Sanah Helwah Puteri Ummi
Semalam, kakak menginjak usia 5 tahun. Usia yang semakin matang..Tapi pada ummi, masih keletah dan semakin kreatif ideanya..hehehe
Tiba2 ummi teringat pada kisah lampau, di mana ummi pada usia kakak ini telah menjadi seorang ibu kepada abah, abang dan adik ummi.Ya, pada usia sayang ini, mama ummi telah pergi menemui Rabbul Izzati- Semoga Allah swt mencucuri rahmat ke atas roh arwah mama terkasih..aamiin..
Ummi diajar dan diasuh oleh alam sekeliling untuk dewasa lebih daripada usia sebenar..Mungkin peristiwa inilah menyebabkan ummi kuat dan setiap apa ujian yang mendatang, pasti ummi akan berkata, aku telah menempuhi dugaan yang lebih berat daripada ini...Dugaan kehilangan tempat berpaut dan bermanja seawal usia 5 tahun...Astaghfirullahal azhimm, maaf ya Allah..Bukan daku tidak redha, malah bersyukur kerana diuji dan diberi anugerah dan hikmah yang bertimpa-timpa sepanjang daku meniti usia yang lebih matang...Alhamdulillah 'ala kulli haalin...
Sanah Helwah Yaa Nur
Permata Hati Ummi
Semoga dirimu menjadi Serikandi Islam
yang solehah
mengabdi diri kepada Rabbul 'Izzah
taat kepada perintah agama dan Nabi saw
serta anak solehah kpd
kedua ummi dan abiey
Aaamiiin...Yaa Rabbal A'lamiin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan