliran susu.Alhamdulillah, mungkin asbab urut itu susu ummi makin banyak walaupun susu matang belum terhasil..Ummi cuba pump, ye betul yg ada masih lagi kolostrom yg kekuningan..Takpe, ummi tetap pam untuk Nur..

Sewaktu nenek bawa Nur ke klinik ibu utk pemeriksaan rutin, ummi bekalkan sedikit susu dalam botol.Nenek cerita Nur minum walaupun dalam botol, alhamdulillah..Ummi kadang risau gak takut Nur keliru puting nanti..

Petang sebelum hari raya, ummi dan Nur admit ward kerana kadar bacaan kuning Nur agak tinggi.Ye, kami beraya dalam hospital keesokan harinya.Alhamdulillah di dalam wad, ummi dapat menyusukan dengan tenang dan Nur semakin kurang menangis..

Setelah berada kira-kira 2 hari dalam wad, kami dibenarkan pulang setelah bacaan kuning kian turun.
Di rumah nenek, Nur semakin mahir menyusu dan ummi cuba menyusukan Nur sekerap mungkin kerana nak bagi kadar bacaan kuning Nur terus di tahap yg okey..Pada minggu kedua, selepas membuat pemeriksaan di klinik kerajaan, didapati bacaan kuning Nur masih tidak turun dan naik sikit dari 2 minggu sebelumnya.Abiey bawa kami ke hspital kerajaan bersama peralatan utk bermalam di wad.Tapi menurut doktor, tidak perlu masuk wad hanya datang sekali lagi utk diambil darah bagi tujuan memastikan hati dan lain-lain organ dalam keadaan baik.Oleh kerana kami datang dah dekat malam, doktor minta masuk wad dan keesokan hari diambil darah.Dan esoknya kami balik kembali ke rumah.

Sepanjang dalam pantang, ummi banyak membaca buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Berkerjaya.Ummi ada juga pam tapi tak dapat buat stok untuk Nur sewaktu ummi balik bekerja. Ini adalah kerana kita berada di rumah nenek dan kemudian di rumah tokyang dan waktu kita berada di rumah nenek ummi agak segan sikit nak simpan dalam peti ais.Masa di rumah tokyang pula, ummi tak bawa sekali peralatan pam, ummi guna pam Spectra 3,ini adalah recommend dari officemate ummi.


Spectra 3


Ini lah gambar beg penyusuan ummi  Stylo Mama, dalamnya berisi pam dan kira macam built in. Zip di hadapan itu tempat letak pam dan di belakang ada ruang utk soketnya.

Ini adalah azimat umm. Ade cerita di sebaliknya..
Beg ini abiey yang beli, time tu ummi dah masuk 36 minggu lebih pregnant.Kira dah macam tak larat nak berjalan jauh..Abiey pegi sorang-sorang  kat shah alam tu, Sara Kids. Akak pemilik kedai bercerita dgn abiey bagaimana keistimewaan susu ibu. Abiey makin berminat dan faham bila professional bercerita. Abiey yg bersungguh nak pastikan ummi  breastfeed Nur dalam masa satu jam pertama kelahiran..



Ujian dan mehnah

Sebelum bertolak balik ke tempat kerja, tokma pesan jangan lupa beli susu formula nanti anak susah bila ditinggalkan pergi kerja. Kalau tak dibiasakan minum susu formula nanti anak tak mahu minum susu formula.Ummi hanya mengangguk lemah.

Apabila masuk kerja ummi mula sesi pengepaman susu.Di sekolah ummi pam dua kali kalau dapat, tapi kadang-kadang hanya berkesempatan sekali shj,iaitu kira-kira pukul 11 atau 1 bergantung kepada kekosongan jadual. Di dalam bilik guru, tiada plag.jadi ummi terpaksa menapak ke bangunan surau utk sesi pumping.Apabila dapat tengok susu yg dikumpulkan ummi rasa suka sangat.Kebiasaannya hanya 4oz hingga 6oz sahaja setiap kali pump.

Warmer Snow Bear

Di rumah pula, ummi start pump terutama apabila Nur tidur. Tapi biasanya apabila Nur jaga, Nur akan melekat sahaja menyusu dengan ummi. Ummi beli warmer utk memudahkan utk memanaskan susu dan steril botol, ummi guna botol MAM dan Safety Plus. Alhamdulillah, masa itu Achik-adik ummi- tinggal bersama kita dan dia lah yg banyak membantu menjaga Nur.

Sebelah petang, ummi balik pada pukul 3 petang dan ummi akan menyusukan Nur secara direct. Dan setiap hari ummi akan cuba memastikan stok utk keesokan hari adalah cukup. Agak susah kerana ummi tidak buat stok awal-awal dalam pantang dulu. Tapi alhamdulillah Nur dapat exclusive breastfeeding sampai usia 6 bulan.

