SADAQAH JARIAH

SADAQAH JARIAH
Daisypath Happy Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label tips kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips kesihatan. Papar semua catatan

Rabu, Disember 12, 2012

Bahaya Jika Tidur Menghadap Kipas Angin Yang Dihidupkan


 Bahaya menghadap kipas angin











Ternyata sekarang ini musim panas dan ramai di antara kita gemar tidur dengan menghadap kipas angin yang dihidupkan. Namun perkara itu sebenarnya mengundang bahaya kepada diri sendiri. Sebagai contoh cubalah bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda mungkin akan sukar bernafas kerana cepatnya aliran angin.

Angin kencang dari kipas angin diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama. Kerana aliran udara ini sangat kencang, kita tak boleh menghirup oksigen yang kita perlukan sehingga akan timbul gejala sukar bernafas. Lebih parah lagi kalau kita tidur menggunakan kipas angin yang arah anginnya menghadap ke wajah kita di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup, kerana suhu tubuh kita akan menurun.

Pada dasarnya, waktu tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita akan menurun perlahan-lahan. Jadi, angin dari kipas angin akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, nafas dan denyut jantung kita menjadi lambat, serta tekanan darah kita pun menurun. Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke air sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh bekerja dan fungsi pernafasan kita lemah, dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas angin terbuka, lalu kipas anginnya menghadap tepat ke wajah kita, boleh mengakibatkan kematian kerana hal itu membuat kita sukar bernafas, kekurangan oksigen, serta membuat suhu tubuh kita menurun.


source: http://penpatah.blogspot.com/
 

Sabtu, Mac 26, 2011

Kesan buruk minum air putih sambil berdiri...

As'kum..salam pagi Sabtu yang penuh kerahmatan..

Kita biasanya dinasihatkan supaya banyakkan minum air putih..Dan anjuran sunnah Nabi s.a.w. supaya minum air sambil duduk.Alhamdulillah ada hikmahnya yg tersendiri..:)

Malam semalam, ummi godek-godek tenet, terjumpa  satu artikel yg  menyebut bahawa apabila kita minum air putih sambil duduk ada bezanya yg cukup jelas dengan minum sambil berdiri, ini merupakan  hasil kajian para ahli akupuntur ..

Air minuman yg masuk dengan cara minum sambil duduk lebih baik dibandingkan kita minum dengan cara berdiri di mana air putih yang kita minum ketika duduk akan disaring oleh sfringer. Sfringer adalah suatu struktur maskuler (berotot) yang boleh membuka dan menutup. Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada pos-pos penyaringan yang berada di ginjal.

Keadaan adalah sebaliknya apabila kita minum air putih dengan cara berdiri, maka air yang kita minum itu masuk tanpa disaring lagi. Air itu pula akan terus masuk menuju kandung kemih. Ketika langsung menuju kandung kemih, maka terjadi pengendapan di saluran ureter.

Oleh kerana banyak limbah-limbah yang tersisa di ureter maka hal ini oleh menyebabkan penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang berbahaya. Susah kencing itu penyebabnya.


Antara cara-cara mengatasi masalah ini ialah ;
1. biasakan minum air dengan keadaan duduk.
2. banyak minum air putih tapi minum dengan perlahan dan jangan terburu-buru


Ma Sha ALLAH, Alhamdulillah ala kulli hal..

Ehsan dari http://enopunyablog.blogspot.com/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Princess' Big Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Belog Sifu Yang Baik Hati

Sapaan Manja Buat Ummi dan Baby Nur

Get this widget

Tamu kita saat ini..