SADAQAH JARIAH

SADAQAH JARIAH
Daisypath Happy Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

Ahad, Jun 29, 2014

Marhaban Ya Ramadhan

Ramadhan Kareem




Marhaban Ya Ramadhan
Izinkan daku menjadi penunggu setiamu
kerna di situ akan ku tahu aku amat merinduimu

Marhaban Ya Ramadhan
Izinkan daku menjadi murid madrasahmu
kerna aku kepingin ditarbiyyah oleh sentuhan Rabbani

Marhaban Ya Ramadhan
Izinkan daku meraih redha dan maghfirahMu Rabb
kerna ku tahu aku tidak layak untuk syurga Mu

Marhaban Ya Ramadhan
Izinkan daku menjadi hamba Rabb yang beruntung
kerna ku tahu aku hambaNya yang iman senipis kulit bawang

Marhaban Ya Ramadhan
Izinkan daku bergelar hambaMu Rabbi
kerna ku tahu aku tidak layak
tidak layak
tidak layak untuk itu...

Sabtu, April 12, 2014

Fenomena Ahmad Ammar

Assalamualaykum...

As-Syahid Ahmad Ammar, seorang pelajar di salah sebuah universiti di Turki telah mencetuskan fenomena...


Makam ALLAHyarham Ahmad Ammar bin Ahmad Azam. Setelah 37 Hari meninggal dunia,lihatlah kuburnya di warnai bunga mekar..Subhanallah...



Perkongsian Coretan Kisah 'Assyahid Malaysia' Ahmad Ammar oleh Tn. Hj. Ahmad Azzam (Ayah) & Puan Nur Azlina (Ibu), 
di Masjid Sultan Ismail UTM Johor Bahru~

Tujuh formula didikan gaya Al-Fateh yg diterapkan kpd Ahmad Ammar;

1. Mesti ada wawasan 'Ummatik', iaitu berfikiran utk kepentingan ummah. Sejak awal baligh lagi Ammar diterapkan dgn nilai ummatik dan dipraktikkan.

2. Namakan anak dgn baik. Nama harus diberikan dgn maksud yg baik. Sebaiknya dgn nama2 Nabi & org2 soleh.

3. Diajarkan dgn adab, adab dgn Allah, Rasul, Ibu bapa, guru2 & kpd sahabat2.

4. Menguasai Al-Quran. Bukan shj dibaca & dihafal, tetapi semangat & pemahaman ayat2 Al-Quran diterapkan kpd Ammar

5. Solat tahajjud, meruoakan kewajipan para Nabi. Amaar bertahajjud sekurang2 nya seminggu sekali.

6. Menguasai ilmu yg strategik dgn zaman semasa. Utk ini, Ammar diajar menguasai isu2 semasa dan sejarah.

7. Menguasai pelbagai bahasa. Ammar menguasai bahasa Melayu, Arab, English & Turki dgn baik.

 
Sifat2 Ahmad Ammar

* Ammar merupakan anak yg taat kpd agama, & taat kpd ayah ibu, Ammar hampir tidak pernah menyakiti mereka.

* Sgt rajin membantu org lain. Ammar tdk pandai mengatakan tidak sekiranya diminta tolong & membuat sesuatu perkara dgn cara yg plg baik & terbaik.

* Ammar seorang yg 'all rounded' (serba boleh). Hebat bersukan (takraw, berenang, tarkwondo dll). Seorang yg sgt rajin dgn aktiviti2 kemasyarakatan & kemanusiaan d dlm dan luar negara termasuk Kemboja, Palestin, Syria dll. Bahkan, keluarga mereka berikrar utk sentiasa membantu umat Islam.

* Merupakan pelajar cemerlang sejak di bangku sekolah & Maktab Tentera Diraja (MTD). Di Universiti Marmara Turki, beliau merupakan pelajar terbaik di Jabatan Sejarah. Namun begitu, Ammar sentiasa merendah diri dan tidak suka berbangga.

* Beliau juga seorang yg positif, tidak pernah mengatakan keburukan org lain, & jarang bercakap perkara2 yg lagha.

* Ammar sentiasa merancang aktiviti harian dgn rapi, segala aktiviti hariannya yg padat dicatatkan dlm diari. Walau selalu sibuk, beliau akn memastikan Al-Quran kitab2 lain dihafal setiap kali selepas solat subuh.


Kisah Pemergian Ahmad Ammar

* Ketika berada di Syria utk aktiviti kemanusiaan, Ammar telah memberitahu sahabat2 nya yg beliau bermimpi bertemu bidadari di Syurga. Sejak itu sahabat2 beliau memanggilnya 'Syahid Yang Tertangguh'.

* Arwah dijemput Allah swt ketika beliau dlm perjalanan utk memgajarkan kitab Risalah Annur, karangan Syeikh Badiuzzaman Syed Nursi ( ulama Turki yg berjuang mengembalikan bangsanya kpd Islam setelah disekularkan oleh boneka barat kamal attaturk)

* Ammar dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul Negeri Selangor dan peringkat Kebangsaan. Keluarga mereka terkejut & pelik memikirkan apakah sumbangan Ammar. JAKIM memberitahu, sudah ratusan ribu bajet dikeluarkan utk memberi kesedaran agama kpd generasi muda, tetapi ramai yg 'terketuk' hati mereka setelah pemergian Ammar.

* Semasa pengebumian Ammar, ramai yg hairan kerana arwah dpt dikebumikan berhampiran makam Abu Ayub Al-Ansari (shbt Rasulullah s.a.w. yg syahid ketika ingin membuka Kota Constantinople dari Empayar Kristian Rome Byzantine). Ramai ulama dan rakyat Turki hadir ketika solat jenazah dan pengebumian. Sehingga kini, rakyat Turki menggelarkan makam Ammar sbg 'Assyahid Malaysia'.

# Resolusi Kisah Ahmad Ammar

1. Kita perlu menerapkan di dlm diri nilai 'Ummatik' iaitu melakukan setiap perkara utk kepentingan ummah kerana Allah s.w.t.

2. Kita harus kembali kpd sejarah, dan memahami sejarah serta peka terhadap isu semasa, utk membuka minda kita supaya kita mengenali jati diri, sedar akan situasi, dan berazam utk mengembalikan kegemilangan Islam.

3. Ibu & Ayah Ahmad Ammar perlu dicintohi dlm mendidik anak mereka. Mereka tidak bersedih dgn pemergian Ammar, kerana meteka telah memberikan pendidikan agama secukupnya dan telah 'menginfaqkan' Ammar utk Ummah. Bahkan seluruh dunia telah mengenali Ammar dan perjuangan Ammar setelah pemergiannya.

***Semoga Bermanfaat***

Faizuan Abdullah,
UTM JB
Assalamualaikum wrh

Selasa, Mac 04, 2014

Apabila Allah menyapa

Assalamualaykum..





Tika Allah swt menyapa ummi
hati tersentak dari termanggu
hati mula sedar
anak-anak permata hati ummi
adalah mehnah dan ujian

Tika Allah menyapa ummi
hati seakan pecah
hati cuba bertahan
anak-anak adalah jalan ummi
meraih cinta dan maghfirahNya

Tika Allah menyapa ummi
hati terdetik cuma
diri harus kuat
jangan mudah menyerah

Tika Allah menyapa ummi
hati berserakan
hati cuba mengumpul sisa-sisa semangat
bangkit bangun untuk kuat
demi anak-anak

Tika Allah menyapa ummi
hati sentiasa mengingatkan anak
Allah sayangkan kita, kan...

Kepada teman dan sahabat
ku pohon doa kalian dan sedekah al-fatihah
Semoga dapat agar puteri ku dapat kembali sembuh dan tersenyum
aminn
mudah-mudahan anak-anak sahabat semua dan yang tersayang
sentiasa dalam keafiatan dan rahmah serta barakahNya
aminn

JazakumuLLAH khairal jaza' sahabat.. 

Sabtu, Disember 22, 2012

Mazhab- soal jawab (campur mazhab)












jawapan:
Wassalam
al-Jawab:

1. Perasaan dilemma yang anda alami sekarang berhubung kekal bermadzhab syafi’iy atau berpindah kepada madzhab lain itu merupakan suatu petanda yang positif kepada perubahan besar yang akan memecahkan pagar taqlid anda selama ini. ini kerana ramai lagi umat Islam yang masih dibuai mimpi yang panjang bahawa alangkah syoknya berada dalam madzhab yang satu di nusantara!

Asas pergerakan tajdid antara lain ialah menyeru umat Islam kembali kepada sumber yg asal yakni al-Qur:an dan asSunnah dan madzhab2 fiqih yang ada itu tidak terhad kpd empat madzhab sahaja dan tidak ada satu dalil pun kiita mesti kukuh berkubu dalam mana-mana madzhab dan tidak dibenarkan keluar daripadanya. seruan keluar dari fanatik madzhab ini bergema di awal abad 20′an oleh Ustaz Hasan alBanna, Syaikh sayyid Sabiq di Mesir, dan juga ulama’ Tanah Haram spt alMaksumi alKhujandi dan di tanah Syria spt alMuhaddith Nasiruddin al-Albani.

