SADAQAH JARIAH

SADAQAH JARIAH
Daisypath Happy Birthday tickers

Ahad, Mac 13, 2011

Tsunami melanggar Negara Matahari Terbit

Salam ..

   Pada 26 Disember 2004 tsunami yang melanda Indonesia dan beberapa negara termasuk Malaysia di Kuala Muda dan Batu Feringghi dicatat sebagai satu bencana alam yang terbesar, di mana gegarannya adalah 9.1 hingga 9.3 pada skala Richter membawa gelombang air setinggi 5 meter dan setengah tempat mencapai ketinggian 20m...

Terjadi pada waktu 7:58:53 WIB, sementara pusat gempa terletak pada bujur 3.316° N 95.854° E...Koordinat: 3.316° N 95.854° E, lebih kurang  160 km sebelah barat Acheh sedalam 10 kilometer. Gempa  berkekuatan 9.3 ini adalah  merupakan gempa bumi terdahsyat dalam masa 40 tahun terakhir ini yang membadai  Acheh,Sumatera Utara, Pantai Barat Semenanjung Malaysia, Thailand, Pantai Timur India, Srilangka, bahkan sampai Pantai Timur Afrika.
















Adakah mereka yg merakamkan gambar itu terselamat? Ataukah yang bertempiaran lari itu berjaya menyelamatkan diri atau ini adalah gambar terakhir mereka menghirup udara di muka bumi ini??











Masing-masing terpana, terpaku, terpegun, terdiam..







   Kebetulan pada 25 Disember tu, ummi berada di Langkawi, Kuala Muda dekat aje dengan Langkawi. Malam 25 Dis tu, ummi naik bas balik KL..Tiba di KL, ummi first dengar berita tentang tsunami dlm berita radio masa tu tgh drive kete..Dalam hati, alhamdulillah panjang lagi umur tak kena tempias tsunami yg dahsyat (masa tu belum kahwin lagik)..itu yg khabarnya meragut ratusan ribu nyawa di Acheh..Takziah buat keluarga mangsa...

Pada 11 Mac  (Jumaat) lalu, kira-kira pada pukul 2.46 ptg waktu Malaysia, sekali lagi tsunami mengaum menunjukkan taringnya membahang wilayah timur laut negara Jepun pada 8.9 skala Richter., dgn ketinggian mencapai kira-kira 9m. Ribuan dilaporkan hilang dan kemusnahan bangunan dan kenderaan..Innalillahi wainna ilahi rajiun..Takziah utk warga Jepun...












Video Tsunami Jepun...


Baca 5 tsunami terbesar dunia, di sini..

Jumaat, Mac 11, 2011

Terharu...bila Bro Ben Ashaari

Assalamualaykum..salam semua..:))

Baru ni ummi ada masuk Jelajah Blog Ibu kelolaan Bro Ben Ashaari..Setelah masuk bahagian entry comment, Bro Ben suggest blog ummi untuk di review kan..

Huhu..terharu, blogger baru macam ummi dicadangkan oleh beliau...toche....:)

Untuk baca, refer sini..

Selasa, Mac 08, 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU

Assalamualaikum salam di angin lalu..

Kali ini ummi menyertai Siri Jelajah Blog Kategori Ibu anjuran blogger fofular iaitu, Sifu Ben Ashaari..


Sila klik  di sini untuk menyertai...

Dan ini my entri untuk Jelajah Blog kali ini..

       1.Ceritakan secara ringkas mengenai diri anda ..
       
    Merupakan seorang ibu dan profession tetap sebagai pendidik di salah sebuah sekolah menengah di ibu kota, seorang pencinta ilmu dan perkara-perkara baru serta boleh dikatakan agak perfectionist..huhu

    2. Apakah kenangan manis anda sewaktu bergelar ibu
     
       Saat pertama kali menatap wajah mulus my puteri, Baby Nur. Dan kenangan terindah saat bersama-sama ditahan kat wad kerana baby jaundice serta menyambut Raya Poser 2009 kat wad..

3.  Kenangan pahit anda ?

       Tatkala mendapat pelbagai ujian dan dugaan pabila ingin mempertahankan exclusive penyusuan for the first 6 month.. Itu hak istimewa setiap anak, tolong jangan nafikannya..my significant others (bagi yang mampu)...


4.   Kata kata khas buat si suami ...

        Terima kasih kerana menjadi  yang terkasih dan teristimewa dalam hidup ku, sesungguhnya tiada yang sanggup berkorban untuk ku lebih daripada yang dikau lakukan buat diri ini.. Meski, seringkali aku alpa dan khilaf dalam kembara ku untuk menjadi isteri yang terbaik, maafkan diri ini untuk sekian kalinya andainya kemaafan itu masih tersisa di sudut hatimu...


5.  Jika ada anak , apakah nasihat anda kepadanya dan juga buat anak anak yang berada di luar sana ..

        Anakku, jadilah seorang musafir yang dahagakan cintaNya dan raihlah restu dua orang tua mu., serta jadilah khadam umat dan penegak yang hak penghapus yang batil..
Nurkheir, dikau adalah harta yang tidak ternilai dengan harta mahupun wang ringgit, buat kami. Terima kasih kerana menyerikan hidup kami, sesungguhnya hadir dirimu pembakar semangat ummi dan cukup bermakna....


6. Apakah harapan anda kepada anak anda ..

     Semoga diri Nurkheir dilimpah rahmat dan inayahNya sentiasa serta dianugerahi taufik dan hidayahNya di setiap bait-bait nukilan kanvas hidupmu di maya pada ini. Harapan ummi dan abeiy juga agar dirimu menjadi abdi yang setia pada jalanNya, dan berjuang ke titisan darah terakhir meninggikan syiar Islam serta menjadi penyejuk mata kami kini dan selamanya..Bersama kita berpimpinan tangan melangkah ke syurga dunia menunggu masa ke syurga yang kekal abadan abada..amin...


7. Nasihat buat si gadis di luar sana ..

      Wahai saudari muslimah ku..anda semua adalah sayap kiri perjuangan Islam, Islam akan merindui suara lembutmu mengikrarkan setia dan hayunan lembut tangan kudus mu menulis untuk ummah...inshaAllah



                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .
                                                           .



Bunga untuk anda semua...:))))



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Our Princess' Big Day

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Belog Sifu Yang Baik Hati

Sapaan Manja Buat Ummi dan Baby Nur

Get this widget

Tamu kita saat ini..