SADAQAH JARIAH

SADAQAH JARIAH
Daisypath Happy Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label petang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label petang. Papar semua catatan

Rabu, Mac 23, 2011

Bersama pelajar-pelajar ambik result

As'kum..

Fussyhhh..satu hari yang tersangat lah panjangnya..Dari pagi masuk kelas,start dari kol 7.30 - 9.30..Kendian siapkan sijil pelajar serta dapatkan slip exam SPM..

Alhamdulillah, kelas ku semua lulus..:))Dari kol 11 pagi hingga kol 1ptg serahkan slip sorang-sorang kpd para pelajar thn lepas..Secara keseluruhan keputusan exam sekolah ummi ade peningkatan, kalau last year hanya 7 subjek catat kelulusan 100%, tapi tahun ini 11 subjek mencatatkan 100%,alhamdulillah syukur sangat..Time kasih tuan Pengetua, yg memberi sokongan yg tidak berbelah bahagi kpd cg2..:)))


Rindu kpd pelajar2ku tahun lepas terubat..Mmm tapi masing-masing dah banyak berubah, kalau yg lelaki rambut dah makin panjang, sementara yg perempuan pulak dressing mengalahkan mak datin..;0

Emmm..salah seorang drp pelajar kelas ku resultnye agak kurang memberangsangkan..Dia tak dapat satu A pun dan 4 subjeknya gagal..Sedih sangat, dia seorang pelajar yg baik, walau waktu sekolah agak occupied dgn dunianya sendiri..Ummi beri dia dorongan agar terus belajar, dan terus berusaha tanpa mengenal jemu..wajahnya membayangkan seribu kedukaan yang berpanjangan, hiba ummi melihatnya..Ya Allah, berilah kekuatan kepadanya utk terus cekal mengejar cita-citanya..amin...Kesedihan seorang guru apabila melihat anak muridnya bermuram lantaran keputusan peperiksaan yg kurang meyakinkan tidak dapat digambarkan dengan perkataan..Hanya doa dan iringan restu mengiringi perjalanan hidup mu anak-anak didik ku..

Kebahagiaan seorang guru apabila melihat kejayaan anak-anak muridnya mendapat keputusan yg cemerlang dan lebih berjaya daripada dirinya..


Pada pukul 3 petang lak bersambung dengan aktiviti koko yg berakhir pada pukul 5 petang..Hari yg panjang bagi ummi, tapi dah release bila tengok anak dan sopping cd anak ku..hehehe..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Princess' Big Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Belog Sifu Yang Baik Hati

Sapaan Manja Buat Ummi dan Baby Nur

Get this widget

Tamu kita saat ini..