Dengan kemunculan Prof Dr al-Qaradawi, maka beliau telah melakukan tajdid besar-besaran kepada dunia fiqih dan berkat dari jihad beliau selama 60 tahun, beliau telah berjaya merobohkan pagar madzhab dan kerigidan fiqih dengan siri Fiqh Taysir (fiqih berasaskan memberi kemudahan) berasaskan Fiqh alMuqaran (fiqih perbandingan madzhab dan para Imam muslimin).




2. Dalam kes yang anda kemukakan. Imam alGhazali rh (fuqaha madzhab Syafi’iy) sendiri menurut Sayyid Sabiq dalam Fiqh Sunnah pernah mengeluh, bahawa kata beliau, aku ingin supaya madzhab syafi’iy dalam bab thaharah mendekati fiqh Imam Malik yang lebih ringan dan memudahkan.


Maka tidak ada sebarang larangan seorang itu keluar dari madzhab tertentu dan masuk madzhab yang lain, berpindah dari Imam A kepada Imam B. jika kita berpendapat ada larangan, maka persepsi dan pemikiran kita telah rosak kerana kita sepatutnya tidak membedza-bedzakan seorang Imam mujtahid dengan Imam mujtahid yang lain, atau suatu madzhab sunni yg muktabar ke atas madzhab suni yg juga muktabar.



Bahkan Dr MAZA menjelaskan di Forum Tajid II UIAM, bahawa adalah harus bagi si fulan untuk masuk madzhab A di pagi hari dan keluar dan masuk pulak madzhab B di sebelah tengahharinya, kemudian keluat madzhab itu dan masuk pulak madzhab C di sebelah malamnya. Asalkan pencarian atau keluar masuk kepada mana-mana imam dan madzhab itu ada objektif dan ia sentiasa menumpukan perhatian kepada dalil dan hujah. Inilah yg dinamakan manhaj ittiba’ (ikut sesuatu pendapat fiqih dengan kefahaman)

Bulu babi yang dijadikan berus cat adalah harus dan suci menurut fiqh Maliki dan disokong oleh Syaikhul Islam Ibn taymiyah (Majmu’ Fatawa , 21/96). Ibn Taymiyah berkata, rambut dan bulu itu tidak ada darah yang mengalir di dalamnya, maka bagaimana dikatakan ia najis?
sekian






Isnin, Mei 28, 2012

Forum 'Takluklah Hatimu' aka 'The Conquered Heart' 23 April 2012

As'kum...Experimental Hall UIA Gombak.. semoga memberi manfaat kepada kita semua..aminn

Jumaat, April 20, 2012

Al-Fatihah dalam solat

Assalamualaikum..salam kerahmatan dan salam persaudaraan..

Sedikit perkongsian ilmu dari slot Ustaz Don 30 minit TV Alhijrah

1. Alfatihah WAJIB dibaca dalam solat -Baca maksudnya membaca dengan suara yg jelas sekadar didengari oleh telinga sendiri dalam solat sendirian. 

2.Sebagai imam, harus berhenti sebentar (sekira-kira para makmum selesai membaca Al-Fatihah) selepas membaca Al-Fatihah.


Isnin, Februari 20, 2012

Buat renungan..

Allah tidak akan mematikan seseorang sehinggalah dia mencapai kemuncaknya;

sama ada kemuncak kebaikan mahupun kemuncak kejahatan..

Mengapa kenapa belum dimatikan???

Ini adalah kerana kita belum menjadi sama ada benar-benar baik atau benar-benar jahat..
 

Semoga kita semua tergolong dalam kalangan mereka yang beruntung..Aminn

Isnin, Februari 06, 2012

Imam Suhaib Webb

Bila kita percaya dunia hanya cara ke akhirat. Jika kita ada semua dunia tetapi tidak mencapai tujuan akhirat mereka bukan org berjaya- 

Imam Suhaib Webb

Ahad, Februari 05, 2012

Salam Maulidur Rasul..Hikmah Larangan Nabi

Salam Maulidur Rasul 1433 H

Semoga bulan mulia ini meningkatkan lagi kecintaan kita kepada Junjungan Besar Kekasih Allah, Nabi Muhammad s.a.w. aminnn..