Masuk 6 bulan, Nur mula ummi perkenal makanan pejal.Mula-mula puri buah-buahan. Kemudian masuk bulan ke 7, nasi yg diblend. Perkenalkan sayuran dan lauk,tapi Nur ada allergik kpd telur dan juga ayam.Apabila makan, akan naik ruam.Yang penting inshaAllah ummi masak sendiri, kerana lebih yakin dan selamat inshaAllah..

Apabila balik kampung, orang keliling terutama sanak saudara selalu bertanya kpd Nur tak minum susu formula? Kadang-kadang tokbah suka membandingkan Nur dengan sepupunya.Dari segi berat, Nur agak kurang meningkat.Pada usia 6 bulan Nur hanya 5.6kg sedangkan waktu lahir berat Nur ialah 3.09 kg.

Ummi agak risau juga apabila memikirkan tentang berat Nur, akhirnya Nur direfer kpd pakar kanak-kanak.Setelah ambil darah dan pemeriksaan secara terperinci, Nur tiada masalah. Cuma pakar beri appoinment utk pantau perkembangan Nur.

Tokma dan tokyang juga sentiasa menggesa ummi beri Nur susu formula lantaran berat Nur yg begitu..Ummi kadang-kadang rasa amat tertekan dan kadang-kadang memendam rasa serta teramat sedih. Mujur juga abiey menyokong keputusan ummi utk tidak memberi susu formula kpd Nur. Bila ingin balik ke tempat kerja setelah tamat cuti, tokyang minta adik ummi temankan dia.Tokyang berikan nestum dan gula glukos.Tokyang pesan supaya berikan Nur kerana menurutnya orang tua yg sakit tak dapat bangun, apabila minum glukos dapat bangun seperti biasa.

Bila bertandang ke rumah maklong. Persoalan yg sama diutarakan. Akhirnya maklong bekalkan kita setin susu formula daripada tumbuhan-tak silap ummi kacang soya.Ummi ambil dan senyum sahaja dgn ucapan terima kasih.


Cara Menyelesaikan Masalah


Ummi banyak membaca dan mengikuti forum Susuibu.com.Sebarang kemusykilan ummi cuba dapatkan jawapan dan maklumat daripada pakar-pakar laktasi.Ummi juga banyak belajar daripada pengalaman ibu-ibu yang punya masalah dalam meneruskan penyusuan ibu yg dapat ummi baca juga dari forum tersebut.

Pada tahun 2010 ummi dan kawan pergi ke sambutan Hari Susu Ibu Tahunan di Prima Kajang, bersama ummi juga adik ummi. Adik ummi juga banyak memberi sokongan dan semangat kebetulan dia juga belajar dalam bidang kesihatan. Dan sedikit sebanyak dapat membantu. Kawan ummi dapat hadiah utk Penyusuan Selama 2 Tahun dan Anugerah Ibu di mana dia tandem nursing. Sedikit sebanyak ia pembakar semangat ummi utk meneruskan penyusuan Nur.

Di samping itu, ummi cuba kurangkan stress kerja kerana melalui pembacaan ia akan memberi kesan kpd susu ibu. Ummi seumpama kais pagi makan pagi, tapi alhamdulillah ummi masih mampu meneruskan penyusuan. Untuk memudahkan penyimpanan susu, ummi beli bekas khas utk mengisi susu dan juga makanan puri bayi. Ummi juga beli cooler jenama Coleman utk memudahkan penyimpanan susu serta sewaktu perjalanan jauh. Di samping beg yg comel utk memudahkan penyimpanan susu.

Beg Penyimpanan Susu

Sokongan yg diperolehi

Alhamdulillah, di sekolah ummi ada beberapa org cikgu yg menyokong penyusuan ibu dan menyusukan anak sepenuhnya. Kami banyak bertukar pendapat dan pandangan serta berkongsi perasaan serta masalah masing-masing berkaitan penyusuan. Ummi juga banyak mendapat tips dan nasihat drp kawan ummi ini. Tapi terkadang kami rasa , ibu-ibu yg menyusu sepenuh masa terpaksa memberi alasan mengapa menyusu sepenuhnya tidak diselang-selikan dengan susu formula.

Adik ummi dan juga Abiey juga merupakan penyokong kuat penyusuan sepenuhnya. Abiey ringan tulang utk tolong belikan peralatan utk memudahkan penyusuan. Terimakasih walhamdulillah..
Tag : Mama Haziq dan Mama Razziq


Satu lagi yg amat berharga dan ummi amat berterima kasih kpd Nur ialah bila mana bengkak seumpama seed yg ummi deritai mulai kecut dan seakan sudah tinggal parut sahaja. Kalau dulu ia teramat sakit dan menjadikan sukar utk memakai baju..Terima kasih sayang Nur kerana menyelamatkan nyawa ummi. Terimakasih Allah alhamdulillah atas nikmat ini dan anugerah kurniaanMu..




