SADAQAH JARIAH

SADAQAH JARIAH
Daisypath Happy Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label dedikasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dedikasi. Papar semua catatan

Ahad, Mac 20, 2011

Ben Ashaari : Terima kasih Ibu


Assalamualaykum

Sekali lagi blogger otai Ben Ashaari melancarkan satu segmen khas : dedikasi untuk ibu..

Berkenaan dengan ibu saya yang tercinta, kami hanya ditakdirkan berkongsi rasa dan berbahagi sayang selama 5 tahun 7 bulan. Ye, orang yang paling saya sayang telah kembali menemui Pencinta Yang Maha Agung, pada Syawal 1981..

Memori saya bersama ibu amat indah. Dia bagi saya seorang ibu, isteri, anak dan kakak yang mithali dan terbaik tiada tolok bandingnya..Tidak pernah mengeluh dalam penderitaan hidupnya di mana ibu pada usia menginjak remaja telah juga melalui pengalaman yg sama, iaitu kehilangan tempat bergantung harap berteduh kasih, iaitu nenek saya turut meninggalkan kami beberapa ketika setelah melahirkan anak yg paling bongsu. Saya sendiri belum pernah menatap wajah kudus nenek sebelah ibu..

Ibu saya telah menjadi tempat adik-adiknya menumpang kasih, kerana dia adalah kakak sulung dalam adik-beradik. Sepanjang ingatan saya, ibu amat gemar memasak dan mahir menjahit pakaian. Ada sahaja masakan baru yang dicuba seperti aiskrim, kek pelbagai aneka dan lain-lain lagi...Ibu mempunyai satu buku resepi dalam BI yang tebal dan masih dalam simpanan sehingga sekarang. Ibu juga gemar masak jemput-jemput pisang( yg ini saya warisi ..hehehe) Ibu amat disayangi oleh nenek saya (ibu kepada ayah) dan juga anak-anak saudaranya dan merupakan menantu kesayangan. Masih saya ingat sewaktu ibu pergi melawat Kota Singa, dia telah membelikan sepupu saya seutas jam yg agak mahal jugak ketika itu..

Menurut ibu saudara saya, ibu saya ini amat baik orangnya.Di mana setiap kali orang datang bertandang ke rumah, dia akan bekalkan dengan buah tangan yg biasanya dimasak sendiri.Dan tidak pernah tetamu yang datang pulang dengan tangan kosong..Dalam bab ini saya kalah...:(

Sepanjang ingatan saya, ibu tidak pernah sekalipun marah apa lagi meninggikan suara. Dan juga sebagai anak kecil, saya suka untuk memerhati apa sahaja yg dilakukan oleh ibu. Yang masih basah dalam ingatan saya, setiap kali suapan nasi/makanan dia akan membaca Basmallah...Emm.. dia adalah orang yang hampir sempurna pada mata saya..saya amat bersyukur dikurniakan seorang ibu sepertinya, walaupun ibu sudah tiada,rakan-rakan ibu amat menyayangi arwah ibu dan kekal segar dalam ingatan kami adik-beradik...

Emm...antara ibu dan ayah..Ayah saya seorang yang agak tegas tapi penyayang dan ibu pula adalah seorang yang amat lemah-lembut dan halus tutur bicara.Dua-dua saya sayang, ibu ibarat nyawa saya dan ayah pula adalah kebanggaan saya..:)

Tinggalkan di rumah orang tua? Mustahil, selagi nyawa dikandung badan ayah saya yang tersayang inshaAllah akan sentiasa  diperlukan di dalam hidup saya dan akan saya limpahi dengan perhatian dan tautan kasih dan sayang...

Bagi anak yg bercakaran merebut harta pusaka orang tua, usahlah lagi berterusan berkeadaan begitu kerana harta dunia tidak akan bisa menggantikan kasih sayang orang tua dan hubungan persaudaraan tidak manis disulami perasaan kejanggalan dan persaingan.. 

Itu sahaja bingkisan ringkas daripada saya, moga kesilapan tutur kata dan yang sewaktu dengannya itu, dimaafi jua...wassalam

Selasa, Mac 08, 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

Assalamualaikum salam di angin lalu..

Kali ini ummi menyertai Siri Jelajah Blog Kategori Ibu anjuran blogger fofular iaitu, Sifu Ben Ashaari..


Sila klik  di sini untuk menyertai...

Dan ini my entri untuk Jelajah Blog kali ini..

       1.Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda ..
       
    Merupakan seorang ibu dan profession tetap sebagai pendidik di salah sebuah sekolah menengah di ibu kota, seorang pencinta ilmu dan perkara-perkara baru serta boleh dikatakan agak perfectionist..huhu

    2. Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu
     
       Saat pertama kali menatap wajah mulus my puteri, Baby Nur. Dan kenangan terindah saat bersama-sama ditahan kat wad kerana baby jaundice serta menyambut Raya Poser 2009 kat wad..

3.  Kenangan pahit anda ?

       Tatkala mendapat pelbagai ujian dan dugaan pabila ingin mempertahankan exclusive penyusuan for the first 6 month.. Itu hak istimewa setiap anak, tolong jangan nafikannya..my significant others (bagi yang mampu)...


4.   Kata kata khas buat si suami ...

        Terima kasih kerana menjadi  yang terkasih dan teristimewa dalam hidup ku, sesungguhnya tiada yang sanggup berkorban untuk ku lebih daripada yang dikau lakukan buat diri ini.. Meski, seringkali aku alpa dan khilaf dalam kembara ku untuk menjadi isteri yang terbaik, maafkan diri ini untuk sekian kalinya andainya kemaafan itu masih tersisa di sudut hatimu...


5.  Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana ..

        Anakku, jadilah seorang musafir yang dahagakan cintaNya dan raihlah restu dua orang tua mu., serta jadilah khadam umat dan penegak yang hak penghapus yang batil..
Nurkheir, dikau adalah harta yang tidak ternilai dengan harta mahupun wang ringgit, buat kami. Terima kasih kerana menyerikan hidup kami, sesungguhnya hadir dirimu pembakar semangat ummi dan cukup bermakna....


6. Apakah harapan anda kepada anak anda ..

     Semoga diri Nurkheir dilimpah rahmat dan inayahNya sentiasa serta dianugerahi taufik dan hidayahNya di setiap bait-bait nukilan kanvas hidupmu di maya pada ini. Harapan ummi dan abeiy juga agar dirimu menjadi abdi yang setia pada jalanNya, dan berjuang ke titisan darah terakhir meninggikan syiar Islam serta menjadi penyejuk mata kami kini dan selamanya..Bersama kita berpimpinan tangan melangkah ke syurga dunia menunggu masa ke syurga yang kekal abadan abada..amin...


7. Nasihat buat si gadis di luar sana ..

      Wahai saudari muslimah ku..anda semua adalah sayap kiri perjuangan Islam, Islam akan merindui suara lembutmu mengikrarkan setia dan hayunan lembut tangan kudus mu menulis untuk ummah...inshaAllah



                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .



Bunga untuk anda semua...:))))



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Princess' Big Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Belog Sifu Yang Baik Hati

Sapaan Manja Buat Ummi dan Baby Nur

Get this widget

Tamu kita saat ini..