                                       
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini




Dari FB. Sesuatu yang amat berguna untuk dikongsikan bersama. Kalau dulu masa kecil orang-orang tua selalu pesan tak baik minum berdiri. Bagi kita ianya sekadar nampak tak sopan tapi sebenarnya lebih dari itu kesannya. Dulu saya memang takut nak minum berdiri.. malu orang tengok tapi sekarang dah pandai tak tau malu.. ya lah kadang-kadang tu bila jalan-jalan haus beli air terus minum. Sekarang dah tau kenalah duduk.. kalau tak jumpa kerusi kenalah cangkung dengan cara yang sopan ;)

Katanya: Saya terjumpa ni dalam Group Tanyalah Ustaz & Ustazah: Mengapa Rasulullah SAW melarang kita minum sambil berdiri??? Ternyata secara perubatan, dalam tubuh kita terdapat penapis sfringer. Saringan tersebut dapat terbuka ketika kita duduk, dan tertutup ketika kita berdiri. Air yang kita minum belum 100% steril untuk di olah oleh badan. Bila kita minum sambil berdiri, maka air tidak tersaring oleh sfringer kerana tertutup. Air yang tidak tersaring oleh sfringer terus masuk ke kantung kencing, boleh mnyebabkan penyakit kristal ginjal. Subhanallah, tiap perintah dan larangan Rasul pasti bermanfaat bagi umatnya!
Terapi air putih
  1. Minum 2 gelas air setelah bangun tidur dapat membersihkan organ-organ internal.
  2. Minum segelas air 30 minit sebelum makan dapat membantu fungsi seluruh pencernaan + ginjal
  3. Minum segelas air sebelum mandi dapat menurunkan tekanan darah
  4. Minum segelas air sebelum tidur dapat mencegah stroke + serangan jantung


Sumber: Ummi Iman

Sabtu, Januari 21, 2012

Professor Dr Muhaya

Mulakan hari ini dgn niat segala perbuatan niat kerana Allah. InsyaAllah menjadi ibadah. Bukan hanya tanggung jawab, career, dah jadi tugas tapi jadi tujuan hidup. Kalau jam di jalan pun pahala dan sentiasa zikir terutama ketika jam. Pilih apa yang didengar dalam kereta..Prof Dr Muhaya

Ahad, Januari 15, 2012

Anak Aset Ke Syurga atau...?



InshaAllah, sama-sama kita hayati dan ambil iktibar,peringatan buat diriku yg lupa..

Jumaat, Januari 13, 2012

Mulakan dengan Basmallah

As'kum

Mulakanlah semua pekerjaan kita dengan menyebut Basmallah, Bismillahirrahmanirrahim..:))

'Setiap pekerjaan yg tidak dimulakan dengan Basmallah akan terputus keberkatannya'
--aw kama qaala
alhadith al-syarif

Sabtu, Disember 10, 2011

Malam ini gerhana bulan

As'kum..salam pagi Sabtu

Mengikut Ahli Falak Islam inshaAllah malam ni dalam pukul 8.40 malam sehingga kira-kira pukul 12.10 tgh malam akan berlaku gerhana bulan..

Keadaan di mana bulan berada di belakang bumi dan terlindung langsung daripada matahari..


Picture courtesy of babybabyku.blogspot.com

Pada masa itu, tarikan bulan akan menjadi tinggi, menurut pakar, sekiranya kita letakkan telur dlm keadaan berdiri, ia tak akan jatuh..Bagi penghidap darah tinggi, inshaAllah banyakkan berdoa agar sentiasa baik dlm kerahmatan Allah sentiasa..

Disunatkan pada waktu gerhana melaksanakan solat sunat gerhana, banyakkan doa, zikir dan istighfar agar terhindar dari perkara tak diingini serta membaca khutbah sebagai tazkirah dan peringatan kpd umat Islam..

aku ke yang buat Rasulullah s.a.w menangis?

As'kum, ummi petik dari nukilan peserta Solehah TV Al-Hijrah, Wan Suhaili- yg siaran langsungnya bagi episod akhir adalah bakal pada Jumaat 16 Dis nanti, 8.30 malam atau boleh pergi ke Dewan Pusat Islam TV Al-Hijrah,pintu masuk ditutup pada pukul 8 malam..InshaAllah, kita sama-sama menimba ilmu dan mendidik jiwa-peringatan bagi diriku yg lupa..

<<<<<<<<<

Aku sayang Allah..




Dan aku mahu terus begitu buat selamanya..