Jumaat, Julai 08, 2011

Hadiah untuk tarikh misteri..pemenang baru..

Assalamualaykum wrh..

Salam siaran...maaf krn terpaksa berehat dari siaran buat beberapa ketika..tapi dalam kepala dok ingat sokmo hehe

Emm ummi nak maklumkan hadiah utk peserta terawal pd tarikh tertentu dapat kpd Anim krn tidak dapat maklumat ttg Chekguazrene dan Luvmum sehingga kini...:(

Eniway, tahniah Anim...:)

Sabtu, Jun 18, 2011

rINDUNYE kAT bELOGGG..

Assalamualaykumm

Emm rindunye rasa kat belog...Rasa lama betul tak update, macam bersawang pulak...emm maaf ye
Ummi baru siap dan habis tugasan tuk pelajar..marking paper..fussyhh alhamdulillah..:))

InshaAllah ummi tengah menunggu beberapa nama peserta GA Nur yg belum menghantar update..

Sila hantar ke


Nama, alamat, nama anak, umur dan no. peserta...TQ


Kepada peserta yg lain, harap sabar menunggu...

Isnin, Jun 13, 2011

Keputusan First GA Sempena Ulangtahun ke 10..Si Manja Chumil Bertudung / Berbaju Melayu

Ini post melekat, skroll di bawah utk entri terkini...tq..:))


السلام عليكم



بسم الله الرحمن الرحيم


Pertamanya, maaf terlewat sikit announce...




InshaAllah, ummi akan umumkan pemenang GA...:)



Puan Hakim sedang menjalankan tugasnya..


Sekarang diumumkan bagi Kategori A, Si Manja Muslim


Tempat ke tiga 


^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^







Tempat kedua pula ialah


^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
skroll lagik..
^
^
^
^
^
^
^
^
^
.
.
.
.
.
.
.






Dan jeng-jeng jeng jeng


Hadiah pertama adalah milik



^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

jeng jeng
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Tadaaaaa..


.
.
.





Okess, untuk Kategori B, Si Manja Muslimah pula

Tempat Ketiga



^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^



Tempat kedua pula ialah


^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
suspens je ummi nih..;)
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
.
.
.
.








Dan tempat pertama ialah


jeng jeng jeng


^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
lagi?

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
inshaALLAH tempat pertama ialah
?
?
?
?
?
?
?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ye..:))))))





Top referrer ialah :  Nana

Top commentor :  Kak Nora
Second               : Mamazakuan

Hadiah bonus pada hari tertentu : Chekguazrene

Alhamdulillah, GA Nur sudah ada pemenang...:))

Ucapan tahniah dan mabruk kpd semua pemenang..kepada yg belum ada rezeki menjadi pemenang, jangan sedih...inshaAllah di masa hadapan ummi buat GA lagi,mungkin rezeki ibu-ibu lain pula..macamanapun, ummi sediakan sedikit ole-ole utk ibu-ibu yg tidak berpeluang dapat top 3..:) Klik klik sini ek...

Ummi dan Nur ucapkan berbanyak terima kasih kpd semua peserta, dan minta maaf jika ada tersalah silap di mana-mana, samada sengaja atau tidak disengajakan..

Doa ummi semoga para khalifah cilik kita ini semua akan terus iqamah dengan berpakaian mengikut syarak di samping mendapat pahala sunnah serta tidak lupa pula dari sudut kesihatan..

Satu kisah, ummi pada tahun lepas pernah bawa Nur ke hospital tengok adik ummi masuk wad krn suspect denggi..Masa tu, pakai tutup kepala ala ala topi baby..Tapi masa dlm wad tu, ummi buka.. Seorang misi senior tegur: 'nape tak tutup kepala anak tu, bahaya sebab penyakit masuk melalui kepala'..
Ooo...
Sunnah Nabi saw juga menutup kepala sewaktu masuk bilik air kan..


Harapan ummi agar kita dapat meneruskan silaturrahim lagi selepas ini dan semoga usaha murni ibu-ibu semua diganjari pahala yg berlipat ganda dari Yang Esa..aminnn Ya RABB..

Emm...kepada semua peserta yg belum menghantar maklumat dan alamat, sila berbuat demikian sebelum atau pada 10 Jun 2011..

Sekiranya, maklumat belum didapati sampai ke tarikh itu..proses pengundian akan dilaksanakan sekali lagi bagi menggantikan tempat pemenang yg tidak menghantar maklumat diri dan alamat...

Update, peserta yg dah hanta info d cni..


 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Princess' Big Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Belog Sifu Yang Baik Hati

Sapaan Manja Buat Ummi dan Baby Nur

Get this widget

Tamu kita saat ini..