Bukan setakat pada taipan huruf di blog je..


atau sekadar pada pengakuan lisan,


tapi…………………………………………


selaras dengan perbuatan dan amalan..


Tolonglah diri, cukup-cukup la berangan..


sedarla diri, hidup ni sementara..


apa yang engkau kejar sangat pada dunia nih?
bukan kekal pun..







kalau datang tsunami macam kat Jepun dulu tu hah..


rumah banglo besor dan hebat macam mana pun,


berkecai jugak..


kereta mewah tahap gabang pun, tak berbaloi jugak..


cantik or licin macam mana pun kulit engkau,


tak guna jugak..

---------------------
tsunami or apa-apa bencana datang..
tak ada maknanya dia nak tengok rupa engkau, atau nak telek harta engkau, atau nak pandang kedudukan dan pangkat engkau..
kalau dia nak serang, nak melanda..dia main belasah je..
tak kira betapa hebatnya engkau pada mata manusia kat dunia nih..
anak datuk ke, anak tan sri ke, artis ke..
kalau tsunami atau bencana-bencana datang..langsung disapunya!



oit diri! engkau tak sedar lagi ke..
oit, aku cakap diri aku sendiri…
asal engkau ni hah..
nak lawan Tuhan ke?
cubalah bawa bertaubat..
cubalah bersihkan hati tuh!
cubalah perbanyakkan amal jariah..
dari engkau asyik himpun atau kumpul duit beli benda bersifat duniawi yang benefit kat engkau seorang je,
lebih baiklah engkau sedekah kat faqir miskin yang lebih memerlukan..



oOo..dah sedekah? alah, setakat sedekah duit yang lekat celah gigi je + asyik teringat kat duit yg dah  terbagi kat orang tu..tak ada maknanya lah!
oit diri sendiri! engkau jangan mimpilah engkau tuh boleh masuk syurga senang-senang..
hntah-hntah..harga kasut engkau tu dah boleh bagi kat satu keluarga orang susah makan seminggu tahu tak..
tu tak masuk handbag lagi..baju lagi..
engkau ni! rasa hebat sangat ke hah? engkau ingat murah ke kos nak masuk syurga? mudah ke?


oit diri sendiri, cubalah insaf..
apa je lah bekalan yang engkau ada..
nak kata berdakwah bilhal hntah menjadi ataupun tak..
bil lisan? pandai cakap je..
ada benda jahat depan mata, buat tak tahu..takut orang cakap kita busy body lah..apa la..
habis, cuba dakwah betul-betul orang pun tak!
engkau ni diri sendiri..nak jadi apa?
hebat sangat ke engkau ???



apa la nak jadi engkau ni diri sendiri..
buat malu orang Islam je la..
Tuhan bagi engkau masih bernafas..
hargailah..
kan nanti mati katak,
masa tu tak ada guna dah nak menyesal..
sudah-sudah la cinta pada dunia..
hentikanlah..
oh diri aku sendiri..
Astaghfirullahal’azim……………………



Setiap kali nak buat jahat atau rasa menyampah hidup kat dunia nih..aku teringat kat mak andak (kenalan aku semasa umrah).





(mak andak sebelah hujung sekali, pakai spek mata, belakang suaminya..pak andak)

Mak andak org kampung je, tapi semangat dia kumpul duit..buat kerje kat bendang..sebab nak tunai ibadah..aku tengok masa kat madinah dan mekah dulu, dia dengan suami dia tak shopping sangat pun macam org lain..memang mereka ni datang nak tunai ibadah semata-mata..malu aku, lebih mereka tak belajar agama tinggi-tinggi, tapi mereka lagi bijak dari orang yang berpendidikan..sebab mereka ingat mati lebih dari kita yang selalu sangat la alpa..
----------



mak andak cerita..masa kat mekah..masa dia buat haji sebelum ni..dia mimpi, kat depan kaabah ada seorang jejaka ini menangis teresak-esak..jejaka ini memang tersangat la tampan, handsome sampai terpegun tengok dia cerita mak andak..tak dapat nak imagine kata mak andak nih..die menangis sampai muka die merah padam..menangis tak henti-henti di hadapan kaabah..

mak andak yang menyaksikan ni pun tanyalah pada orang sekeliling dia ketika itu,
“siapa jejaka yang menangis sampai teresak-esak tuh?”

kemudian, ada suara menjawab..
“baginda adalah Rasulullah s.a.w..”


mak andak terkejut sangat..kemudian mak andak bertanya lagi..
“kenapa Rasulullah s.a.w menangis?”

kemudian suara tu menjawab lagi..
“Baginda menangis kerana sedih mengenangkan sikap umatnya di akhir zaman..”



mendengar kisah mimpi mak andak tuh ketika dia di mekah, aku langsung terkesima..
kelu..bohongla kalau tak menangis kan..
terdetik dalam hati aku,
“aku ke antara umat yang telah menyebabkan Rasulullah s.a.w menangis?”
Ya Allah………….aku ke umat yang teruk itu?
kasihan Rasulullah s.a.w…………masa nak wafat dulu pun Nabi s.a.w masih sempat ingat kat kita..
“UMMATI..UMMATI..UMMATI..”
yang kita ni, mengaku je ummat Rasulullah s.a.w..tapi ingatkah kita kat Rasulullah s.a.w?


asyik fikir nak kumpul duit nak beli kereta, nak buat rumah besar-besar..nak itu..nak capai ini..
agak-agak dalam sehari, berapa banyak kita berselawat untuk Rasulullah s.a.w..
ke tak ingat langsung?
ada fikir tak nak bantu perjuangan Rasulullah s.a.w?
ke fikir hidup kita je..dah tak fikir orang?
atau, siap lawan balik lagi sunnah? asyik fikir cinta manusia je..
asyik layan perasaan sendiri je..


huh, aku la tuh..
oit diri sendiri! sedar la !!
sudahlah..bawalah bertaubat..
kasihan kat Rasulullah s.a.w..penat baginda berjuang untuk kembangkan dan tegakkan Islam..
yang kita ni asyik peluk tubuh je..sedar-sedar ada pulak yang menentang Islam tu sendiri!


bayangkan kalau Rasulullah s.a.w hadir ke sisi kita waktu ini, pasti baginda bertambah sedih dengan keadaan ummat baginda sekarang..
jom semua kita berubah..kalau yang solat lambat tu kita cuba awalkan..masuk waktu je terus solat..kalau sering solat sendiri-sendiri je, kita cuba berjemaah..kalau kita solat kat bilik atau dekat rumah je sebelum ni..kita cuba hidupkan surau atau masjid pulak..solat berjemaah kat sana..yang pasti marilah kita berubah/berhijrah kepada perkara yang lebih baik..bukan setakat bab solat je..semua benda k..perlahan-lahan pun  tak apa..kita cuba ye..mesti kena cuba..sebelum terlambat..sebelum mata terpejam rapat..sebelum pintu taubat tertutup rapat..

aku tak kata aku baik..tapi jomlah kite berubah sama-sama..jom!



berubah terlampau drastik pun bahaya, yang penting kena berubah dengan berlandaskan ilmu..
means..kena mencari..kena belajar dari sumber yang benar..
kalau tak tahu bertanyalah, bergurulah..
insha Allah..pasti ada jalanNya ;)





Sabda nabi s.a.w :
Barangsiapa yang Allah kehendaki kepada
kebaikan, Allah akan memperdalamkan kefahaman agamanya..

(Hadis Sahih, Muttafaq ‘Alaihi)
~MUHASABAH~
maafkan aku jika nukilan ku tak sempurna..kerana aku memang tak pernah sempurna..
Doakanlah aku menjadi lebih baik!
jazakumullahu khairan kathira :)
Wallahua’lam..

                                                                

Ummi Nur:

Untuk lawatan, sila klik sini...

Marilah kita bersama mengorak langkah pertama berubah untuk kebaikan..
Ingatlah, kejayaan itu bermula dari langkah yg satu..InshaAllah kita akan tergolong di kalangan orang2 yg beruntung yg menerima buku amalan dari tangan sebelah kanan dan akan berjumpa Kekasih kita, Allah Yang Maha Esa dan RasulNYA s.a.w.
aminn..Ya Rabbal a'laminn..

Isnin, Disember 05, 2011

Esok 10 Muharram

Assalamuaalaikum..

esok adalah 10 Muharram, jom kita puasa sunat..inshaALLAH..aminn

Ya Allah! Jangan Engkau campakkan amalan kami ke atas muka-muka kami..amin Ya RABB..
Terimalah segala amalan amalan kami..amin Ya RABBAL 'ALAMIN

Apa usaha bagi menunjukkan kecintaan kpd Kekasih Allah s.a.w.

As'kum wrh..

Salam penuh kerahmatan dan keberkatan..salam Isnin yg permai..

Seringkali terfikir dan muhasabah diri sorang-sorang, apakah ucapan yg akan kita ucapkan kpd Kekasih Allah Rasul Akhir Zaman Muhammad s.a.w. bila mana diberi rezeki berjumpa baginda s.a.w...InshaAllah umat Islam akan dapat bertemu dan minum air dari tapak tangan baginda..aduhh betapa nikmatnya saat itu..tapi, layakkah daku yg kerdil ini...?

Antara yg dianjurkan Islam;

1. Berselawat ke atas baginda apabila mendengar nama baginda disebut..
2. Mengamalkan sunnah baginda dalam semua aspek kehidupan
3. Memuliakan ahli keluarga baginda serta menghormati para sahabat r.anhum
4. Mengasihi Allah dan RasulNYA s.a.w. melebihi cinta dan kasih kpd keluarga sendiri
5. Mempertahankan baginda apabila difitnah di akhir zaman
6. Beramal dgn hadith baginda yg sahih dan mutawatir
7. Tidak berbuat kebohongan ke atas Nabi s.a.w. dengan mencipta hadith2 palsu
8 Menghormati baginda s.a.w. dengan tidak mengahwini ister-isteri baginda selepas kewafatan baginda s.a.w.

Mari bersama muhasabah diri..peringatan buat diri ku yg lupa

Ahad, November 27, 2011

jIKA...

♥ Jika SENDIRI jangan merasa sepi. Ada Allah yang MENGAWASI
♥ Jika SEDIH jangan pendam dalam hati. Ada Allah tempat BERBAGI
♥ Jika MARAH, jaga fikiran & hati. Ada Allah tempat MENENANGKAN DIRI
♥ Jika SUSAH jangan merasa pilu. Ada Allah tempat MENGADU.... ...                                                      
♥ Jika GAGAL jangan berputus asa. Ada Allah tempat MEMINTA
♥ Jika BAHAGIA jangan menjadi lupa. Ada Allah tempat MEMUJA
★❤★ INGAT ADA ALLAH DI SETIAP WAKTU KITA ★❤★

Sabtu, Julai 30, 2011

Peristiwa Nakbah - Penubuhan Negara Haram Israel (Updated) - Sabra & Shatila

Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh para mujahidin...ameen!

 Peristiwa Nakbah yang menimpa Palestin 63 tahun yang lalu harus menjadi pengajaran yang penting bagi umat Islam sedunia.

Tanggal 15 Mei 1948, merupakan tarikh yang harus dipatri ke setiap jiwa-jiwa umat Islam di seluruh pelusuk dunia.Tarikh keramat ini merupakan detik hitam bagi seluruh penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan penduduk dunia Islam secara keseluruhannya.

Tanggal 15 Mei 1948 adalah tarikh bagi penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin secara rasmi yang didokongi sepenuhnya oleh  Amerika Syarikat. Tentera Zionis Israel telah melancarkan pembersihan etnik(Ethnic Cleaning) iaitu tiga per empat populasi daripada rakyat Palestin dihalau keluar dari kediamannya.

Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui
setiausaha Negara Hal Ehwal Luar Negara, Arthur Belfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanah airnya di Palestin. Pengistiharaan itu telah digelar sebagai Ominus Declaration (Pengistiharaan Celaka).


Arthur Belfour


Pelbagai cara untuk mendapatkan semula hak-hak rakyat Palestin setelah diyahudikan negara mereka oleh rejim Zionis. Antaranya ialah melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan dan sebagainya tetapi usaha-usaha itu telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba menabur label pengganas itu diserata dunia dengan menggunakan segala media agar dapat mengaburi mata masyarakat.


Sebagai hasil gerakan Zionis Yahudi ini , sekarang bumi Palestin telah dicerobohi oleh 6 juta orang Yahudi sementara 5 juta rakyat Palestin sendiri menjadi pelarian di sekitar negara-negara di Timur Tengah . Sebanyak 80 kem pelarian kini menampung 1 juta pelarian Palestin di Jordan , Lebanon dan Syria.


Sudah 60 tahun , ummat Islam Palestin hidup di medan peperangan . Mereka berada di tengah – tengah kekejaman penjajah durjana Israel laknatullah. Mereka di tindas dan dizalimi tanpa simpati .Orang – orang tua mereka diusir keluar dari tanahair , lelaki mereka dikelar dan ditembak mati , wanita mereka diperkosa dan dibelah perutnya . Kanak – kanak mereka diletupkan , rumah kediaman mereka dibakar dan kampung halaman mereka dimusnahkan .


Yahudi mencabul Masjidil Aqsa , meletupkan pejuang – pejuang Islam dan pemimpin mereka biarpun mereka sedang mendirikan solat tanpa senjata .Pemimpin dan ulama’ besar Palestin seperti Syeikh Izzudin Al Qassam , Syeikh Ahmad Yassin , Dr. Abdul Aziz Ar Rantisi dan lain – lain telah menemui syahid dihujung senjata Yahudi Laknatullah.


Sheikh Izzudin Al-Qassam
Syeikh Ahmad Yassin
Dr. Abdul Aziz Ar-RantisiPara mujahid dan pemuda – pemuda Islam yang mahu hidup mereka merdeka, ditangkap dan dikurung puluhan tahun lamanya , dalam bilik kurungan yang sempit dan serba gelap .
Mereka diperlakukan laksana binatang , bahkan binatang lebih berhati perut berbanding yahudi laknatullah .

Mari kita renungkan angka yang menyedihkan ini. Di saat ini sepertiga kanak-kanak Palestin dinafikan hak pendidikan , kurang dari 14% kanak-kanak Palestin yang dapat menghabiskan persekolahan di sekolah , kurang dari 9% tamat persekolahan diperingkat menengah. Kini 73% rakyat Palestin sedang menganggur.

Manakala jumlah rakyat Palestin yang hanya makan satu kali sehari ialah 46%. Seorang doktor terpaksa merawat 1,700 pesakit.

3 juta rakyat Palestin menjadi banduan di penjara terbesar di dunia apabila mereka di kepung oleh tentera Israel di Palestin dengan tembuk sepanjang 720 km dan 8-12 meter tinggi . Lebih 11,000 rakayat Palestin dipenjarakan di Israel . Ada yang dipenjara sehingga 30 tahun.

Puluhan lokasi pemeriksaan yang didirikan oleh tentera Israel telah meningkatkan penderitaan rakyat Palestin. Ini termasuk wanita Palestin yang melahirkan anak di stesen pemeriksaan Israel kerana disoalsiat sehingga mereka yang sarat hamil melahirkan anak ditempat pemeriksaan tersebut. Ada juga laporan pesakit dalam ambulan akhirnyanya mati dalam ambulan kerana disekat oleh tentera Israel atas nama pemeriksaan rapi.

Keadaan hidup rakyat Palestin sangat menyedihkan . Ada yang terpaksa hidup dalam kem pelarian yang tiada bekalan air bersih , tiada ubatan , tiada makanan dan sanitasi yang sempurna.

Mereka hidup dalam keadaan yang sangat tertekan dan terus menderita. Sudah puluhan tahun mereka tidak diberi hak untuk pulang ke tanah air Palestin. Sehingga kini 8,250 buah rumah rakyat Palestin dihancurkan dan mereka dihalau keluar dari tanah air mereka sendiri. Sebanyak 18,031 rumah hancur samasekali di Tebing Barat dan Gaza.

Demikian kezaliman dan kekejaman Israel . Tepat seperti yang digambarkan dalam Firman Allah S. W.T:

“Nescaya kamu akan dapati , manusia yang sangat tinggi kadar permusuhan mereka terhadap orang – orang yang beriman ialah Yahudi dan orang – orang yang menyengutukan Allah ( Musyrikin )” . Al Maaidah : Ayat 82

Pada Julai 2005 , Kesatuan Pekerja Palestin termasuk 170 pertubuhan Palestin yang lain, parti-parti politk dan organisasi-organaisasi masyarakat telah menganjurkan boikot global , mengeluarkan semua pelaburan dan sekatan ekonomi ke atas Israel seperti yang pernah dilakukan ke atas Afrika Selatan.

Seruan ini mendapat sokongan masyarakat terutama di Eropah , AS dan Kanada sendiri. Pengguna telah memboikot barangan Israel dan ahli akdemik memboikot universiti-universiti Israel .

Sesungguhnya Palestin bukanlah milik  rakyat Palestin sahaja, Baitulmqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjid Aqsa bukan milik mereka sahaja tetapi milik kaum Muslimin dari Timur sampai ke Barat.Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat.Oleh itu, hak perjuangan untuk membebaskannya dari tangan-tangan kufur adalah perjuangan kita bersama.


Sumber: zhuliana.blogspot.com via Maher Zain Malaysian Fan Club (MZM-FC) via mysembang.net
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Princess' Big Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Belog Sifu Yang Baik Hati

Sapaan Manja Buat Ummi dan Baby Nur

Get this widget

Tamu kita saat ini..